Friday, September 30, 2016

EG unit selection day!!

Throwback minggu lepas at Eco Grandeur (EG)..

25th September 2016
Unit selection day!! sambungan dari entry ini Rumah Ketiga?? EW??.. we're so excited!!
with my other half….queue no. kitorang 0407..tapi sebenarnya queue tu starts at 301…jadi, giliran kami 107 la…

kami dah ada kat sana sebelum pukul 8 pagi lagi..sebab akan bermula pukul 8 pagi…tapi bagus juga datang awal sebab dah disediakan makan bagai….ada breakfast, kids corner, massage corner & macam-macam lagi...
Amani di kids corner…masa ni main lego…at least, pembeli yang bawak anak tu takla rasa stress sangat…sebab anak-anak boleh main kat sini…
Selepas tu Amani & Adam main sand art pulak…..
Sand art by Elman Adam
Sand art by Azuin Amani
Yang ni tunggu queue dah…
Selepas tunggu queue nombor, kami kena panggil masuk dalam "holding area"..kat sini, kita boleh tengok lot rumah yang available dengan harga sekali…Means, kalau ada buyer yang booking kat next room tu, maka akan naik la status "sold" di holding area ni…memang takut jugak la desired rumah kitorang kena ambil..kitorang kena letak top ten list untuk tujuan ni…

Setakat di "holding area", lot yang kami nak tu masih belum sold…

Seterusnya, kami dipanggil masuk ke dalam selection hall…tapi nombor akan dipanggil satu persatu untuk masuk dalam barisan…yang lain berlegar sekitar dewan tu la...
Kanak-kanak seronok bermain je la sementara tunggu nombor kena panggil…
Alhamdulillah, rezeki dapat unit yang kami nak tu…hooray!

Selepas tu, kami kena tunggu untuk sign S&P pulak…
tunggu lagi…nasib baik tak lama..

Dah siap S&P, dah keluar je dari dewan tu…memang banyak bank yang ada…terus jumpa bank untuk loan submission…kami dah siapkan dah semua dokumen yang diperlukan untuk loan..kami bawak 4 salinan je..so boleh hantar kepada 4 bank je la dulu…dan pada haritu kami submit to Maybank, CIMB, RHB dan Hong Leong Bank..senang kan..tak payah nak jumpa bagai kemudian…settled dalam satu hari…


30th September 2016 - Loan approved!!! 
Sekejap je within 3 days…bank yang feedback lulus ialah Maybank, CIMB & RHB…Hong Leong tak dapat notification apa-apa lagi…kami pilih Maybank untuk loan rumah ni..minggu depan baru sign untuk offer letter..yeay!!

Bertambah la satu komitment…memang tak sangka yang kami akan beli rumah kedua & ketiga serentak…semoga segala urusan kami dipermudahkan dan rezeki sentiasa bertambah..AMIN!!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.