Dah hari
khamis..tinggal sehari je lagi nak kerja untuk minggu ni…..minggu ni sangat
kelam kabut sikit….Hari isnin 24/6/2013 ayah telefon…dalam pukul 10 pagi macam
tu….terkejut jugak la…Tok dah kembali ke Rahmatullah pada usia 84 tahun…masa tu
saya baru nak keluar p minum pagi…dapat berita sedih ni pulak….
Terus telefon adik-adik saya…dan bergegas balik rumah….balik dengan Jai, Norly, Azuin dan Hakim (anak Jai) je sebab mr may ada kursus…tup tap tup tap pukul 2 baru gerak dari rumah saya…mana taknya Jai kena hantar wife dia & zharif ke rumah mertua dia dulu kat Bandar Tun Razak…lepas tu ambik norly kat UM…dari UM pulak singgah rumah saya…..memang pecut jugak la balik tapi tak la laju mana pun…
Terus telefon adik-adik saya…dan bergegas balik rumah….balik dengan Jai, Norly, Azuin dan Hakim (anak Jai) je sebab mr may ada kursus…tup tap tup tap pukul 2 baru gerak dari rumah saya…mana taknya Jai kena hantar wife dia & zharif ke rumah mertua dia dulu kat Bandar Tun Razak…lepas tu ambik norly kat UM…dari UM pulak singgah rumah saya…..memang pecut jugak la balik tapi tak la laju mana pun…
Perjalanan
tak berapa nak best sebab jerebu….Alhamdulillah, sampai kampung dalam pukul 5pm….tak
sempat nak tengok arwah dimandi dan dikafankan…masa kami sampai dah dalam
keranda dan nak angkat naik van jenazah dah…sebab bawak p masjid untuk
disolatkan…..Saya sempat tengok arwah pun masa kat kubur…bukak sikit kat
bahagian muka untuk tatapan kali terakhir….sedih!!! Arwah tok ni mak kepada mak
saya….tokwan dah lama meninggal, masa mak kecik lagi….
Memang
redha dengan pemergian arwah sebab arwah dah sakit lama dah….buasir dan rahim dah
terkeluar dah dari saluran faraj…kalau ikutkan semalam (rabu) ada appointment nak
letakkan ring kat tempat yang sepatutnya untuk masukkan rahim tu….sebelum tu
arwah memang dok meraung gak la cakap sakit..yela…kalau kita pun mesti sakit….Selain
tut ok jugak dah tak berapa nak ingat orang dah….biasalah orang tua kan…kita
pun tak berapa nak tau nasib kita nanti macam mana….
Kebumikan
selepas solat Asar dan syukur semuanya berjalan dengan lancar dan tenang.
Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman!!
Dapat
cuti 2 hari untuk kematian kaum keluarga….saya bercutilah isnin dan selasa…hari
Rabu baru masuk office….penat sangat sebab kerja dah menimbun…
Sumber dari Metro:
Sering kita dengar orang
bergurau, ‘perempuan tak elok mengangkat barang berat, nanti jatuh peranakan’.
Tanpa mengetahui lebih jelas apa yang dimaksudkan dengan ‘peranakan jatuh’,
ayat berkenaan sering berlegar dalam kalangan masyarakat kita.
Peranakan atau rahim iaitu
tempat janin membesar, terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot,
jaringan dan ligamen.
Proses kehamilan dan melahirkan anak boleh menyebabkan
otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah, mengakibatkan ia jatuh dan
kadangkala terkeluar dari saluran faraj.
Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps rahim boleh
berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh
sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua apabila pintu rahim jatuh
sampai ke permukaan faraj manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk
iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan
permukaan.
Lebih menyulitkan, masalah kekenduran organ reproduksi ini
akan menyebabkan wanita terbabit sukar mengawal kencing, terutama apabila
batuk, bersin atau sebarang perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut
meningkat seperti ketawa atau ketika hendak berdiri selepas sujud sewaktu
solat.
“Air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa dapat
dikawal. Keadaan ini mengganggu tugas harian dan kehidupan wanita terbabit.
“Dalam kes prolaps rahim yang teruk atau peringkat ketiga
(keseluruhan rahim terkeluar), sering kali pintu rahim bergesel pada seluar
dalam menyebabkan luka. Luka ini boleh dijangkiti kuman menyebabkan keputihan
atau pengeluaran lendir yang banyak.
“Tanpa rawatan yang betul, ketumbuhan akan berlaku akibat
pergeselan berpanjangan dan meningkatkan risiko menghidap kanser serviks (barah
pangkal rahim),” katanya pada Seminar Kesihatan Wanita anjuran QRS Asia Sdn Bhd
dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan HTAA,
baru-baru ini.
PENCEGAHAN:
1. Kawal berat badan
2. Mengamalkan senaman menguatkan otot lantai pelvik
(senaman Kegel)
3. Ada juga alat bantuan (Vaginal Cone) yang dapat
membantu dalam mendapatkan proses senaman berkesan.
4. Teknologi moden memperkenalkan mesin yang sangat
berkesan membantu menguatkan otot lantai pelvik dan memulihkan kedudukan organ
peranakan wanita seperti alat stimulasi magnetik.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan
UIAM, Prof Madya Dr Zalina Nusee berkata, inkontinen urin ialah kebocoran air
kencing di luar kawalan atau masalah lemah kawalan pundi kencing yang boleh
berlaku pada wanita semua peringkat umur.
Mungkin dianggap perkara biasa yang tidak membahayakan
kesihatan, tidak ramai wanita tampil mendapatkan rawatan. Hanya 30 peratus
wanita yang mengalami masalah ini datang ke klinik.
Jenis
kebocoran kencing:
1. Kebocoran kencing tekanan
2.
Kebocoran kencing gesa
3.
Kebocoran campuran
4.
Kebocoran limpahan
5.
Kebocoran kencing upaya
Faktor
risiko:
1. Proses kehamilan
2.
Kelahiran biasa, terutama penggunaan alat bantuan seperti forsep atau vacum
3.
Kongenital/baka
4.
Obesiti
5.
Merokok
5.
Pembedahan histerektomi (buang rahim)
6.
Menopaus
7.
Lanjut usia
Menurutnya, kebocoran kencing berpunca daripada lantai
pelvik yang lemah dan tidak berupaya menutup uretra (leher pundi kencing)
ketika batuk, bersin atau aktiviti lain yang mengakibatkan peningkatan tekanan
di rongga pelvik. Kebocoran kencing juga boleh berlaku ketika mengadakan
hubungan kelamin, aktiviti riadah atau solat.
Rawatan konservatif berkesan untuk kes yang ringan dengan
senaman lantai pelvik. Bagi kes serius, rawatan pembedahan diperlukan. Tiada
ubatan berkesan untuk rawatan kebocoran ini.
“Pundi kencing terlebih aktif ialah masalah penyimpanan
air kencing dengan gejala utama iaitu desakan ingin membuang air kecil secara
tiba-tiba ketika individu itu belum betul-betul bersedia.
“Gejala lain termasuk kerap buang air kecil, biasanya
lebih lebih lapan kali sehari dalam masa 24 jam dan bangun malam untuk buang
air kecil.
“Ia juga mungkin menyebabkan kebocoran kencing gesa iaitu
pesakit tidak sempat sampai ke tandas yang berpunca daripada otot detrusor
pundi kencing terlebih aktif,” katanya.
Masalah ini dirawat dengan pengambilan ubatan, mengubah
suai cara hidup dan fisioterapi. Jarang sekali pembedahan diperlukan dalam kes
ini.
Ada juga wanita yang mengalami kedua-dua masalah
(kebocoran kencing tekanan dan gesa) dan biasanya kes ini akan dirawat
menggunakan ubatan dan fisioterapi. Pembedahan akan dijalankan jika rawatan
ubatan dan fisioterapi gagal.
Pengarah Operasi QRS Cellvital Kuantan, Shahrill Sabarudin
berkata, satu kaedah baru untuk memperbaiki dan menguatkan fungsi serta
koordinasi lantai pelvik ialah menggunakan teknologi Trans Pelvic Magnetic
Stimulation (TPMS). Kaedah itu tidak menggunakan ubat, pembedahan dan tiada
kesan sampingan.
Apakah
kaedah rehabilitasi lantai pelvik TPMS?
Kaedah rehabilitasi ini menggunakan denyutan gelombang
elektromagnet berkuasa tinggi tetapi selamat digunakan. Ia dihalakan terus
kepada lantai pelvik tanpa pesakit perlu membuka pakaian.
Denyutan elektromagnet ini akan melatih otot lantai pelvik
yang terbabit dalam keseluruhan fungsi sistem urinari dan membolehkan ia
mencapai koordinasi betul dan kekuatan diperlukan untuk memulihkan sebarang
masalah berkaitan kerosakan otot lantai pelvik.
TPMS yang merangsang senaman Kegel automatik juga mampu
menyelaraskan kembali isyarat pundi kencing yang rosak disebabkan radang pada
otot detrusor pundi kencing, selain memulihkan masalah gesaan kencing.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.