Monday, July 29, 2013

Belum shopping raya….

Belum sempat nak shopping bagai untuk hari raya…terpaksa on-hold ke hujung minggu ni sebab minggu lepas mr may sibuk dengan study dia….tak nak la kacau sebab kalau nak bershopping tu mesti penat…kalau penat mesti dah tak ada mood nak study….Hopefully hari Sabtu&Ahad ni sempat la cari baju raya kami…

So, memandangkan cuti tu siang tak kemana (Cuma keluar iftar je)….siang tu sempat la buat kuih raya sikit….Hari Jumaat cuti Nuzul tu sempat la buat kuih suji..dapat sebalang je….Sabtu cuti biskut raya sebab dok mengemas rumah….ahad dapat buat oat chocholate chips….yang ni saya buat dua adunan….dapat la banyak sikit untuk bawak balik kampung….tinggal nak buat buat biskut nestum dan nak tambah biskut suji je lagi.....lepas tu tutup oven……..cadangnya nak bawak balik kampung 3 jenis biskut raya untuk kedua-dua rumah….

Nasib baik azuin pun bagi kerjasama masa buat biskut tu…..azuin pun tolong sekali…..seronok kalau letak bahan-bahan dalam ‘mixer’ tu…..tapi kena ikut dia la…mana boleh biar dia buat sendiri….yang paling best azuin suka dok timbang barang..habis penimbang mama dikerjakan….diketuk-ketuk bagai….



Part membakar pulak, saya bakar dalam bilik yang kat bawah tu….sebab tak buat build in oven pun kat kitchen cabinet tu….sebab oven kan dah ada…nak bakar kat daput raa macam sempit pulak….so, letak dalam bilik la….senang..masa bakar tu, tutup pintu..bahaya kalau azuin masuk….panas tu….nanti dah setel buat kuih oven tu bakal disimpan dalam stor….azuin pun jadi tukang rasa gak…kalau dia nak makan banyak dan jap-jap mintak nak biskut tu maksudnya sedap la…..haha….

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.