Drama terbaru yang ditayangkan di slot Akasia TV3…Teduhan Kasih ni
jugak adaptasi dari novel terlaris karya Marissa…Sekarangkan ni kan trend
adaptasi novel je…tapi saya akan layan jugak cerita ni sebab Nabila Huda
berlakon tu…mesti best punya la…walaupun watak jahat …Tapikan…kan best kalau
Nabila Huda yang pegang watak iffah tu…dulu masa drama Julia, watak Nabila
baik….tapi apa-apa pun watak yang dipegang oleh Nabila memang tak
menyecewakan….. baru 2 episod ditayangkan dan saya dah tak sabar nak tunggu
hari isnin ni..nak tengok episode yang seterusnya…Sebelum ni cerita Sedetik Cinta, tak berapa nak buat saya melekat
kat TV…mungkin sebab saya tak berapa nak suka jalan cerita dan pelakon-pelakon
dia kot…saya tengok pun lompat-lompat je….
Jumlah episod: 28 Episod
Mula tayangan: 15 Mei 2013
Jam: 7 -8 pm( Isnin-Khamis)
Barisan pelakon : Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila
Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan
Julia Ziegler.
SINOPSIS
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.
Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.
Kredit to :
baru start tgk ptg semalam....agak menarik dan boleh tertarik untuk ditonton tiap2 hari lak..hehhee
ReplyDeletebest kan..memang jadi kaki tonton la......hehehe
Deletememang layan lhx crta teduhan kasih..
Deletemmg sedih cerita ni..ttap layan punya.. mesti lhx sbb adi putra,shah,nabila,n sherry pelakon nya..x pnh miz satu pun episode..nasib baik episode akn tamat sepanjang cuti semester ni..
ReplyDeleteAah...geram kat mak tiri,kak long dia tu....memang layan cite ni....tak sabar dok tunggu hari2....
ReplyDelete