Monday, May 1, 2017

Pengalaman cabut gigi geraham atas

 2 tahun lepas masa buat check-up gigi dan scaling gigi, doktor gigi dah bagitau dah yang gigi geraham saya ni boleh diselamatkan lagi..boleh buat crown katanya…

Tapi masa tu terasa gigi tak sakit lagi dan macam ok…jadi buat taktau jela…sampai la sekarang baru terasa denyut dia…dan dok rasa dengan lidah macam lubang besar je…risau kot!!

Sebenarnya Jumaat lepas buat appoinment dengan dentist untuk scaling gigi je..promotion katanya..so, kita terjah jela…dan dah p scaling terus la buat check up terus…dan gigi geraham yang dok rasa denyut tu memang sah dah besar lubangnya..lebih malang lagi memang tak dapat diselamatkan…penyelesaian kena cabut….doktor ada la bagi beberapa cadangan dan disebabkan memang saya nak cabut terus…doktor bagi cadangan buat "bridge"…

Apa itu "bridge"? Boleh baca sini

Terus set appointment untuk cabut dulu..yang bridge tu kemudian la..yang penting kena cabut sebab dah sakit kot…

Appointment pulak hari buruh 1 May…risau gak sebenarnya takut sakit ke apa..tapi buat "cool" je….

doktor letakkan acuan dulu….sebab nak buat "bridge" kan…

dah nak start cabut baru rasa cuak….masa cucuk kali kedua tu baru rasa sakit…doktor siap cakap "sorry" lagi sebab nak cucuk dan sikit sakit…yer…sikit je sakit nak cucuk bius tu…dan mulalah rasa kebas…

Sepanjang doktor dok godek2 gigi nak cabut  tu memang rasa la kepala dok goyang..kalau tak bius tahla rasa sakit dia macam mana…nampak agak susah doktor nak keluarkan sebab gigi sikit rapuh…tapi dah klua tu rasa lega….
Nampak tak lubangnya…besarkan…dah serpih jugak...
yang ni sebelah lagi satu…

balik tu kami singgah kedai beli ice-cream….makan bend yang sejuk….nasib baik pagi dah makan nasi banya jugak…memang tak makan la sampai sudah…dah habis kesan bius pun tak rasa sakit…memula tu risau gak kot akan rasa sakit bila dah habis ubat bius tu…Syukur sangat sebab tak sakit...

Sekarang tunggu klinik call untuk "bridge" pulak…cost untuk cabut RM150 dan buat bridge katanya RM 750 untuk sebatang gigi….

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.