Friday, October 19, 2012

Julia


Hari  ni dah Jumaat..On the way p kerja tadi sempat layan lagu Judika – Aku yang bersalah...layan sorang-sorang dalam kereta....dan hari Jumaat juga la tak ada Slot Akasia tu...alahai...sekarang ni memang sangat suka cerita Julia tu.....biasa lakan..saya ni memang suka layan drama ni....lagipun cuma sejam je dok layan drama...masa lain jangan harap la dapat layan tv dengan best..mesti tak sempat habis tengok punya....sekerat-sekerat je tengok....

Layan Julia ni sebab Nabila Huda yang berlakon...memang suka dia berlakon...jangan tanya kenapa..tapi memang sangat suka....satu lagi pelakon yang saya suka tengok dia berlakon ialah Fasha Sandha....mana-mana drama Fasha Sandha berlakon memang saya akan tengok....

Daram Julia ni dah pertengahan dah....Jap je..tak lama lagi habis la tu..ending dia tah la macam mana...tapi saya harap ‘Happy Ending’ la....

Ni sipnopsis Drama Julia ni....


Sinopsis Drama Julia Tv3
Amir (lakonan Fizo Omar ) seorang yang agak nakal di sekolah, Amir telah ditangkap kerana merokok dan dikenakan hukuman rotan di hadapan guru-gurunya.

Amir juga ada hati dengan seorang gadis bernama Sofia lakonan Izreen Azminda, tetapi Sofia dengan selamba menolak cinta Amir, dan mengatakan dia tidak ada hati dengan Amir.

Sementara itu hubungan Amir dan Julia (lakonan Nabila Huda) semakin rapat, Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mulai menumpukan pelajarannya di sekolah.

Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar dan Izreen Azminda ditayangkan utk Slot Akasia di TV3. Menjalani pengambaran di KL dan juga Korea. Antara pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah Iqram Dinzly, Fauziah Ghaous dan ramai lagi.

************************************************************************************
Oh ye, kalau saya & awin layan Julia, mr may buat apa ye!!!!!jemg jeng jeng.....mr may biasala..dok layan game bola...main kat IPAD dia tu....sekarang ni dah layan dah PS2 dia tu.....nanti masuk arkib la PS2 tu....

Info: 

Minggu ni ada MAPEX(19-21 Oct 2012) kat Mid Valley...Jadi, sesiapa yang tengah cari rumah tu boleh la p sana.....kami pun nak p jugak..manatau ada rumah yang berkenan...hahaha, ada hati!!

Ada Home dec jugak kat KLCC...18-21 Oct 2012....tapi minggu ni untuk Design & Renovate punya..minggu depan 25-28 Oct 2012 pula ada yang Furnish & decorate...InsyaALLAH kami nak p yang minggu depan sebab sekarang ni bukan nak cari yang renovate punya dah.....tunggu minggu depan jela....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.