Monday, May 6, 2013

Kuey Teow Doli Taiping…


Dapat makan jugak weh......dah lama tak pekena Kuey Teow Doli ni…..hmmm, memang lama sungguh….asyik dok tangguh-tangguh je nak makan kalau balik Tepen(Taiping)…mana taknya, kalau balik Tepen mestilah nak makan kat rumah kan….

Memula kitorang nak singgah hari Jumaat tu….ni masa balik mengundi minggu lepas…..tapi, agak kecewa lepas lalu kat depan Doli ni…tak ingat pulak yang hari Jumaat memang kedai ni tutup…haiya……terpaksa tahan nafsu nak makan kuey teow Doli ni…..memang terngiang-ngiang gak la….

Hari Sabtu petang sebelum balik Selama, kami p makan kuey teow Doli ni jugak….. maklumlah…penangan orang yang “mengandungi”…haha,sangatlah kan…..


Sedap…Sebenarnya Kuey teow Doli ni simple je…tak basah…macam goreng kicap je tapi rasadia memang sedap…boleh buat orang rasa nak datang makan lagi….tapi saya rasa dah tak banyak dah kerang macam sebelum ni…dulu kalau makan setiap sudu yang masuk kemulut mesti ada kerang punya…..ni dah kurang sikit….

Kedai ni senang je nak cari…berhadapan dengan Klinik Kesihatan…Cuma nak parking je susah sikit…ikut nasib la..kadang senang kadang susah…..masa kami p situ tak susah parking sebab rezeki kami ada 1 je parking lot yang kosong….lepas tu kena beli kupon parking pulak…kalau tak letak kupon..tak pasai-pasai kena saman pulak……tapi jangan risau…ada kedai yang jadi agen jual kupon sederet kedai Doli ni….

 Azuin minum air ribena……tak reti nak sedut terus dari bekas ni..terpaksa guna straw….
Sedapnya…….Mata azuin masih bengkak sebab ketumbit tapi dah makin kurang….(hari ke 9 kena ketumbit)

Satu lagi yang teringin tapi dah lama tak p….bismillah cendol….ingatkan hari ahad lepas mengundi nak p pekena cendol tapi hujan pulak…cancel…..lain kali lah……

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.