Wednesday, September 4, 2013

PGY Breakdown lagi…

PGY Breakdown lagi…

Ni yang paling tak suka setiap kali kereta buat hal…kali ni PGY memang betul-betul buat hal….melayang duit nak repair bagai..

Weekend lepas kami balik kampung…kira lepas kerja hari Jumaat tu memang terus balik la…dan memang akan balik rumah balik ahad petang…balik kali ni sebab nak p kenduri colleague saya…dalam office memang dok sebelah meja saya la..lagi pun kenduri tu kat Parit Buntar…dah alang-alang, tu yang ambil kesempatan balik kampung jap…tak lama pun tapi dapat la bermalam jugak..sorang semalam (kampung dekat la katakan)…
Melati’s Wedding..tak sempat nak tangkap gambar Melati&Husband…gambar ni haiqal yang tangkap..tu yang senget2 sikit..tapi good job haiqal, nanti boleh improve lagi skill tangkap gambar..at least tak la bergegar…cuba out of frame je gambar tu…
masih boleh pakai baju kurung....26 minggu sudah!!
Dalam kereta ni…azuin belajar dok belakang dengan abang haiqal…
sanagt comel kamu berdua...

Nak jadikan cerita, lepas zohor dalam pukul 2.30pm macam tu….ada jiran call cakap alarm PGY bunyi sebab kat area rumah kami tu hujan tersangatlah lebat….lebat sampai PGY takut…hahaha…memang terpaksa la kami bergegas balik….kalau tak lambat lagi la balik sebab Isnin tu kan saya cuti…cuti bawak kedepan sempena hari Merdeka jatuh hari Sabtu…bergegas jugak tapi tak leh bawak laju sebab jalan sangat jem…kami sampai rumah pun dah pukul 9 malam…dan….alarm PGY masih berbunyi lagi…mesti kong la bateri PGY tu…

Esok petang, lepas mr may balik kerja baru try naik PGY sebab nak beli barang kat Econsave…tapi malangnya, masa nak balik tu tak boleh nak start pulak….nasib baik awal lagi dan workshop tak tutup lagi..diorang try fix kan PGY tapi tak boleh jugak..kena tunggu esok pulak….tu yang terpaksa EL semalam..saya & mr may EL…sebenarnya sebab hujan lebat tu, air dah masuk dalam PGY..memang banjir la…banjir bahagian kanan kereta..nasib baik belah pemandu tak terjejas…memang bertakung je air…

Geram pun ada….sebab memang masalah ni dah pernah jadi tapi takla seteruk ni….dan…sampai satu tahap, kami dah buat keputusan muktamad…memang kena beli kereta baru ni…trade in PGY la gayanya..lagipun PGY dah habis bayar pun….boleh la buat duit untuk bayar downpayment…..


Sementara tunggu PGY diproses, kami sempat p ke showroom kereta kat Glenmarie, Shah Alam…semalaman dok survey dan mr may ada berkenan kat satu kereta ni….dan masa p test drive tu memang berkenan…saya first time tengok pun dah berkenan.... azuin pun berkenan jugak..siap nangis-nangis lagi masa nak balik….harini baru nak hantar semua dokumen…harap-harap loan lulus dengan jayanya!! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.