Photobook untuk ‘Azuin’s Milestones’ dah ada kat saya…lega
sikit….photobook ni terpaksa saya tukar alamat hantar kat office
pulak...sebabnya masa hantar kat rumah memang hari kerja dan haruslah tak ada
sesiapa kat rumah…lain cerita dengan buku ‘Family Activities’ tu….yang tu
memang mr may ada kat rumah….sebab mr may cuti….terpaksa la call skynet nak
tukar alamat….[sebenarnya boleh je p ambil kat office skynet ni…dekat je
dengan rumah…tapi malas nak cari bagai dan redah jem]….
Jadi, photobook ni memang selamat sampai kat saya dah….pagi
tadi masuk office, dah ada parcel kat atas meja….yeay!!..terus bukak dan sangat
puas hati….sebenarnya ada error jugak kat buku ni..memang Pixajoy ada bagitau
thru email….Pixajoy suruh saya hantar semula file tu selepas saya edit atau
diorang terus proceed je….error yang ada :
1) Wording
terkeluar dari frame..maksudnya…masa diorang bind nanti memang tak nampak
perkataan tu penuh la…
Contoh : Day 7……kat buku tu tak
berapa nak nampak nombor 7 tu..kena belek sikit baru nampak sebab dekat dengan
binding area….tapi ok je saya tengok….lega…..
2) Gambar
agak kabur (photo quality) – yang ni memang saya tau kualiti gambar tu tak
cantik sebab gambar semua dari camera yang pelbagai….dari yang ok sampai la cap
ayam..hahaha….saya compile ke semua gambar azuin yang ada tanpa tinggal satu
pun..tak kira la gambar tu tak berapa nak elok ke….sebab tu semua
kenangan….lagipun boleh letak sebanyak mana gambar kan..kalau tak letak….lepas
tu softcopy hilang ke…siapa yang merana….rugi-rugi….
Tanpa edit semula, saya suruh diorang proceed untuk
print…bertawakal je..dan Alhamdulillah memang ok..minor je tu….
Sekarang ni memang tengah gigih nak buat Azuin’s 1 Year
Milestones pulak….kali ni saya compile setiap bulan…kiranya kalau ada gambar,
saya terus masukkan dalam projek saya tu…Jadi, tak la makan masa lama nak
compile sekali harung macam yang ni….
Kalau boleh nak buat photobook untuk Azuin dan anak-anak
seterusnya sampai umur 5 tahun…..dan seterusnya mengikut aktiviti dan apa-apa
la….hehe…seronok dapat mengabadikan kenangan dalam photobook ni…dan saya sangat
puas hati dengan PIXAJOY……
Tak sabar nak tunjuk kat mr may buku ni….Jom layan…
Tarraaa….haruslah gambar depan ada gambar mama & papa
walaupun buku ni sebenarnya ‘Azuin’s Milestones’…Azuin tak ada, kalau mama &
papa tak ada tau…heeee
Ni masa buat 3D/4D scan kat Vision College…boleh baca kat sini….nanti boleh tunjuk kat Azuin masa dalam rahim mama…untuk 2D saya letak
kat muka depan [tak tangkap pulak gambar yang tu]….
Detik kelahiran yang menakjubkan….kalau nak tau macam mana
proses tu boleh baca kat sini…sempat lagi mr may ambik gambar…ada gak
audio/video bunyi jantung saya dan suasana dalam labour room tu…tapi takleh la
letak sini..hehe
Hari pertama menjenguk dunia…..mr may selalu tanya macam ni
kat azuin :
Papa : Azuin tau tak
siapa yang tengok azuin dulu…
Mama menyampuk sebab Azuin tak reti jawab lagi : mama la…siap
pegang lagi tau…kulit azuin kedut-kedut je….
Papa : Papa nampak rambut azuin dulu masa azuin nak keluar…..
Mama : Ala, yela yela..dah doktor suruh papa tengok sebab azuin dah nak keluar..tapi mama orang pertama pegang azuin tau….
Kesimpulan : Papa nampak azuin dulu tapi mama pegang azuin
dulu…….
Di HUKM..
Saya dalam pantang masa ni…masih kecil azuin….tengah belajar
minum botol susu….mula-mula boleh je terima botol Tommee Tippee ni..dah habis
pantang tolak bulat-bulat…dah taknak sampai sekarang…..boleh baca sini…
Nur Azuin Amani
comelnyee
Dah besar dah anak mama ni…sebenarnya ada banyak mukasurat untuk setiap bulan…maklumlah kan banyak gambar….sebab tu photobook ni ada 142m/s…banyakkan…tebal pulak tu…
Yang lain boleh datang rumah tengok ye!!!
To Azuin : Azuin kena sayang mama & papa sentiasa tau…tengok,
gigihkan mama buat photobook kat azuin…
Nota Kaki: Nampak sangat update blog kat office…hahaha, hari
ni kan Jumaat, jadi mood kerja tu kurang dari mood nak balik….
.
kekekeeee... comelnya azuin :D
ReplyDeleteaini, sama je mood kat sini. dahla harini mintak balik awal sbb ofis rezal ada iftar kat mutiara damansara :P
tq...
ReplyDeletemacam tu setiap kali hari jumaat..mood cuti je...kerja banyak pun tak di endah..haha..
waa....besnyee iftar....