Sempat rembat khemah(tent) ni masa kat Toys’R’Us kat IOI
Mall Puchong….sebenarnya kami p makan kat Pelita Nasi Kandar kat Puchong…lepas
tu dah dekat je dengan IOI, terus la p situ…niat nak jalan-jalan je…lepas tu
dah masuk Toys’R’Us, terjebak pulak dengan mainan ni…ingat nak beli mainan kat
azuin, papa yang cadangkan beli khemah ni sebab dapat sekali bola yang comel ni
dalam 50biji…ok la gak bagi azuin main khemah-khemah pulak…[tak padan dengan
rumah kecik, lagi sempit la..]
Balik terus pasang, azuin pun tak sabar nak main….suka masuk
ikut tingkap gak…..habis barang mainan azuin bawak masuk dalam ni…..pastu bawak
masuk bantal dan lepak sambil tido dalam tu..haih, anak mama ni!!
siap 'landing' baik punyer!!
Khemah tengah rumah,haha...nanti kat rumah sendir boleh la letak kat bilik azuin kan....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.