Alhamdulillah....
kembali bekerja dan teruskan hidup jauh dari kampung……
Kami sekeluarga selamat sampai di KL hari Sabtu lepas….memang dah plan
dari awal nak balik hari Sabtu sebab nak elak kesesakan kat PLUS tu….mujur la
perjalanan kami ke KL mudah tanpa tersangkut dengan kesesakan jalanraya…......pasal raya pertama boleh baca kat sini...dan kat sini cerita pasal seminggu kami di kampung...
Sedih memang la sedih nak tinggalkan Taiping..redup dan mendung je
perjalanan kami haritu….R&R pun tak sesak….senang jugak la nak dapat
parking….kami singgah 2 kali di Tapah & Sungai Buloh…..
Masa kat Sungai Buloh tu…siap dapat sample susu Sustagen lagi...Sample
formula milk (fm) untuk anak 1-3 tahun….dalam pouch tu siap ada fridge magnet
(yang ni memang azuin suka..sekarang suka susun fridge magnet), ada 3 paket
susu, sticker dan voucher RM5 untuk pembelian Sustagen Junior….disebabkan saya
dapat 2 pouches…saya ada la voucher RM10….tapi valid sampai 30 october 2012…memang
la saya tak guna voucher tu..hmmm, siapa nak??angkat tangan…..azuin masih lagi
minum susu mama..so, sample fm ni selalunya saya simpan jela….
dah nak bangun dari baby chair dah....
Sampai KL dalam 1.30 ptg…tak terus balik rumah pun..sebabnya…nak p Viva
Mall kejap…nak beli barang kat Giant..sambil-sambil tu survey lampu & kipas
kat situ….memang la meriah kat Viva Mall tu..macam-macam jenis lampu ada…..yang
penting ongkosnya mesti ada…..mr may dah pernah dah survey haritu tapi kali ni
dia nak tunjuk kat saya pulak ‘LED downlight’ yang dia berkenan tu….hmm,memang
chantik..ditambah ada diskau 20% pulak….kami hampir nak beli tapi nasib baik
teringat satu tempat nak kena pergi jugak….kat mana tu???
Houses Lighting la…yang Bandar Puchong Utama tu….kalau google, mesti
boleh dapat info sebab rata-rata manusia cakap murah harga lampu-lampu kat situ….memandangkan
ramai cakap macam tu…kami pun nak survey la jugak kat situ..betul ke harga
murah dari tempat lain…..(memang terpengaruh dengan betul..hahaha)…
Oh, kami tak la terus pergi hari Sabtu tu sebab dah penat kan….Jadi,
agenda kami hari Ahad mencari lampu & kipas la…..tengahari baru gerak p
Puchong sebab hari Ahad kedai ni buka pukul 12tgh….kami smpai siti dalam
12.30tghri….pun dah ramai orang..kedai tak la besar mana…tapi meriah la
lampu-lampu tu….mr may dok compare la harga dengan kedai yang pernah kami
survey…dan…memang murah la…..tapi LED downlight yang macam kami berkenan kat
Viva Mall tu tak ada kat situ….haishhhh….tak apa, boleh survey lagi….
keadaan kedai....
wall light..yang murah rm 29 pun ada....
harga kipas KDK...banyak lagi jenama lain...Alpha pun ada...pilih je...kami tak beli sebab dok berkira-kira nak beli yang mana....under our budget la....
Kat Houses Lighting ni kami berjaya membeli lampu-lampu je…tu pun tak
settle semuanya lagi…kipas tak pun beli lagi….setakat ni cuma dah beli wall
light kat tangga, lampu untuk 3 buah bilik tido (master bedroom KIV dulu sebab
nak cari yang menarik lagi)…..lampu kat bilik air(yang ni mr may beli LED
jugak)…lampu kat porch….dining memang dah berkenan kat satu lampu tu….tapi
nanti la beli ..kena angkut sikit-sikit la….kat situ pun tak leh dok lama…azuin
dah mula bosan & lapar…siap mintak nak susu lagi…terpaksa la mama bawak
azuin minum susu dalam kereta sementara mr may dok pilih-pilih….
Pasal rumah pulak...Sekarang ni tengah tunggu dari Signature Kitchen call untuk review 3D
kitchen cabinet (KC) kami….sebenarnya seminggu sebelum raya dah jumpa dah untuk
tengok rumah…masa tu acara ukur mengukur KC dan wardrobe….Cuma nak bincang
lebih lepas raya la…duit-duit..lepas ni memang mula la duit tu mengalir…tak tau
la sederas mana laju duit tu….huhu…..
Nak tepet gak gambar seminggu sebelum raya masa jumpa Signature Kitchen
kat rumah kami tu…..walaupun dah lama tapi pada saya tidak!!ni untuk kenangan
kami….nanti boleh la korek blog balik kalau lupa apa-apa info kan….
berkelah....
lapar sangat....makna bekal yang mama buat je
konon-konon terer la nak bukak pintu pagar.....
Note : Semua tentang progress rumah ni untuk sharing purpose only!!....dan jugak untuk saya korek info/history pasal rumah saya ni.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.