Tuesday, September 24, 2013

Interview PTD

Syukur Alhamdulillah, dah lepas pun interview untuk Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD)…Interview pada 20/9/2013, Hari Jumaat….

Hari Jumaat best sebab carpool dengan mr may…dok relax je dan tak payah nak drive kereta macam selalu…kan best kalau hari-hari macam ni…..kami gerak awal macam biasa, selepas solat subuh….ikut LATAR dan terus masuk PLUS….sampai kat Chenderasari dalam pukul 7.15 am….sempat la breakfast dulu kat Tanglin..pekena nasi lemak Tanglin….dah lama gak tak p makan kat situ…..lepas breakfast, terus kitorang jalan kaki je ke tempat interview tu….jalan dengan mr may sampai pintu pagar je, sebab mr may kan kerja…so, dia kena berjalan ke komuter stesen KL untuk ke ofis….kereta tinggal kat saya…sebab senang sikit…nanti dah settle segala urusan baru p Mid Valley…..balik sekali la nanti…..
menu mr may...nasi lemak + daging
Nasi lemak + telur goreng untuk orang yang nak p interview
masih senyum walaupun risau...

Kena pakai baju yang bersesuaian nk p interview….memandangkan tengah memboyot….pakai baju kurung pun nampak macam tak berapa selesa…tapi masih ok dan kemas lagi la…hehehe…sebab masa mengandung ni cuma jubah jela yang selesa nak pakai..tapi warna & corak jubah macam tak sesuai pulak nak pakai p interview….tapi ok la tak la nampak seksi pun dengan perut memboyot sebab perut kecik molek je…..ngeee….

Cuma tang kasut tu jela….terpaksa pakai sandal biasa dulu…sampai kat sana baru tukar pakai kasut bertutup yang bertumit sikit….at least tak la jauh pakai kasut tu…..lepas interview, terus masuk tandas tukar sandal semula…tak larat la nak jalan ke kereta sebab kereta parking kat area kedai makan Tanglin tu….hehe…
Ruang menunggu..saya kena bilik D, calon nombor 3..interview saya mula pukul 9.30am…Cuma bilik no D ni mula lambat sikit sebab orang yang interview tu sangkut jem…kalau tak, lagi awal la siap….

Interview tak la berat sangat….tak banyak pun tanya pasal kenegaraan….banyak tanya pasal pengalaman kerja sekarang dan kenapa nak tukar kerja…saya memang tak suka soalan ni….dan memang dah jangka akan ditanya soalan macam ni..siap suruh tolak lagi gaji saya sekarang dengan gaji PTD dan dok bandingkan dengan bonus dan benefits lain…haih….

Memang sekejap je interview tu ….dalam 20 minit je..tak lama dan tak rasa pun tekanan tu…memang candidate dari bilik lain pun cakap macam tu…tapi saya tak letak harapan sangat…bergantung kepada rezeki….lagipun rezeki kat company baru lagi baik dan rasa macam sayang pulak nak lepaskan…..memang kalau dapat PTD (kalau la)..mesti dalam dilema punya la…..dah la kena p kursus setahun dulu pulak dan hanya berbekalkan elaun….tak apa, masih terlalu awal dan jauh lagi kan….keputusan pun 31/12/2013 baru tau…


Habis je interview tu terus p HUKM……untuk booking bersalin…..bercadang nak bersalin di HUKM jugak…senang sebab record lama dah ada kat situ…sekejap je proses nak booking appointment..tak sampai ½ jam pun….sebab dah alang-alang kat sana kan….Nak booking Cuma kena bawa buku pink, referral letter dari doctor kat Klinik Kesihatan, Buku biru appointment (yang ni kalau sesiapa memang pernah berususan dengan HUKM sebelum ni memang dapat….senang la sikit..no pesakit pun dia guna sticker yang dah ada kat buku ni dari zaman azuin) dan GL (yang ni saya guna GL mr may..kalau tak ada GL kena bayar la nanti…baik guna kemudahan yang ada)….Jadi, kena datang semula untuk checkup 10/10/2013 ni….(tapi kalau tak sempat sampai HUKM nanti, boleh singgah je mana-mana hospital kerajaan)

2 comments:

  1. Hi sis, u ada adik nama arfah ke? Sebab mcm muka my fren blaja mrsm dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi....yes, arfah adik saya...dulu dia blaja kat mrsm pasir salak:)

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.