Sunday, June 9, 2013

Bila adik-beradik berkumpul

Jumaat lepas memang meriah jugak la rumah…seronok sebab adik datang rumah…masa ni la nak berkumpul ramai-ramai…Arfah dan Family memang dah nak balik Sarawak dah…kan cuti sekolah dah nak habis….Jadi, arfah singgah bermalam kat rumah saya dulu la sebelum balik Sarawak…..yang paling seronok ialah azuin la….ye lah, ramai yang dok melayan dia kan….Seperti yang dijangka, kalau datang rumah saya ni mesti mak kirimkan banyak benda makan….yang paling best, dapat pisang emas….lepas tu ada jugak biskut lutut yang mak kirim…..siap bagi 2 paket lagi…kat sini memang susah sikit nak cari…biskut ni selalunya saya bawak p office…standby je dalam beg..kalau lapar boleh la makan biskut lutut ni cicah air milo….sedap!!!!

Ada bubur kacang jugak…tak sangka mak sanggup buat semata-mata nak bagi saya…sebab mak tau yang saya memang suka bubur kacang….bubur ni memang saya tak request pun..memang mak yang buatkan…katanya sebab saya kan mengandung, mesti teringin nak makan bubur ni punya…alahai….kalau bubur kacang ni bukan masa mengandung je teringin..kalau tak mengandung pun teringin gak…..

Ada lagi yang mak bungkus kan…..rendang ayam….yang ni memang terbaik…sebelum ni mak mertua datang rumah bawak rendang daging….kali ni rendang ayam pulak…..sedapnya makan!!!nikmat sungguh…..

Esoknya Sabtu, mr may tak ada pulak pagi sebab ada kursus kat IEM (mr may sekarang tengah struggle nak nak dapatkan ‘IR’)….Pagi-pagi dah gerak p PJ….saya pulak, lepas hantar mr may (kat depan pintu je)…terus mulakan aktiviti memasak…pagi tu cuma masak nasi goreng dan buat cucur ikan bilis je…Alhamdulillah, tu jela rezeki kami pagi Sabtu tu…..Saja je masak awal-awal….senang sikit sebab nanati tetamu dah bangun dan siap boleh terus makan…tak la terkocoh-kocoh sangat…..sambil tu, keluarkan bahan basah untuk masak tengahari…..

Tengahari ok sikit la sebab adik-adik tolong masak….lagi pulak Jai dan Family memang dah cakap nak datang rumah jugak….tu yang masak banyak sikit…walaupun Jai tak bagitau nak ‘lunch’ kat rumah saya…tapi tak salah pun masak banyak sikit..tak la takut-takut diorang nak makan…..

Menu tengahari tu Siakap 3 rasa, Sambal Udang, sayur kubis, rendang ayam (yang mak bagi)….gambar terlupa pulak nak tangkap sebab dok sibuk sembang bagai…..yang pasti memang meriah la…seronok sangat!!!

Petang dalam pukul 5, baru kitorang gerak p UM hantar norly dulu..lepas tu terus pecut ke KLIA….arfah,salim & muthmainnah dah nak balik Sarawak…flight diorang 8.50pm..tapi seperti biasa kena la ada sejam awal kan…kami sampai KLIA pun dah pukul 7.15….sempat lagi..Syukur!!!
Arfah, Muthmainnah, aini, azuin @KLIA


Kena tunggu 2 bulan lagi baru boleh jumpa…cuti raya pulak la!!!baby muthmainnah memang comel..geram nak picit-picit pipi….nanti lagi 2 bulan boleh apa la lagi ek!!....mulut bising kalau bagi makan….nak cepat je…..baby muthmainnah dah 7 bulan dah pun..nanti balik raya 9 bulan…tak sabar!!

4 comments:

  1. aini... dah lama nak post tapi lupa... congrat on your second pregnant. semoga semuanya sihat dan diakhiri dengan berita gembira

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks hasna...amin..semoga semuanya selamat:)

      Delete
  2. wahhh murah rezeki... terharu kan time2 pregnant mak masak macam2. kalau saya balik terengganu mesti hsuband tanya nak makan apa. dan dia tau memang saya akan kirim paung goreng (kuih bom tapi inti ikan dan takde bijan kat luar).

    wahhhh dah ambik professional exam ek. pasni kena panggil Ir. May la. kekekekekk~ saya jugak tak kesampaian pursue architecture. exam susah dengar cerita sampai ada lecturer repeat 4 kali :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..sungguh terharu…tu la mak mak kan…mesti ingat anak-anak punya….sanggup masak dan bekalkan macam-macam…….
      Tak pernah makan paung goreng tu…kadangkadang tekak masa mengandung ni macam-macam je nak makan…..

      Bila la nak dapat Ir tu pun taktau la….yang penting semangat tu….nanti dia panggil interview pulak...saya tukang sokong jela….selalunya nak dapatkan yang professional ni memang susah kan…kalau dah dapat tu tak boleh la nak main-main pulak…..prestasi mesti kena superb baru la kena dengan title tu…

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.