Tuesday, July 2, 2013

Aktiviti Minggu Lepas

Memang mengejut punya rancangan…hari Jumaat masa kat office tu mr may ada bagi cadangan nak stay kat tengah kl macam tu…nak melepak la macam tu..sambil-sambil tu boleh bawak azuin jalan-jalan gak….

Walaupun boleh je nak balik hari tapi rasa macam penat pulak….kat office tu mulalah mencari hotel yang available….memang susah gak la nak cari yang kosong dengan harga yang kami nak…yang mahal tu ada la..tapi macam tak berbaloi la pulak……tapi kat office terhad la sikit nak google sebab kerja pun banyak..kira sambil-sambil je la…lepas tu kat rumah baru cari semula….agoda, booking.com, thru hotel memang banyak yang dah penuh….nasib baik terjumpa satu bilik gak thru AsiaRoom….

Alkisahnya, kami menginap la di Grand Continental, dekat dengan Jalan Sultan Ismail gak….yang penting tempat tu dekat dengan Jalan TAR, Sogo, Kampung Baru, LRT, Monorail dan pemandangan KL yang menarik dapat kami tengok (macam tak pernah tengok je kan…hahaha)….

Hari Sabtu tu keluar rumah pun dah pukul 8.30am….hajatnya nak breakfast kat Village Park Damansara lagi…..dah lambat sebenarnya kami sampai sana dan memang tersangatlah ramai orang kat situ….nasib kami baik…senang dapat ‘parking’, senang dapat meja…takyah nak tunggu lama…
Menu saya kali nasi lemak rendang ayam….nak rasa rendang pulak….hmm, rendang memang sedap, Cuma macam tak berapa nak sesuai makan dengan nasi lemak…sebab mana nak rasa rendang lagi, nak rasa sambal lagi..tapi azuin memang layan makan kat situ….
Azuin siap buat tangan lagi..tanda sedap….azuin kongsi nasi dengan papa sebab papa order nasi lemak ayam goreng..ayam goreng memang kesukaan azuin!!
Dengan mama pulak…..sabor je tangkap gambar dengan mama taknak tengok camera pulak!!!
Lepas tu baru kami gerak ke Sogo….check-in kan lambat lagi..pukul 2 baru boleh…jadi, boleh la beronggeng kat Sogo dan Jalan TAR dulu..target nak beli baju raya siap-siap….dapat beli baju mr may dan kasut saya je….memula tu memang la dok pilih baju untuk azuin…ada la beberapa pasang jugak..tapi dok tengok kat kaunter nak bayar tu punya lah panjang, terus letak balik baju-baju tu….tak kuasa nak bertaur panjang….tersangatlah ramai ornag kat Sogo….kalau setakat beratur panjang biasa-biasa ok la…ni terlalu luar biasa……

Tapi terubat gak hati….sebab ada Erra Fazira datang Sogo…sempat la saya snap dan ambil video si Jelita ni….memang cantik…muka kurus dan runcing je….sebenarnya kalau nak bergamba dengan Erra kena beli barang kat Floor 5 ni…tapi, saya tak beli pun…tak apa la..dapat tangkap gambar dan tengok Erra pun dah cukup!!
Dalam 1.30pm baru kami gerak keluar Sogo….Terus p hotel check-in…lepas solat dan rest sekejap, dalam pukul 3pm macam tu kami keluar lagi….keluar makan kat Nasi Kandar Yaseem….saja je nak cuba sebab Iwan cakap sedap…Jalan kaki je dari hotel sebab keadaan jem yang agak teruk…..Hmmm, makan kat sini ok la…tapi bukan kategori kedai yang akan kami singgah lagi la…hehuhehu….

Dah alang-alang kat situ, dan memang dekat dah dengan monorail Medan Tuanku….terus ‘plan’ bawak azuin naik train….ni kali kedua azuin naik train…dulu naik, azuin kecik lagi…taktau apa pun..sekarang ni teruja bila ajak naik train….mana taknya, kalau dok belajar kat Ipad papa tu memang dok kenal banyak kenderaan la…..

Masa dok beli tiket tu tetiba terserempak dengan kawan masa kitorang masa kerja kat Venture dulu, Faz dan family…lama sungguh tak jumpa….yelah, saya pun dah 3 tahun lebih dah tinggalkan Venture…dah la terkejut jumpa kat situ..tak sempat nak borak lama-lama…..

Kami naik Monorail dari Medan Tuanku ke KL Central….lepas tu patah balik ke Chow Kit….seronok tengok azuin dapat naik train…..
Aktiviti petang kat hotel je….layan azuin mandi swimming pool….malam pulak rest kat bilik sebab mr may layan bola je (TRW lwn JDT)…..memula ingat nak pekena nasi lemak city garden kat kampung baru tapi dah kenyang sangat pulak…..azuin pun tido awal gak…tu yang lepak bilik jela…


Ni pulak masa breakfast….azuin layan makan tembikai….sedapnyeeeee….

Lepas makan, naik bilik terus tukar baju, mandi kat swimming pool lagi…..swimming pool kat sini cantik sebab berlatar-belakangkan klcc….kalau malam menarik la….

Tengahari lepas check-out, kami layan nasi ayam kampung Haji Hasssan kat Velodrom, Cheras….dah lama tak pekena nasi ni..dulu masa dok kat permaisuri selalu la jugak makan kat sini…sekarang ni memang susah la sikit….

Lepas tu apa lagi, kami gerak balik la…sempat la jugak singgah Fella Design….Fella Design ada warehouse sale sekarang ni 28/6/13-7/7/13……sofa memang cantik la..siapa yang minat sofa boleh la usha sini….kami cuma beli kitchen mat je….dapat murah….

Tu la sedikit sebanyak aktiviti hujung minggu kami….bila la pulak mr may nak bawak p PD ni….nak lepak kat tepi laut pulak la…..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.