Monday, October 8, 2012

Cuci Rumah Baru

Sebahagian rumah baru dah pun kami cuci..tingkat 2 je cuci…yang kat bawah belum lagi sebab kitchen cabinet belum siap….nanti dah siap baru bersihkan….

Dah terlanjur p rumah baru kan..tu yang terus buat aktiviti  ni….lagipun nak tunggu build-in hob dan hood sampai jugak…sebelum keluar rumah tu Harvey Norman dah kol dah yang diorang akan hantar ke rumah kami dulu…kira ‘first drop’ la…..sampai kat sana, dah nampak dah lori diorang..cepat sungguh…nasib baik diorang pun baru sampai…tak la lama tunggu kami…

Aktiviti dimulakan dengan menyapu sampah dulu…lepas tu baru la basuh & Mop….tugas saya menyapu…mr may pulak basuh & mop..azuin pulak ikut papa….sebab kalau ikut mama berhabuk..memang suka la dia main air…nasib tak ada adengan jatuh ke apa ke….dah bosan dengan papa, baru cari mama pulak…
Papa yang rajin….kerahan tenaga…
mop lagi...
cak...
Mama & azuin lepak dalam master bedroom yang dah siap cuci..papa tengah mop kat bilik-bilik lain….
syoknyeeee azuin landing....
Tengok tu azuin makan roti..dah la makan yang kepala roti tu..nak tukar dia marah pulak…..
Sedapnyeee..eksyen je tu..bukan makan pun…..gigit hujung je..lepas tu suap mama……mama yang habiskan….

buat mulut busyuk....
Papa pulak nak makan…
eh,eh..kenapa earphone mama dalam pinggan azuin tu….
Suka sangat dok sini…almaklumlah, ruang besar sikit dari rumah sekarang……lagipun kan tak ada perabot lagi….lapang jela…..

Kami sempat solat zohor dan mengaji sikit kat rumah baru ni…..lepas siap semua baru la balik…..gerak dari sana dalam pukul 2pm macam tu…..singgah  makan kat Subang Jaya dan terus p Tesco beli barang dapur untuk seminggu…….petang tu sempat la jugak buat pudding roti..untuk dinner….memang penat sangat & kami semua tido awal…..tido awal tapi bangun semula sebab banyak kerja tak buat lagi…nak stim kan labu jugak….alkononya nak buat lempeng labu kat azuin….tapi tak terbuat sebab tersedar lambat,nak pulak azuin bangun awal…..terpaksa la mama masak kan pasta pasta jela …..tu yang paling senang bila terlambat..nasib baik sayur siew pak choy tu senang dipotong….ayam pun dah tersedia…so, mama goreng pasta untuk azuin bawa bekal……azuin & mama bawa bekal yang sama lagi hari ni…….

Oh, Yang paling kecian azuin la…sebab tetiba azuin selsema pulak…..pagi tu dah batuk-batuk….sian azuin tak dapat tido dengan nyenyak…..sepanjang malam asyik mengepit kat mama je…nafas pun dah berbunyi……harap azuin cepat sembuh..selalunya, azuin akan batuk & selsema sehari dua je…harap-harap hari ni dah sihat la…….

*****Sebelum p kerja tadi, sempat susukan azuin…sian tengok anak mama bila sakit…azuin dah la jarang sakit….nak cepat balik kerja.....


Note : Semua tentang progress rumah ni untuk sharing purpose only!!....dan jugak untuk saya korek info/history pasal rumah saya ni.....



2 comments:

  1. bestnya adah masuk rumah baruuu!! siap berkelah dalam rumah tu heheheh~ seronok tengok Azuin gembira lari2 dalam rumah. lepas ni kena sediakan play pen untuk azuin la kot :D

    btw, kalau tak sempat nak masak, couscous pun ok. tuang air masak atau chicken stock je. pastu biar kembang dalam 5-10 minit. gaul dengan sayur ke, puree ke lecek2 dengan labu, sedap! (ok, ni sedap saya dah merasa sebelum suap kat Amna heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum masuk lagi....tahun depan baru masuk....azuin memang dok berlari jela...kalau bukak pintu bilik tu, dia nak main tangga jela...

      couscous dah lama tak buat sebab masa azuin dalam setahun macam tu, dia taknak..lepas tu terus tak masak dah...dah buang pun yang lama tu..kena cari couscous baru la....kot la sekarang ni azuin nak pulak....labu tu memang sedapkan...

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.