Harini dah mula kerja….Sebenarnya Selangor cuti umum harini
(6 Mei 2013)…sempena hari mengundi yang jatuh pada hari ahad....tapi hari Jumaat haritu dah dapat email dari management dah….bunyinya
macam ni…
“Please note that in case the newly elected government is
declaring an ad hoc Public Holiday for 6-May-13, Company will still operate as
usual on 6-May-13 and the Management will announce a replacement date for the
ad hoc holiday (if so declared by the government). Absenteeism without valid
cause will be dealt with appropriate disciplinary action.”
Hoho…tak boleh la cuti lebihkan….management umum cuti ganti
la pulak….memang saya tak apply annual leave pun…annual leave dah tinggal 4
hari dah…huhu…..sikitkan….sebab saya dah apply 7 hari untuk hari raya nanti….cuti
tahunan pun dapat 18 hari je….
Cerita pasal hari mengundi sikitlah….
Kali ni balik mengundi dengan mr may….2008, kami tak kahwin
lagi….nasib baik rumah kami dekat jugak la….ada la dalam 40minit…..
Kami gerak balik Kampung hari Jumaat…memang tido rumah saya
dulu la….hari Sabtu tu baru balik Selama, rumah mr may…sebabnya bagi mr may
mengundi dulu…senang sikit…memang awal jugak la mr may keluar p mengundi….mr
may mengundi di DUN Selama, Parlimen Larut….settled mr may mengundi baru la
mak&abah p mengundi..masa ni saya pun saja jela gatai ikut diorang..saja
nak tengok suasana mengundi kat situ….sementara tunggu mak&abah mengundi,
mr may bawak saya &azuin ronda-ronda Selama…..
Memula ingat nak gerak balik rumah saya awal tapi dah
terlajak sampai tengahari kat Selama….Lepas makan tengahari baru la balik rumah
saya….dah la on the way tu dah gelap…nakhujan…risau gak nanti susah nak p
mengundi kalau hujan….tu yang terus p mengundi terus..plannya nak balik rumah
dulu, lepas tu saya bawak moto je p mengundi…tapi tak boleh la macam
tu..sementara tak hujan baik p mengundi terus…saya mengundi di Sekolah Taman
Jana…DUN Kamunting, Parlimen Taiping…..
Keadaan memang aman damai je…tapi rasa sangat berkobar nak
tunaikan tanggungjawab mengundi ni….saya kena saluran 5…beratur panjang jugak
la..tapi tak lama pun beratur sebab proses pengundian memang cepat dan lancar….
Masa masuk bilik megundi tu orang SPR tu siap tanya no siri…malas
cari guna nombor IC la tu….nasib baik la saya ada snap gambar slip mengundi tu
kat lawan web SPR sebelum tu…mungkin lebih senang guna nombor siri kot..tu yang
diotang mintak kita print dulu sebelum masuk mengundi…..tapi kalau tak ada gak,
memang diorang kena cari jugak la walaupun banyak kan…..
Selesai mengundi, barulah singgah rumah saya..tu pun sekejap
je sebab nak balik dah….sempat solat dan makan jugak…lepas t uterus pecut balik…..kereta
memang banyak kat Hiway…sangkut sikit je lepas Tapah tapi ok la…tak pressure
pun balik kali ni…
Hari ni pulak, jalan p kerja agak lengang harini…cuti kan...tapi saya sampai lambat
jugak…memang agak lemau sikit la kat office harini….mood tak berapa nak ada…bawak
kereta ke office pun rasa malas je....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.