Tuesday, April 17, 2012

Tengok rumah contoh lagi

Nak beli rumah lagi ke?? Minggu lepas, ada seorang engineer kat tempat kerja saya ada bagitau yang dia terjumpa ‘new development’ kat Kota Kemuning….Fresh lagi..baru ‘launched’ 9 March 2012…untuk Phase 1 dah habis…Phase seterusnya tunggu masa nak launch je…Dengar macam best gak sebab kawasan Kota Kemuning ni memang best….tengok brochure nampak macam menarik….Jadi, hari isnin tu saya pun singgah la kat sana nak tengok ‘showhouse’ tu…kawasan memang menarik…design pun menarik…tengok plan kawasan tu macam terancang gak…boleh cakap puas hati la…untuk phase 1 kalau tak silap harga start RM 313K…untuk phase seterusnya, haruslah lagi mahal!! Tengok Show house memang la boleh buat hati ni tertarik…Cuma yang tak best, saiz kecik la…lepas tu tak ada hall kat tingkat atas…tak leh la nak letak TV or sofa kat family hall kat atas tu..melainkan macam ‘show house’ tu, family hall pecahkan satu bilik…so, tinggal la 2 je bilik kat atas…no no no no….mana boleh macam tu…tak cukup bilik la pulak [pada saya la]…..


Tapi saya book la jugak 1 unit…conner lot semua dah habis…yang ni untuk phase seterusnya la…suka2 je book sebab free…kalau taknak, tak apa la...haha..pastu ada la dia bagi senarai panel bank..kot la nak check loan berapa lepas….no harm pun ambik kan….balik tu sembang2 la dengan mr may dan kami pun pergi tengok rumah tu sabtu lepas…saja nak tunjuk kat mr may…lagipun, nak p Kemuning Utama gak…dah alang2 p tengok sekali la….kesimpulannya..-mr may tak berapa berkenan…lagipun, sekarang ni tak pasti lagi macam mana…kot2 mr may dapat tukar p Perak or Penang ke?or Putrajaya ke?...lagipun kami dah ada rumah dah…tengah tunggu dapat kunci je…memang tak jadi nak duduk situ n kena sewakan jugak la….tunggu la beberapa tahun lagi la kot nak beli rumah yang besar sikit…..Sabar dulu ye!!..Jom layan gambar….

Hari tu jugak kami p tukar barang Elekrik…kat entri ni..kami ada book masa Homedec 2011 dulu…dulu beria2 book sebab nak duduk rumah kami tu….tapi sekarang kan dah tak jadi duduk, so terpaksa la tolak…duit memang tak dapat balik tapi boleh la tukar barang lain….mula-mula kami p branch yang kat Kemuning…Tapi barang tak banyak dan penjual tu suruh kami tengok kat HQ kat Jalan Kelang lama….kat situ lagi banyak barang…so, kami pun terus p sana cari apa-apa yang patut..hari tu dah bayar booking RM500..so beli barang pun dalam linkungan tu jela….kami grab vacuum cleaner & Oven je la…tu pun kena tambah lagi RM 25 lepas diskaun…ok la kan dari tak ada…

Dalam kereta.....nak duduk macam orang besar...
Mama..jangan snap gambar azuin la...hehehe
Mana lagi nak p ni....
ishh..lepaskan azuin...azuin nak turun!!
Azuin yang tak leh dok diam…kalau dukung habis bising la mulut tu..sebab nak turun…

Masa hari ni la berlaku peristiwa yang tak dijangka - azuin makan serpihan barang mainan...huh!!nanti ada masa saya cerita hokay!!



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.