Kali ni saya nak share pasal penyususan ketika
hamil..azuin masih lagi menyusu saya dan saya tak pernah ada niat pun nak
wean-off azuin secara paksa…biar la secara semulajadikan…..tapi azuin dah tak
minum susu saya sepenuhnya dah pun sejak melepasi 2 tahun….saya campur dengan
susu uht…sebab azuin tolak susu formula…..tak nak lansung…tapi saya masih akan
cuba bagi fm gak…nak serasikan dan biasakan azuin minum susu sampai besar…..
Menyusu ketika hamil dengan anak yang dah 2 tahun lebih
ni takla teruk mana pun..sebab ia lebih kepada bonding antara anak&ibu…nak
kata minum banyak pun tak jugak….tak macam masa sebelum 2 tahun la…..saya
selalu jugak tanya azuin masa tengah menyusu..susu ada lagi ke?azuin akan
angguk(maksudnya ada la)…kalau dah habis, azuin akan bagitau, “mama,
habis..(sambil buat tangan habis)…lepas t uterus tukar dan minum sebelah lagi
satu…..suka sangat tengok gelagat azuin tu..
Ada ramai yang bertanya,macam-macam soalan….kat ofis,
kat klinik….macam-macam la….ada yang cakap azuin tu minum darah adik la, ambik
hak adik la, risiko keguguran la….macam-macam la….sebab tu saya banyakkan
pembacaan dan bertanya kepada doctor apabila saya mengambil keputusan untuk
teruskan penyusuan walaupun disahkan hamil…..
Boleh refer kat sini…banyak info yang boleh kita ambil….
atau boleh tanya mr google untuk pengalaman ibu-ibu lain
yang masih menyusu walaupun hamil….
Jom saya nak share soalan dan pengalaman yang berkenaan
dengan saya sepanjang 10/11 minggu hamil ni…..
Kat Ofis jangan cakap la ramai yang bertanya saya samada
saya masih susukan azuin lagi ke?yelah, saya masih kendong cooler beg & pam
saya p opis….saya cuma jawab masih susukan azuin la….selagi mampu..lepas tu
senyum…
Sakit semasa menyusu?
Hmm….sejujurnya,
sangat sakit n* masa nyusukan anak.....mana
taknya, azuin dah makin lasak…ikut suka dia nak nyusu macam mana…tertonggeng
la...baring bertelangkup atas saya la & mcm2 lagi dia..tapikan..dah lama
macam tu..sakit n* tu rasa macam dah terbiasa dah...kira dah boleh
tahanla..cuma masa dia nak mula-mula hisap tu je sakit..Even masa pam pun rasa
perit sikit…dah lama-lama hilangla rasa
sakit..nak pulak seronok tengok anak dok minum susu…
Production susu merudum tak?
Ye, ada sedikit merudum..tapi tak la
merudum sangat…kurang masih tahap ok lagi la…kadang-kadang tu boleh dapat
banyak jugak…tapi kebanyakan satu sesi pam saya boleh dapat 3oz je….kalau lebih
pun 4 oz…tu untuk kedua-dua belah…saya pam pun 2 kali je kat ofis….boleh bawak
balik 6-8Oz je sehari….tapi ada jugak kadang-kadang bawak balik 4 oz je…huhu,ok
lakan….memang saya berani nak teruskan penyususan tapi ada gak takut-takut dan
risau pasal baby dalam perut..hehe…
Kat rumah memang tak pam lansung
dah….penat dan kalau datang pening tu memang kena baring jela… dan saya cuma
direct feeding azuin je….sepanjang pregnant ni saya akan rasa pening malam hari
je….tak ada morning sickness bagai…so, kalau pening ubatnya tido…hahaha…..
Ada jugak yang suruh saya stop pam
je….bagi 100% susu uht/fm semasa kat nursery…so, malam Cuma direct feeding je…
Owh yang ni mana boleh tak pam…kang susu
kering pulak….penyusuan ni konsep dia supply & demand kan…so, siang hari
kan azuin tak direct feeding…so, kenalah pam untuk pastikan susu tu
ada…walaupun hasil yang dapat tu sikit, kena la bersyukur dengan rezeki yang
ada…mungkin hari ni dapat sikit tapi esok banyak..mana tau kan….lagipun rasa
bersalah kalau tak pam sebab fikirkan azuin….selagi mampu memang saya akan
pam….kalau betul-betul dah tak ada baru fikir la macam mana….takmo fikir
terlebih….
Penat tak menyusu ketika hamil
ditambah dengan kerja kat ofis& kat rumah?
Tipu la kalau saya cakap tak
penat…..penat jugak tapi saya jarang layan perasaan penat ni..kalau layan makin
menjadi lagi penat tu…..saya masih amalkan supplement dari Shaklee…ni untuk
bagi badan cergas sikit la…tak la penat sangat dan masih ok la….consume Shaklee
ni sejak menyusukan azuin lagi….sebenarnya kalau ibu-ibu diluar sana tak ambik
apa-apa supplement pun ok…tapi kena amalkan pemakanan yang sihat la…saya ambil
sebab takut badan lembik dan bagi tenaga sikit…makan pun saya masih pilih
pemakanan…tu terpulang pada individu tu sendiri……tak wajib pun!!
Akhir sekali, walau apapun pilihan
adalah terletak di tangan kita sendiri…..cara apa yang terbaik untuk kita dan
bergantung pada niat…yang penting happy!!Semoga Allah SWT permudahkan segalanya
untuk kami bertiga…mintak dijauhkan perkara-perkara yang tidak diingini…Amin.
Note : Tak sabar nak meyusukan baby
adik ni(sekarang panggil baby adik,,kalau cakap baby mama atau baby papa, azuin
akan tunjuk diri dia….so, untuk baby yang ni kena panggil baby adik la….Rindu
nak menyusu baby masa kecik…tak sama menyusu masa kecik dan masa besar ni….semoga
dipermudahkan…
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.