Pengalaman Interview @ Company X- (Sungai Way, PJ)
Yang ni saya
apply thru Jobstreet.com….memang tu jela saluran yang paling senang dan mudah….
Application
Satus = Reviewed 4X…[banyak kali jugak diorang reviewed sebelum diorang panggil
untuk interview kan]…luckily, saya salah seorang yang dipanggil…..
10 Julai
2012, 10.00 am – 1st Interview
-Interview
tak la rasa tertekan sangat sebab mungkin dah lali dengan interview
bagai….walaupun lain company lain cara interview tapi selalunya adala sipi-sipi
soalan yang diberi.
-Interview
kali ni tak lama….1/2 jam je…boleh cakap sekejap la sebab saya pernah kena
interview hampir 2jam….
-Nasib baik
ada pengalaman sikit..senang la nak jawab..kebanyakan soalan berkaitan dengan
kerja sekarang dan adalah sikit-sikit soalan teknikal yang dia tanya….
Contoh-contoh
soalan yang ditanya:
1) Tell me about yourself [yang ni memang wajib
di tanya kat mana-mana interview yang saya pergi]
2) Job responsibilities [yang ni pandai-pandai
la goreng tai jangan terlebih goreng sudah…dah hangit kang susah pulak,hehe]
3) FMEA, DOE, Six Sigma….[yang ni ok la sebab
memang saya gunakan dalam kerja saya…Cuma terangkan sikit je dah dia pun
angguk-anguk je…tapi ada gak yang tak berapa pasti especially Six Sigma
tu….yang FMEA tu memang dia suruh terangkan satu persatu…siap bagi situation
lagi]
4) Career expectation [yang ni dia suruh
terangkan goals kita dalam kerjaya….in 5 years, 10 years].
5) Kenapa nak ‘resign’ dari kerja sekarang?
[seperti biasa saya pun jawab la ‘for my career enhancement’..lagipun memang
saya minat dalam electronic/semiconductor industry ni….sebab?teknologi dalam
bidang ni cepat dan up-to-date…kena cepat bersaing….
-Lepas tu dia bagi satu soalan yang dia nak
uji daya ingatan kita…[nasib baik lepas ujian ni,hehe]
-Tu jela yang saya ingat..terlalu banyak soalan
walaupun Cuma stengah jam je interview…saya memang puas hati….
-Ada gak tanya dia bila boleh tau result
ni…..dia cakap 1-2 weeks…..
-Dalam hati ni rasa 50-50 je….tapi taknak
mengharap sangat sebab takut kecewa…kang lagi sedih…sebab diorang ada lagi
candidate yang nak di interview…mana tau diorang jumpa yang lagi baik
ke….melepas la saya…..
-Tp tak pa, kan dah ada kerja sekarang….tak la
risau sangat……[dalam hati memang nak]…tengok jela rezeki ada ke tak….
-Dah lepas seminggu dari interview tu, memang
tak de kol pun..sedih…dah rasa tak dapat…so buat tak tau jela {merawat
hati]…hahaha….
24 Julai 2012, 6.15pm
-Dan….dan….tak disangka-sangka….genap 2 minggu
lepas interview tu, saya dapat kol dari HR yang saya kena datang untuk second
interview….dengan Manager lagi besar….hahaha ….apa tah jawatan dia
bagitau…sebab tak dengar sangat..terlalu excited la katakan……
-Dalam kepala ni dok fikir nak mintak half day
la esoknya sebab interview tu pukul 2.00 pm…tapi tak boleh pulak sebab pagi tu
ada ‘Project Meeting’..nak kena uptae project plan bagai…taktau pukul berapa
habis…selalunya kalau project meeting memang lambat habis….kang rugi pulak
ambik halfday…..hmmm,kesimpulannya…saya mintak keluar je dari bos…
25 Julai 2012, 2.00 pm - 2nd Interview
-Keluar dari office dalam pukul 1.00pm gak
sebab tetiba ada satu lagi meeting….kelam kabut sikit hari tunasib baik bos
ok…saya mintak nak keluar sebab ada ‘emergency’…nasib baik dia tak tanya
banyak….sebab bos saya memang best!! He’s an Irish. Cool!!!
-Syukur jugak sebab traffic pun ok…tak
sesak…sampai kat Sg Way Free Industrial Zone tu dalam pukul 1.35 pm….
-Interview pukul 2.00 pm….sempat…Yeay!!
-Kali ni interview santai lagi sebab GM yang
nak jumpa saya….macam sembang-sembang kosong…tapi ada gak dia tanya pasal NPI
bagai…lepas tu dia bagitau pasal Wafer Fabrication la…saya layan jela…memang
saya tak ada pengalaman dalam Wafer Fabrication ni…tapi kalau dapat saya akan
sentiasa belajar & ‘I’m a fast leaner’….
-Ada jugak
dia tanya kenapa saya ambil course ‘Material Science’ masa kat UKM dulu dan apa
alatan pengujian yang digunakan….[nasib baik teringat FTIR, SEM...dan memang
dia nak jawapan tu]..tapi masa dok jawab tu memang takut dia tanya lebih
tentang FTIR, SEM….saya memang dah lupa dah semua pasal tu….tapi boleh je kalau
nak belajar balik…hari-hari guna mesti terer la!!
-Rasa ok la interview ni..sekejap jugak Cuma
dalam ½ jam je…memang tak rasa tekanan pun masa interview tu..siap boleh
bertukar idea lagi….i like!!..
-Saya ada tanya pasal ‘career expansion’ kat
situ…dia cakap, kebanyakan manager adalah engineer dulu...kiranya memang mula
kerja dari engineer kat situ sampai la dapat ‘promotion’ jadi manager..dan
diorang dah kerja >10 years kat situ….hmmm..
-Habis je interview kena p HR pulak sebab
nanti HR tu akan bawa kita keluar dari office…kena tunggu lagi result interview
ni…dapat ke tak?? Ada rezeki tak kemana
kan…….
-Kalau bukan rezeki kat situ, tak apalah….kerja
dah ada [ayah menyedap hati]
***Macam susah jugak nak dapat kerja sekarang
ni…interview senang dan konon-konon macam dapat tapi sebaliknya…..Rezeki masing-masing!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.