Wednesday, June 12, 2013

Checkup Hamil Minggu ke-14 & Checkup Azuin 27 Bulan

 Check-Up Azuin 27 Bulan

Azuin checkup biasa je..Cuma timbang dan ukur ketinggian je..tak ada nak cucuk bagai sebab dah habis dah bab-bab cucuk ni….

Mood azuin semalam tak berapa nak elok maklumlah mamai lagi..masa ambil azuin kat nursery pun memang tengah tido….mamai tak habis lagi….mula la buat hal takmau berdiri atas penimbang….terpaksala saya naik sekali dengan azuin atas penimbang tu….lepas tu tolak je la dengan berat badan saya…..berat azuin turun la pulak….9.4kg je….memang la dalam graft u masih lagi normal tapi macam rasa kecik pulak….tinggi azuin 84 cm….patut la azuin masih lagi pakai diape saiz M…hahaha…kecik punya pasal…..tapi boleh jadi jugak azuin turun berat badan sebab dua minggu lepas kan azuin tak berapa nak sihat…..tak apa lah asalkan azuin sihat walafiat!!! 
Budak tecik yang dah pandai baca ABC..walaupun tak penuh lagi….sampai L je betul yang lain tu tunggang langgang lagi….Pandai zikir “Lailahaillah Muhammadarrasulullah”…..dah dengar butir zikir tu…..sebabnya dari kecik saya selalu baca zikir ni masa azuin nak tidur….sekarang ni kalau azuin tidokan Minnie mouse, dia pulak buat benda yang sama!! Doa tidur & doa makan boleh sikit-sikit… 
Tak boleh tumpang barang atas meja azuin ni..mesti cakap “kacau azuin punya”…hanya barang azuin je boleh letak atas meja ni….

Habis cerita azuin amani!!


Check-Up Hamil Minggu 14

Kali ni checkup biasa jugak…timbang berat, check perut, urine dan sesi jumpa nurse….berat saya masih 52.8kg…sama je berat masa 9 minggu haritu…terkejut gak sebab berat tak naik…padahal makan dah banyak dari biasa…..sepatutnya dah naik 0.5kg….hmmm…tapi saya rasa ok kot sebab saya tak pernah skip makan, ambil supplement…susu pun minum…..yang penting badan sihat dan segar…..nanti sekali lagi check-up kita tengok berapa naik….mungkin selepas ni, baby dah mula membesar dengan jayanya…..

Yang peliknya, tak ada ambil HB pun….dulu, setiap kali checkup mesti ambil HB…kali ni siap suruh datang semula minggu depan untuk scan dan masa tu baru check darah….result darah masa kali pertama check-up pun dah dapat..darah O positif….bebas HIV jugak…hehehe

Lepas tu masa nak check perut azuin ni takut pulak…takut tengok mama dok baring atas katil tu…terpaksa la baring sambil pegang tangan azuin…azuin duduk atas kerusi…kerusi tu saya rapatkan ke katil….Masa check perut tu nurse tekan-tekan dan siap cakap, tak rasa ketulan pun….terkejut saya memula….lepas tu baru dia capat…dah rasa…kecik je….terus ukur tinggi rahin bagai….perut dah naik sikit…sekarang dok sapu bio oil je…tak beli pun lagi scretch mark lotion tu….nanti-nanti la..as long as dah sapu bio oil pun dah kira ok…..

Sekejap je checkup..tu yang saya suka p petang…sebab takyah nak ambik cuti bagai…kalau p pagi mesti la kena ambil cuti….kadang-kadang tu ambik mc jela..hehehe……next checkup bulan 7 (18 minggu)….tapi minggu depan, rabu pukul 2pm…saya mintak keluar dari bos jela…rugi rasa nak ambil halfday… masih kena p untuk scan (sepatutnya last week temujanji untuk scan ni..tapi minggu lepas nak jadikan cerita elektrik tak ada pulak kat kawasan klinik tu…tu yang tunda tu)…scan nak confirmkan EDD…hari tu scan kecik sangat……

Hari ni kat office dok lenguh pinggang bagai….harini agak sibuk dok nak runs Validation untuk NPI products…dok berkejar kesana kesini la..jalan pun laju semacam sampai lupa yang diri ni mengandung….itu la saya!! Kalau dah start buat kerja tu memang dah hirau kiri kanan….yang saya tau saya nak kerja saya siap dan mengikut apa yang saya nak!! Kesudahannya, harini tak pam susu lagi….tadi nak pam lepas minum pagi tapi tetiba kena panggil meeting pulak…tu yang terus masuk office…kalau dah dalam office tu macam-macam hal la…jap lari sana jap lari sini…sebelum keluar p surau nak pam ni, sempat lagi saya post entri ni…hahaha..target nak keluar 12.30 untuk pam dan terus lunch…senang…office saya ni lain macam sikit..sebab kat dalam Production kan..pakai pun dah macam orang bulan…tutup habis..dari kepala sampai ke kaki (kalau pakai cantik-cantik pun tak ada orang nak nengok pun…hahaha)….kalau keluar tu nak kena bukak semua bagai…malas….tu yang sekaligus kalau keluar tu…..


2 comments:

  1. ringannye azuin...aleesya dh 12kg :) tp xpe, janji azuin sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal….ringan pulak..tapi dok dukung rasa macam lagi berat..tahla…yang penting sihat kan….12kg tu rasa macam ok la untuk toddler yang dah 2 tahun lebih….

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.