Kami
ke sini selepas mr may berjaya google pasal nasi lemak sedap di sekitar KL/PJ…Lepas
tau je, terus bagitau saya pasal restoren ni…Nasi Lemak Village Park ni
terletak di Damansara Utama…senang je nak cari bagi yang dah biasa dengan area
sana….dekat je dengan BHP Petrol Station…Restoren ni ‘row’ dibahagian belakang…
Tapi,
kalau nak mai makan mestilah kena awal jugak la…nanti ramai orang (baca review
dri blogger la)…Jadi, kami pun ikut la apa yang blogger cadangkan datang
awal..tapi tak la awal sangat pun..sampai restoren tu dalam pukul 7.30am…tu pun
dah ramai orang dah…kat luar pun ramai, kat dalam pun ramai….kami makan kat
dalam je..
Azuin
baru bangun tido…mamai sikit…tengah tunggu order sampai…..tak sabar nak makan
la tu….
Dua
beranak yang suka nasi lemak….azuin pun makan banyak jugak…..sedap la tu…..
Menu kami nasi lemak dengan ayam goreng…..harga RM 8.30sepinggan….sebenarnya harga nasi lemak biasa cuma RM2.80…tapi sebab tambah ayam goreng (RM5.50)…tu yang jadi RM8.30…tapi memang sedap…rasa lain sikit dari yang pernah makan…
Yang
makan kat restoren pun ramai…yang bungkus pun ramai…kalau makan kat situ
diorang akan ambil order kita…duduk je….Cuma yang bungkus je kena beratur….
Restoren
ni boleh jadikan tempat yang MUST VISIT…boleh rasa kelainan nasi lemak kat
sini….Restoren ni Restoren Chinese muslim dan HALAL….Tun Dr Mahathir, Najib
Razak, Harun Din….pun pernah makan kat sini..boleh tengok gambar yang
diletakkan dalam frame dan digantung kat dinding restoren ni….
Village
Park Restaurant
5, Jalan SS21/37,
Damansara Utama (Uptown),
47400 Petaling Jaya,
Selangor.
5, Jalan SS21/37,
Damansara Utama (Uptown),
47400 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel:
+6 03 77107860
Business
Hours:
Opens
daily from 7am till 8pm.
On
Sunday/Public Holiday opens from 7am to 6pm.
Sebab
dah ke area Damansara, rasa tak lengkap
pulak kalau tak singgah kat Ikea…beli barang sikit…..Jom layan gambar azuin kat
ikea ni….
seronok dapat tolak troli kecik....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.