Friday, November 2, 2012

kerja kerja


Jumaat…sebenarnya saya nak cuti harini….baru plan kelmarin nak ambil EL sebab pengasuh azuin kena p klinik lagi…kena minum air gula pulak katanya…pengasuh azuin sekarang ni mengandung….sebenarnya, memang dia akan bawa azuin p klinik sekali tapi risau gak..sebab nampak pengasuh azuin tu macam tak larat je….memang la pengasuh tu cakap ok cuma kalau boleh saya nak jaga azuin jela….

Lepas tu semalam pulak, team saya reschedule pulak nak jalan OQ Runs minggu depan…..sebab cuti Deepavali ramai yang cuti kan…..Jadi, harini pulak kena buat verification dulu sebelum OQ minggu depan…haih, padahal dah jalan pun proto build dan…..approved pun…..)saja je diorang ni…nak jugak buat verification la……

Nak tak nak kena la jugak datang hari Jumaat…hari ni la…..tadi kena hantar azuin awal sebab pengasuh azuin tu nak p klinik awal….6.15am dah hantar dah…..

Lega jugak la…verification untuk lot ni dah settle pun…sebelum pukul 10pagi dah siap….sekarang tunggu QA buat inspection pulak……kami kat R&D memang dah settle dah result bagai….nak jugak QA verification….lepas ni kena compile segala result…dan….team discussion on Monday!!....

Rasa nak cepat-cepat je settle project ni…..Lepas ni kena work out untuk Validation Report pulak…validation protocol pun under approval loop lagi…ada lagi satu bos tak sign lagi…(ni yang kena follow up ni)….kang susah pulak….

Kerja kerja….memang macam tu la..habis satu projek, datang projek baru pulak…..tapi ok la boleh sentiasa belajar benda baru…..

Yang penting baru dapat bonus untuk quarter ni….ok la walaupun tak la kebabom…..bonus kali tak leh nak berbelanja sangat sebab sekarang ni dah set untuk tabung….alkononnya saya nak simpan dari gaji sendiri 30% sebulan  (kalau ikutkan memang sepatutnya kena simpan 30% dari basic salary kita...boleh ke?...kena kuat la..kena potong duit yang bershopping tetiap bulan tu..huhu)…..bukan apa sebab nak cover balik savings yang dah kurang sebab rumah itu……huhu…… dah susah nak saving lately ni….kalau dapat pun memang tak dapat nak simpan sampi 30% sebulan....

Lepas ni memang tak leh bermeriah sangat…..shopping pun ala kadar je….yang penting savings tu kena bagi banyak balik……(sebab banyak wishlist yang tak dapat lagi..hehe)…..Bonus kali ni 75% memang untuk savings….dah nak hujung tahun ni…tunggu increment pulak…naik gaji baru best!!...lepas tu tunggu bonus next quarter pulak….yeay!!

Kalau dapat kerja baru yang kena dengan jiwa dan dapat gaji naik banyak menarik gak kan..misi mencari kerja tetap ada...cuma memilih sikit la....

Apapun kerja sekarang ni kena lebih bertanggungjawab (sekarang pun bertanggungjawab tau cuma kena lagi lebih)...rezeki pun akan murah kalau kerja dengan bersungguh-sungguh...

Masa tulis entri ni baru lepas minum pagi….ber blog kejap...kejap je....kang, kalau dah start buat kerja…memang tak hirau dah tenet bagai ni…..tunggu 3.30pm nak balik…….

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.