Thursday, May 23, 2013

Rambut Baru Princess


Hari ni last kerja untuk minggu ni…esok cuti sampai hari isnin…nasib baik sempat ‘completed’kan validation pagi tadi….tinggal nak compile data dan tulis report je…

Petang ni, lebih santai sebab mood nak balik rumah dah..buat kerja pun relax je….tunggu nak balik!!

Sementara tu boleh la buat entri pasal princess pulak….2 hari lepas, rambut princess dah kena potong….sian pulak tengok azuin dok rimas dengan rambut…kalau nak ikat memang susah jugak….kalau dapat ikat pun, sekejap je…lepas tu mesti azuin bukak semula….


Idea datang dari mr may la…dia mintak potong sikit rambut azuin…potong paras bahu je….at least kurang sikit rimas azuin tu…..apalagi, terus ambil gunting dan potong la…tak susah mana pun potong…sebab potong lurus je…habis dah rambut azuin yang curl kat bawah tu….sekarang semua dah lurus…..
 Lepas potong tu, azuin dok goyangkan kepala je..ringan kot dia rasa….nampak la kemas sikit walaupun tak berikat…. 

Ni pulak gambar semalam, baru balik dari nursery…terus mintak roti….saja nak tangkap gambar azuin berambut pendek…suka pulak tengok….


Rambut pendek lagi…..makan laksa pulak….tak sangka azuin tahan makan laksa..sebab kuah tu ada la rasa pedas-pedas jugak….tapi telur dalam laksa tu azuin yang makan…suka makan telur pulak lately ni….sekarang paling suka telur putih tu…..dulu tak suka…dulu nak yang kuning je….


Habis entri untuk hari ni….minggu ni minggu family….sebab family mertua nak datang rumah pulak….nak hantar adik ipar p  Matrikulasi kat Tangkak….sebab tu apply cuti Isnin…kot la muat kereta, boleh la ikut…kalau tak muat or tetiba tak nak p, boleh datang kerja dan cancel cuti tu…tengok la macam mana nanti…yang penting apply cuti dulu…..

4 comments:

  1. Bagusnya azuin nak potong rambut. Kalau boleh nak jugak potong rambut aiesyah. Senang sikit nak urus. Tapi dia tak pernah bagi. kekonon nak jadi repunzel....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia aiesyah nak jadi macan repunzel....dah besar kan dah pandai cakap...kalau kecik dulu senang sikit sebab dorang ikut ja apa yang kita buat....rambut aiesyah lebat sungguh..tapi suka tengok kalau dia ikat...

      Delete
  2. Ahhh... comelnya rambut Azuin!! Rambut Amna memanjang tapi tak lebat. Asyik termasuk kat telinga. Nak potong pun macam takde makna je heheheheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula tu sayang gak nak potong tapi sian tengok dia rimas....boleh selit rambut kat telinga tu..:)

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.