Semalam kan hari khamis…nak tau ada apa hari khamis?...ada
pasar malam kat Bandar Tun Razak…masa kat office dah msj mr may dah ajak p
pasar malam….teringin sangat nak makan apam balik je pun…macam mengidam pulak….saya
nak apam balik yang besar dan isi yang padat tu tau..bukan yang nipis dan
rangup tu…yang tu tak kenyang sangat….dah lama nak makan tapi tak tertunai lagi
hajat ni…huhu….pasar malam kat sini kalau yang hari khamis ni meriah sikit
‘compared to’ yang hari sabtu [tapi yang paling bes pasar malam kat bangi
tau!!]….sekarang ni tak kisah pasar malam meriah ke tak yang penting nak apam
balik…..
Sampi je rumah..nampak gelap pulak kat luar tu…dalam hati
dok rasa macam nak hujan…tapi rasa nak p jugak….sampai la mr may balik rumah….dalam
pukul 5.45pm macam tu….kat luar tak hujan lagi..yeay!!!...Lepas tunggu mr may
mandi, solat & bersiap, barulah kami gerak nak p pasar malam….
Malangnya, hajat saya tak tercapai sebab, sampai je kat
kereta, hujan la pulak…tapi renyai jela..dah ‘otw’ tu baru lebat…geram
sangat…sebab hajat tak tercapai…..terus kami tukar ‘plan’…. Habis dok pk nak p
makan kat mana…dah la perut kosong ni..memang lapar giler…..Dah la tak dapat
makan apam balik….huhu…..’at last’, kami p makan kat tesco jela….sebab nak p
tempat yang bertutup….’park’ kereta pun berbumbung senang sikit nak keluar
kereta…azuin pun selamat dari kena hujan…
Kami bertiga makan la kat Pak Hailam Kopitiam….pernah makansini masa azuin kecik lagi….kali ni agak mencabar sebab azuin dah besar….memang
susah nak dok diam lama2…nak berjalan la..nak pegang itu..pegang ini…haihs anak
mama ni….
Tengok tu bukan nak dok diam…..
Nak cubit pau sendiri….pau ni dapat beli dengan harga
sekupang[RM0.10] tau…tapi kena beli apa-apa minuman sejuk/panas kat situ…jadi,
kami dapat beli pau 2 biji dengan harga RM0.20….
Note : Kena cari gak apam balik…teringin ni…..nanti kempunan
pulak….
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.