Monday, December 27, 2010

Misi mencari set bersalin

Hari ni saya menghabiskan masa surf internet je....yela, harini kan saya cuti lagi sebabnya Christmas kan hari Sabtu, so cuti tu dibawa ke hari Isnin la...memang cuti sakan la..apa yang saya surf harini? semuanya tentang baby and mommy....tapi major surf for today is set bersalin la..sekarang ni dah nak masuk minggu-30 dah...so, memang wajib survey la kan...actually sebelum memang dok cari2 gak set bersalin tapi knowledge tak banyak sangat....sekarang pun masih terkapai2 lagi....kena berusaha lebih lagi la baca blog2 mommy thru blog2....dapat la timba sedikit sebanyak pengalaman dari dorang....banyak pro and contra...kena pandai memilih la..

Dalam kepala ni ada Leesa & NR....yang mana satu nak beli ni....pening jugak la sebabnya 2-2 ada kelebihan masing2....takkan nak beli semua kan...

So, sekarang saya dah pun decided nak guna Set Bersalin Nona Rogay (NR)...(hari2 dok dengar iklan dia dalam hotfm).....saya nak cuba set ni memandangkan banyak testimonial bagus2 tentang product ni...Hopefully serasi la dengan saya..

Set ini mengandungi  (ni bukan iklan tau, just for sharing only):

PhytoNatal (90 biji) 
Menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

Akar Herbanika (10 paket)
Bertindak menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.
1 pek Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari.Air ini juga boleh dicampur dengan madu untuk menambah keharuman, rasa dan khasiatnya

Minyak Herbanika (100 ml)
Membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung. Ia juga melancarkan peredaran darah disamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

Herbanika barut (krim) (60gm)
Disapu disekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.
Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan. Digunakan 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.

Uncang Cuci Herbanika (10 paket)
Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci NR .Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang.Pek 10 uncang ini tahan untuk penggunaan selama 1 bulan.

Herbanika Lulur (100gm)
Bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung. Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh.Lulur ini di gunakan satu kali seminggu dan boleh di gunakan semalam 1 bulan.

Minggu depan baru berpeluang ambil set bersalin ni....ambil terus dari Kak Engku..Banyak info yang saya dapat dari blog Kak Engku ni tau...Ada jugak barang lain yang saya order dari Kak Engku...saya akan update once saya dapat semua barang tu....

Misi seterusnya mencari set breastfeeding.....breast pump dah pilih, gadget yang lain tengah survey2 lagi tapi dah ada yang berkenan dah....tunggu update saya nanti=)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.