Wednesday, August 8, 2012

Oreo Cheese Cake


Percubaan Pertama saya buat Oreo Cheese Cake….sedap jugak!!

Masa kat office memang terasa nak buat cheese cake selepas sesi meng’google’….masa rehat tengahari tu, saya keluar kejap p econsave [yang tu yang paling dekat..memula ingat nak p Jusco Bukit Tinggi….tapi takut terlajak pulak..biasalah kalau P Jusco tu kalau tak shopping tak sah!!]…lagipun nak beli barang sikit je…..tu yang p econsave je…beli oreo, yogurt, loyang [sebab tak ada loyang yang sesuai], barang-barang runcit yang lain….nak beli cream cheese tapi tak ada yang berkenan pulak….terpaksa la mintak tolong mr may beli kan cream cheese…

Balik je rumah terus sediakan bahan-bahan yang nak digunakan….butter memang saya dah beli banyak…saja je simpan kot la nak buat kuih raya or cake bagai…lagi pulak dapat harga RM2.90 je Buttercup…terus rembat banyak la…

Buat dengan adanya anak kecik agak mencabar la...mana taknya, masa saya dok tengah guna mixer tu..si azuin ni siap campak sudu lagi masuk dalam mixer tu....haih...sabor jela...nak buat masa azuin tidur, hmmm...saya pun tumpang sekaki tidur..haha.....

OREO CHEESE CAKE

Resepi Asal: Jthorge
Rujukan : AnaSuzana

Bahan:-
30 keping oreo [buang cream tengah] - kisar halus 
1/4 cawan butter - cairkan [boleh cairkan guna mikrowave selama 10 saat]

Bahan Filling:-
500 gm cream cheese[saya guna brand Philadelphia 2 ketul. Seketul tu 250gm]
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream [saya guna yogurt asli je]
2 biji telor 
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :- 
Gaulkan oreo yang dikisar halus dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dengan butter. Pre-heat oven pada suhu 170 Celcius.

Filling:-
~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
~ Masukkan sour cream/yogurt dan pukul sebati.
~ Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, gaulkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn suhu 170 celsius, api atas bawah.
   Letak Loyang pada rak bawah sekali dan tutup cheese cake dengan aluminium foil untuk 
   mengelakkan permukaan terlebih kuning.
   Bakar selama 45 minit. Selepas 45 minit sila gunakan api bawah je dan bakar lagi dlm 15  
   minit..

Nota : 
Steam Bake = letak loyang adunan dalam loyang lain yang  berisi air panas)
Gunakan loyang spring foam bagi memudahkan proses mengeluarkan kek. Tapi saya guna Loyang biasa je dan letak air panas kat bawah Loyang tu..Rendam pun boleh tapi pastikan keliling loyang tu dibalut dgn aluminium foil dgn kemas   untuk elak air termasuk dlm loyang.. paling penting air yg di tuang tu ialah air panas ye dan bukan air sejuk..

Petua :
1) Elak kek mengecut/mendap tetiba.
Bila dah masak, jgn keluarkan terus itu loyang..Biarkan dlm oven dulu [lebih kurang stengah jam] dengan keadaan pintu  oven sedikit renggang.
2) Potong Cheese Cake.
Setiap kali nak potong,sila celup pisau ke dalam air panas dulu, lap, lepas tu baru potong..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.