Wednesday, July 24, 2013

2 tahun 5 bulan sudah!

Hari azuin genap 2 tahun 5 bulan….sama la jugak usia penyusuan saya…penyusuan yang dah suam-suam kuku….

Dari minggu lepas lagi saya dh tak kelek ‘cooler bag’ saya ke ofis dah….memang stop pam kat ofis dah…memang rindu gak masa-masa saya buat projek tu….tapi apa kan daya…susu memang diakui kurang giler…sangat…pam pun dapat 1oz je…lepas tu kalau pam memang agak sakit la….

Saya berhenti pam kat ofis je, tapi saya masih bagi azuin mengempeng lagi….susu masih ada walaupun tak banyak..azuin memang suka mengempeng….tu la ‘bonding’ kami….tak sanggup nak pisah moment ni….tapi kat rumah pun jarang minum susu….azuin nak kalau nak tido je…nak manja dengan mama la tu!!!

Kat taska memang saya dah tak bekalkan ebm dah untuk azuin…habis sudah stok dan tak pam pulak tu….saya masih bekalkan susu kotak dutch lady tu dan jugak susu formula..kali ni saya beli susu Dutch Lady perisa coklat….Syukur sangat, azuin boleh terima walaupun tak banyak mana pun dia minum….azuin minum 1-2 Oz je sehari kat taska….lagipun sentiasa je makan, susu pun tak layan sangat dah….kat rumah memang azuin tak minum susu formula…dia akan mintak susu kotak je selain susu mamanya….

Bersyukur sangat yang azuin minum gak susu formula….tapi saya lagi bersyukur sebab berjaya bagi azuin minum susu saya sahaja sehingga 2 tahun…rezeki saya dan azuin….untuk adik azuin, azam yang sama akan diteruskan….semoga semuanya berjalan dengan lancar!!

Azuin selalu cakap susu mama sedap!!bangga sekejapJ……tapi rasanya azuin bukan nak menyusu sangat pun..lebih kepada nak dekat dengan mama je….

Azuin pun dah makin lama makin pandai…pandai macam-macam….suka sangat!!
Lepas tu suka main ipad papa….habis ‘yes’ papa sebab dok tengok you tube….macam-macam dia nak bukak…..budak zaman sekarang kan…..

Tapi yang paling mama&papa tak boleh tahan, azuin selalu buat perangai…selalu nak menangis je sejak akhir-akhir ni..nak dukung la..nak mama la..nak tido tepuk  la (tido atas bahu sambil tepuk)….mama dah la tak larat nak angkat azuin sangat…ke sebab azuin dah tau yang dia akan dapat adik!!dah cuba bagitau azuin gak sikit2 pasal adik dia ni…sampai kadang2 azuin main pukul perut mama ni…..


Azuin sekarang suka tiru apa yang mama panggil kat papa….’yang’ la…cik abang la…kamu ni anak!...takkan mama nak panggil papa pulak…..azuin boleh la panggil papa……tapi sangat comel kalau azuin panggil macam tu…siap ikut nada mama panggil pulak tu!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.