Thursday, June 6, 2013

Pasar Pasir Penambang & Cendol Bakar, Kuala Selangor.

Nak kata jauh tak jugak….nak kata dekat pun tak jugak..dalam 30-40minit jugak la dari rumah sekarang ni….tak sangka kami menapak mencari bahan basah segar sampai ke sini….yelah, nak cari ikan-ikan besar yang segar dan murah susah jugak la nak dapat…kalau kat Tesco, Econsave….kebanyakan nampak lembik je ikan…tak pun mata merah dan hampir merah…hmmm…..


Tapi kalau setakat beli sikit je macam tak berbaloi la nak menapak sampai sana…lain la sesiapa yang dok dekat kan….kami pun tak la beli banyak pun…tapi memang banyak pilihan la kalau nak beli ikan..ada jugak ikan yang saya tak pernah tengok sebelum ni…setakat siakap, jenahak, kerapu  tu memang dah biasa la…yang ikan besar yang lain memang tak berapa nak tahu sangat…..kami beli siakap dan udang je.....kali ni lebih kepada nak tengok pasar ni….

Nak pergi ke sini tak la susah mana pun….kami guna ‘WAZE’ je….tu la yang banyak membantu kami kalau p memana…senang…..

Balik dari pasar tu, kami singgah jap kat Cendol Bakar….sebab dah satu jalan kan…singgah jela…boleh la basahkan tekak ni jugak….sebelum ni kalau p Jeram dok lalu je kat gerai ni…..kalau korang ke Kuala Selangor memang akan lalu depan gerai ni…memang tepi jalan je…..

Dulu dok ingat macam mana la rupanya cendol bakar ni……tang mana yang nak dibakar….tapi itu semua poyo!!hahahaha…sebenarnya Bakar tu nama tuan punya kedai….la eh….semua orang yang lalu situ mesti dok fikir benda yang sama punya…mana taknya dah la ramai orang, pulak tu tengok banner dia macam alkononnya cendol tu dibakar….pandai tuan kedai ni tarik pelanggan kan……

Kat gerai ni pun pun ada kemudahan ‘drive thru’…..bukan McD je yang ada ‘drive thru tau’….senang la kepada pelanggan yang nak cepat dan tak nak turun dan minum kat situ….
Masa kami sampai tu gerai baru bukak dan orang baru nak ramai…..rasanya kalau tengahari ke petang tu memang ramai pelanggan singgah sini…..
Azuin pejam mata pulak…..

Kat sini bukan cendol je semata-mata…ada gak gerai-gerai lain yang jual beraneka jenis makanan jugak….boleh la nak isi perut  kat situ….ada abc, chicken chop, laksa, cucur udang, nasi ayam dan macam-macam lagi la…..
Rasa cendol ni ok la…tapi saya masih rasa cendol Bismillah, Taiping lagi sedap……betul tau!!

2 comments:

  1. Rasa cendol ni ok la…tapi saya masih rasa cendol Bismillah, Taiping lagi sedap……betul tau!!

    HUHhhhhhh.... mu pi la balik tepeng...

    ReplyDelete
  2. cendol Bismillah memang sedap..balik raya ni memang nak p pekena cendol ni...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.