Monday, October 29, 2012

Homedec lagi....2012 pulak

Homedec kali ni kami p hari Jumaat….mentang-mentang tak balik raya, kami pun jalan-jalan la kat Homedec ni…lepas siap solat Aidiladha baru kami kesana….Homedec Part 2 ni kami memang aim nak cari barangan rumah sikit….aim sofa, tilam, air-cond, roller blinds, langsir, tv (yang ni saja je dok usha sebab teringin flat tv….sekarang masih pakai yang TV gedabak 21” tu….)

Tapi tak semua yang kami nak tu wajib beli lagi….tengok-tengok jela dulu……lepas round Homedec tu, dapat jugak la grab tilam…tilam dari Eclipse….saiz king….cantik dan sedap tido tilam tu…yang bestnye dapat pad tilam yang sangat empuk, bantal 2 bijik, bolster, bedframe (king size)….bedframe ni saya request nak yang sampai bawah sebab malas nak sapu bagai bawah katil tu..warna nanti nak ambik baru bagitau nak warna apa…rasa macam nak putih tapi katil sekarang ni dah putih…tengok la mana yang berkenan nanti….booking 30% dulu…lepas ni baru bayar penuh masa nak ambik nanti….erbaloi sebab rata-rata dok survey pun lebih kurang tu tapi kebanyakan Queen Size..tapi yang penting tilam tu memang sedap dan rasa tak nak bangun p kerja kalau dah tido….boleh tak macam tu…

Air cond pun kami beli jenama Mitsubishi 1.5hp….lepas tu beli roller blind untuk letak kat dapur….beli roller blind kaler  maroon…roman blind pun cantik tapi macam tak sesuai pulak letak kat dapur…better letak kat bilik kan….roller blind ni beli kat Baagus untuk 2panel tingkap…..Langsir, kami dah book masa Part 1 haritu…book untuk satu rumah…tapi tak nak la buat satu rumah..ingat langsir nak buat kat hall, master bedroom dan bilik tetamu je…bilik lain-lain tu kemudian la…boleh pakai langsir yang ada dulu……
Kami jugak beli Bosch Drill set…..yang ni memang berbaloi….set ni sekali dengan tools dia..dapat jugak free screw driver set…..Harga HOmedec dapat 219 je…kalau kat luar mau ada 500…..setel semua….TV tak beli lagi…budget tak ada lagi….tunggu dulu la….
Azuin dok main-main kat sini…ni kat booth Mitsubishi beli air cond…
main lagi sementara tunggu papa bayar...
Muat stroller azuin….tunggu mr may buat lucky draw ni….ada 8 semuanya….tapi satu pun tak kena..aiyak!!...tak ada ‘ong’ la……
Ni pulak gambar masa luar KLCC masa p Homedec Part 1 minggu lepas …
azuin makan biskut sambil tengok air pancut
2 orang yang pakai baju ungu....
anak beranak....jom pizza.....masa kat pizza ni jenuh dok suruh azuin dok diam....nasib baik la ada ipad papa...diam sikit.
budak tecik dah pandai main ipad..dah pandai pilih-pilih apa yang nak tengok...



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.