Tuesday, July 7, 2015

Kuih Raya - Peanut Butter & Cornflakes Pops

Percubaan pertama buat resepi ni..ni pun hasil kawan-kawan yang share resepi kat fb..so, ambil peluang la nak cuba.....lagipun resepi biskut ni takyah nak bakar bagai...tu yang senang nak buat...

Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
1/2 cawan madu
250gm smooth peanut butter
Secubit garam
4 cawan cornflakes
Segenggam badam nibs - disangai
Cara-cara:
Masukkan gula dan madu ke dalam periuk di atas api sederhana sehingga gula larut dan kedua-dua bahan bergabung. Didihkan.
Apabila mendidih, alihkan dari api. Masukkan peanut butter dan kacau sehingga sebati dengan didihan gula dan madu. Masukkan garam dan kacau rata.

Adunan dah sebati
Azuin buat apa tu...
Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran peanut butter tadi ke atas cornflakes dan gaul rata. 

Sprinkle the almonds semasa menggaul.


Masa tengah suam-suam ni bentukkan ikut kesukaan. Letakkan atas kertas minyak dan biarkan sejuk 
Hiasan bebas mengikut kreativiti. Saya cairkan cooking chocolates sikit and drizzle on top!
Tara....dah siap...dapatla 3 balang...







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.