Wednesday, July 10, 2013

Checkup Hamil Minggu ke-18

Ambil masa sekejap update blog ni..memandangkan hari ni hari pertama dibulan puasa, ada sedikit rasa tak selesa kat badan ni..macam loya semacam je..hari pertama biasalah…harap, esok dan seterusnya ok la kan…kalau ‘lunch hour’ macam ni kebanyak kawan ofis saya lepas surau dan tido…saya nak jugak tido tapi mesti sesak punya la surau dengan manusia, lepas selepas ‘lunch hour’ la gamaknya…kat ofis tak berapa nak best nak tido bagai….tak selesa…kat surau boleh baring-baring lagi…hehehe…

Pagi tadi tak sempat nak masak lauk yang best..makan nasi dengan ayam goreng je…lepas tu letak kicap…ada air asam jugak la…air asam kelmarin..(sian suamiku makan tak berkuah)…bukan apa, saya dah nak masak kan sambal telur sebagai kuah tapi suamiku taknak pulak….tak apa la…makan dengan kicap pun sodap kan…yang bestnya azuin pun teman mama&papa bersahur….

Sebenarnya entri ni lebih kepada nak cerita pasal checkup petang semalam…sepatutnya checkup pukul 2 tapi saya keluar ofis pun dah pukul 2…hahaha, terlewat sikit sebab ada kerja yang nak kena siapkan sikit…so, saya agak sampai dalam 2.30-2.40pm la….tapi hampeh…jem pulak on the way balik tu….hambik, sampai klinik pukul 3.30pm tu….nasib baik la checkup biasa dan tak ramai orang….sekejap je proses dia..pukul 4.00pm dah settle…sangat cepat kan….bukan buat apa pun, timbang, chek urine, hb, check perut dan sesi ramah mesra….tu je….

Hb kali ni baru check yang kat hujung jari tu…..masih normal, 11..walaupun kurang dari sebelum ni..tak salah 12 lebih sebelum ni….tapi kira ok la sepanjang mengandung kali ni hb tak pernah rendah…masa azuin dulu selalu je rendah….Check perut pun nurse cakap ok…ntah la apa yang ok..nurse pegang-pegang dan ukur tinggi rahim….

Lepas tu, dapat la obimin lagi…dan checkup seterusnya 6/8/2013…hari selasa….dah dekat nak raya tu…nurse cakap kalau nak balik raya awal, boleh jugak p check up kat klinik kat kampung….tak pun call tukar masa….saya rasa macam ok kot…sebab rancang nak balik 6hb malam tu…

Temujanji untuk scan pun dah bagi…memang awal dia bagi…scan minggu ke 28, 18/9/2013…..saya mintak pukul 3pm…senang sikit…boleh keluar dalam pukul 2 dari ofis…nak jimat cuti la katakan….

Sekejap sungguh…lagi 2 minggu nak sampai ke pertengahan kehamilan…..kali ni memang banyak relax…sebab tak rasa sangat sakit bagai….perut pun masih comel lagi….memang tak nampak macam mengandung pun….nak pulak saya ni jenis yang bergerak aktif, pakai baju pulak memang tak nampak perut tu…sebenarnya ada nampak perut tu…Cuma malu-malu lagi nak menonjol perut tu….selera makan pulak, tak macam masa azuin..dulu masa azuin memang nak makan je keje….sekarang ni macam kurang jugak la….biasa-biasa je makan tu…


Tahun ni boleh la berpuasa penuh…..semoga kesihatan ibu mengandung ni baik-baik sepanjang Ramadhan ni…..

2 comments:

  1. yup2..sy pon plan nak berpuasa penuh jgk..insyaallah, semoga dipermudahkan..hehe

    ReplyDelete
  2. jom kita puasa penuh.....erma sempat habiskan puasa kan...due lepas raya kn..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.