Tuesday, October 30, 2012

Barangan terpakai dari hotel

Sharing…..

Saya baru je tau pasal kedai ni….kawan opis yang bagitau….senang cerita kedai ni memang jual barangan terpakai dari hotel….dari langsir, kerusi, sofa, tilam, meja, apa-apa saja la yang dari hotel….lepas je kawan opis bagitau, terus saya google kedai ni….kedai ni tak la jauh sangat pun dari rumah saya…kedai ni kat selayang…dekat dengan tesco estra selayang….dekat jugak dengan kedai-kedai perabot macam cavenvi tu….senang je nak cari…..

Sebelum p sana, kami call dulu sebab takut tutup….walaupun hari sabtu tapi sebab Jumaat kan Raya Haji…kot la tutup lagi….nasib baik tak tutup….lega….

Banyak sungguh barangan hotel kat sini…elok-elok lagi….tapi kena pandai pilih la…..lama jugak kami kat sini….



sofa
ada kelibat mr may...
tilam pun ada...
safety box pun banyak...

beli yang ni..

dapat grab coffee table ada 4 drawer kat tepi (meja tu marble)….harga pun murah dan masih elok lagi….xde calar balar pun…..barangan hotel ni kebanyakannye barangan dari kayu..memang cantik la….
azuin oh azuin...

Sesiapa yang nak tengok-tengok barangan terpakai hotel ni boleh la p kedai ni….mana tau ada yang berkenan..yang penting barangan cantik dan klasik….ada jugak barangan mak datin yang beli kat sini (tau sebab barang yang dah dijual dorang tulis nama lagi)….

Balik je rumah terus nak main bubble yang papa belikan..papa dok ajar azuin picit....
tangkap bubble..perasan tak bubble tu kat lantai & carpet
sukanya azuin main...


13 comments:

  1. Wahhh best jugak tempat ni, boleh beli untuk memenuhkan rumah baru. Boleh deco bilik tetamu macam bilik hotel...:)

    ReplyDelete
  2. ahh..boleh try tengok la tempat ni...ada yang masih elok lagi barang dia..hotel jual bukan sebab tak elok tapi sebab dorang tukar yang baru je..yang lama dorang jual kat sini la...

    ReplyDelete
  3. boleh nk tau kedai ni nama apa? contact no sis..
    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kin Peun..03 – 6258 2188
      http://www.kinpeun.com.my

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saya puan Ros dari Kedah.Boleh tak bagi nombor telefon kedai tu? t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Puan Ros:)
      NI no contact kedai tu..03 – 6258 2188
      http://www.kinpeun.com.my

      Delete
  5. try kol kedai tu...mungkin ada stok baru ke....

    ReplyDelete
  6. hrg safa brp ye?....bwh hrg 500 ada x

    ReplyDelete
  7. single bed+ katil brpa... kedai dmn?

    ReplyDelete
  8. ada lagi ke??

    Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Kami servis untuk membina laman web e-commerce dan juga web informasi.
    Sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan laman web bolehlah melayari http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ untuk menghubungi kami.

    ReplyDelete
  9. www.sabuntualahotel.com kalau nak yg baru

    ReplyDelete
  10. boleh layari www.terpakai.my

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.