Akhirnya dapat jugak saya scan baby ni….mana
taknya dah berminggu-minggu dok tangguh
untuk confirmkan scan ni…macam-macam halangan…sebenarnya hari buka buku
pink tu dah scan tapi mungkin terlalu kecil dan EDD saya dah lari dari tarikh
last period haritu….tu yang kena confirmkan semula dan scan semula….
Nasib baik semalam tak ramai orang…selalunya hari
Rabu memang ramai sebab hari Rabu je doctor ada…sekarang ni untuk checkup biasa
saya tak ambil cuti separuh hari pun….lagipun appointment selalunya pukul 2pm…better
saya mintak keluar awal je…lagipun kerja saya habis dalam 3.30pm..dah
alang-alangkan..lainlah kalau kena datang pagi dan akan drag sampi tengahari…yang
tu mestilah ambil cuti je…cuti pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan….
Semalam kena check darah…dulu
masa mengandung pertama, setiap kali datang klinik mesti kena check HB….ambik
darah kat hujung jari dan sikit jela…kali lain pulak….semalam kena ambik
darah..banyak pulak tu…kesimpulannya, Hb saya ok, 12.3…syukur sangat-sangat….bukan
apa Hb yang rendah ni boleh membahayakan ibu dan juga bayi di dalam
kandungan.
Ni la sampel darah yang nurse
tu ambil…nasib baik saya dah lunch siap-siap kat iffice..kalau tak mesti tak
beshkan..tak sedap badan sebab kena ambil darah banyak macam ni…
Dah ambil terus kena hantar kat
makmal dan tunggu sekejap je…dah dapat tau result…lepas tu terus ke bilik doctor
untuk scan…cepat sungguh!!
Doktor sangatlah comel dan baik…sambil
scan dok terangkan kat saya yang mana kepala, jantung, kaki…ada jugak tanya doctor
kot la boleh nampak gender baby…hmmm, kecik lagi la…susah nak detect lagi…tunggu
besar sikit la baru nampak…
Scan kedudukan kepala baby dari atas…seronok dapat tengok baby..bukan apa, kadang-kadang risau gak sebab tak rasa macam pregnant pun….perut pun tak besar mana…lagi pulak azuin ni selalu je dok baring dan bertelingkup atas perut…tu peel azuin kalau menyusu la…dah terbalikkan balik lepas tu azuin akan naik balik…jadi…..dah nampak baby baru rasa puas hati..ngehngehngeh…..
Dari scan tu, doctor cakap EDD
19/12..lagi lambat dari mula-mula yang doctor tu scan…dulu anggaran 14/12…tapi
kalau ikut last period EDD saya 8/12…pada saya, mana-mana jela..bulan 12 jugak
pun…yang penting baby sihat…lagipun tu cuma anggaran je….macam azuin dulu EDD
9/3/11 tapi keluarnya 24/2/11…37weeks dah keluar…tapi doctor cakap, taka pa,
sekarang ikut EDD period saya pun taka pa…nanti 7 bulan kena scan sekali lagi…..lambat
lagi la nak scan pun…
Rasanya untuk baby ni nak buat
3D/4D gak macam azuin…macam tak adil pulak sebab masa azuin dulu buat…excited
gak sebenarnya nak buat…kalau 3D/4D confirm jelas kalau nak tau gender
kan..selalunya dalam 28weeks kira ideal la nak buat 3D/4D scan ni….nak buat kat
mana tak tau lagi…dulu buat kat Vision College…tak tau la sekarang ada lagi ke
tak..nanti kena call tanya la…
Checkup seterusnya
9/7/2013..minggu ke-18…
sy pulak sekarang da nak msuk 32 weeks..boleh lg ke nk scan 3d/4d tu? hehe
ReplyDeleteSelalunya 3D/4D scan ni buat sebelum atau week 30..sebab selepas week 30 baby dah besar dan takut tak nampak pulak….tapi erma boleh cuba tanya kot la boleh….
Delete