Sunday, April 29, 2012

Shaklee

Alhamdulillah…sekarang saya dah mula makan vitamin dari Shaklee..Dengan harapan kesihatan saya akan pulih dan bertenaga semula. Sejak akhir-akhir ni saya sedar yang badan saya kerap letih dan tak bertenaga. Paling membimbangkan, saya dah mula skip makan tengahari…Yela, dengan bebanan kerja yang tak menentu telah menyebabkan saya skip makan. Walaupun jadual mengepam saya masih konsisten tapi terfikir pulak takut mengalami masalah kurang susu pulak. Yela, untuk ibu yang menyusukan adalah WAJIB untuk makan dan tak boleh skip makan ni…saya pun dah mula risau & sedikit stress..sedikit sebanyak menjejaskan kuantiti susu yang dipam…

Dulu, kalau pam sesi pagi saya boleh dapat dalam 5 Oz..tapi sekarang kadang2 je dapat 5 Oz..kebanyakannya cuma dapat 2-3 Oz je….macam-macam bermain kat otak ni..saya kena teruskan penyusuan ni…itu memang niat saya sejak mengandungkan azuin lagi….

Jadi lepas berfikir dan tengok testimoni-testimoni dari pengguna-pengguna Shaklee, terus terdetik nak cuba..apa salah mencubakan…terus saya bukak ‘inbox’ dalam facebook..pernah dapat email dari ‘Nur Adilah’…msj dia bagi tu masa saya tengah mengalami masalah susu merudum masa ‘period’…terus msj dia dan tanya pasal Shaklee ni…lepas chit-chat dengan Adilah, saya pun buat keputusan!!

Banyak set-set yang ditawarkan mengikut kepentingan si ibu….Set B, Set E, Set 3M la…tapi untuk permulaan ni saya nak cuba dulu…nanti baru top-up mana-mana produk yang berkenan dihati…

Yes! Saya amik Set E (Fullpack Set B & Ostematrix)


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
                             
Fullpack Set B

i) Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.
                                           
Ostematrix

Cuma tambah Ostematrix. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 

Kalau ikutkan saya nak p Bangi Jumaat lepas nak ambik terus dari Adilah..tapi ada kekangan la pulak…so, terus Bank-In duit kat Adilah…tup-tup…sabtu pagi saya dah dapat barang..Cepatkan…I Like!!

Pagi sabtu tu terus cuba..kesannya nanti saya bagitau hokay…tuggu testimony dari saya pulak ye!!

Siapa yang perlukan Ostematrix @ SET E?
  1. Ibu yang mengandungibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
  2. Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
  3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
  6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  7. Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
credit to :
http://www.ibuhakimhaikal.com/2011/10/set-penyusuan-shaklee.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.