Saturday, September 17, 2016

Bercuti di Swiss Garden Beach Resort, Lumut (10-12 Sept)

Buat throwback sikit….Cerita masa cuti sempena Raya Haji yang lepas…Ye, kami tak balik kampung pun….kami buat keputusan untuk bercuti….tak jauh pun…Lumut je..kenapa Lumut?? sebab Azuin dan Elman nak main pasir…bagi dorang main pasir sambil mama, papa berehat…

Kami gerak dari rumah hari Sabtu pagi….sebelum tu singgah Maju Ahmad untuk breakfast dulu…mana la tau kot jem kat jalan…karang lapar pulak...
Elman dah pandai kupas telur dah…ni la yang buat dia diam sikit…mama papa layan nasi lemak!!
Azuin pun sama..sibuk nak kupas telur je…

Dah kenyang baru la boleh jalan kan….kami sampai kat Manjong dalam pukul 12 tengahari macam tu..singgah kat AEON Manjong dulu sebab nak beli barang sikit dan semestinya "lunch hour"…lapar
Yeay, papa belanja makan!!sedapnya makan kat sini…tomyam dia sedap!!
Dalam pukul 3 lebih macam tu baru kami sampai di Swiss Garden..jauh kedalam jugak…kenapa pilih sini sebab nak privacy sikit dan Swiss Garden ni ada private beach..senang la sikit dan tak la ramai sangat orang!!lagipun view dan suasana kat sini damai & tenang!
View dari balcony!!

Kami stay 3H2M kat sini..bagi diorang puas main main pasir & mandi kat swimming pool...





mandi sekali…layan anak-anak!!


Malam boleh la jalan-jalan sekitar hotel ni….ambil angin malam..

Layan Paw Patrol!!
Breakfast time!! Kat sini yang leceh ialah jauh dari tempat makan…kalau kami keluar tengahari tu akan tapau sekali makan untuk malam…or boleh jugak makan terus kat hotel ni….

Layan Gym pulak


Memang seronok la kat sini….yang penting anak-anak pun gembira!!
Gambar ni Azuin yang snap…dah balik dah….Bye Lumut…Hi Puncak Alam….

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.