Hari ni dah Khamis…tak sabar nak
cuti esok….esokkan ‘public holiday’ Nuzul Quran….boleh la lepak rumah….rasa
macam nak buat biskut raya je esok..tupun tengok keadaan macam mana…dalam
kepala ni dok fikir nak buat chocholate chips, biskut nestum dan biskut suji
je…..tu jela yang senang pun….
Tapi tak besh sebab mr may tak
cuti…dan dia pun tak ambil cuti untuk esok….sebab minggu depan dia akan cuti
lagi hari selasa & rabu….cuti sebab nak prepare untuk interview….interview
pulak hari Rabu, 31/7/13…..Hope semuanya berjalan dengna lancar…
Semalam pun baru siap hantarkan
kesemua ‘report’ yang dikehendaki…tah
berapa ‘copy’ yang mr may buat…..banyak jugak dan kena hantar kat tempat yang
berbeza pulak tu……’Report’ penuh dengan projek dan pengalaman mr may kerja
la….dah la kena ‘attached’ drawing bagai…bertungkus-lumus la cik abang tu
siapkan semua tu….memang dah jadi tunggang-langgang dah bilik kerja kitorang
tu….
Sepahkan….azuin pun join sekaki....
Saya pulak, minggu ni minggu menunggu lagi….Sebelum ni dok
menunggu interview untuk kadet ptd…kali ni menunggu jugak…menunggu apa?
Minggu lepas hari Jumaat, dah pergi pun interview kat salah
satu MNC company ni….interview kali ni lain sebab industry yang
berbeza….F&B (food &beverage) industry….
Interview tak la susah sangat pun sebab skop kerja masih
sama…masih dalam R&D jugak…tapi risau jugak sebab saya macam nak pulak
kerja kat sini…benefits jangan cakap la…environment kilang pun macam best
jugak..saya suka!!kesimpulannya memang nak la kalau dapat….
Tu yang dok tunggu call dari diorang ni…katanya seminggu dua
jugak..lagipun kalau ikutkan iklan kat jobstreet, deadline dia 25 Julai ni
(hari ni la)..sah-sah la ada lagi candidate yang mintak kan….kalau lepas, kena
2nd interview pulak….taktau nak cakap peratusan dapat ke
tak…hopefully dapatlah….kalau tak dapat bukan rezeki jugak la….rasa macam susah
je nak masuk company ni…
Hopefully dapat la saya join company ‘milo’ ni J…..
Lagi sejam suku nak balik ni…..bulan puasa memang tak leh nak
lengah-lengah balik…takut sangkut kat jalan…..kali ni saya tak ikut port
dah..serak sangkut jem kat North Port….masak giler masa tu…lori besar-besar
pulak tu…nak pulak tak ikut traffic light…main redah je…tau la jem tapi
bertimbang rasa la…kalau dah besar, dan sangkut tengah jalan…dah ganggu
kenderaan dari arah lain….saya haritu 3x hijau tak leh jalan lagi….ni semua
lori punya pasal…..sangkut jem tengah jalan….
Sekarang balik ikut Pandamaran, terus masuk bandar Klang dan
Jalan Meru….ok sikit,…ingatkan akan sangkut jem kat situ sebab situ kan bandar
dan memang selalu jem…mungkin saya sampai area tu dalam pukul 4pm kot…sebab
office kebanyakannya keluar pukul 4.30pm……
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.