Monday, September 17, 2012

Zoo Negara

Akhirnya tercapai jugak hajat nak bawak azuin p Zoo Negara….yeay!!

Tapi sebelum tu kami sempat terjah Home Reno kat Mid Valley jap….saja je jenjalan nak tengok barang….kami sekarang dok survey set sofa, meja makan yang marble tu, katil king, wallpaper, wardrobe….survey je…tak semestinya beli lagi….suka cuci mata…nanti nak tengok lagi kat HomeDec bulan October ni pulak….kot la ada terberkenan ke……

Kami sampai dalam pukul 10.15 pagi..tak bukak lagi!! Ingatkan bukak pukul 10 pagi..tapi pukul 11 pagi daa….terpaksa la menghabiskan masa kat luar tu…sempat jugak la saya menyusu azuin dulu…yela, nanti dok bising nak susu pulak……jenuh la pulak nak terkejar-kejar cari nursing room…azuin ni sekarang kalau nak menyusu siap pegang-pegang lagi tanda nak susu….kan dah tau susu tu ada kat situ!!
Bergambar kat luar dewan expo…ada Mickey Mouse!! Azuin senyum comel tu…pagi-pagi masih ada mood lagi tu..orang cakap senyum terus senyum….
Ni satu lagi gambar, masa cakap senyum papa nak tangkap gambar, terus sengeh macam ni!!
Ni dah tak nak berdukung…nak berjalan je….stroller tu sekejap je nak naik…..

Kami lunch kat Burger King…sebabnya??kat BK je yang lengang sikit….kat tempat lain ramai sangat orang…sampai kena beratur tunggu…..azuin tido lena…sebenarnya ada peristiwa kat Home Reno tu, azuin terhantuk kepala sikit….manatak nya, dok buat lembik nak turun….lepas tu buat perangai nak guling kat lantai…apa lagi, terhantuk kepala sikit kat lantai…..sian pulak tengok….tapi tak la teruk pun….sikit je….tapi kan…azuin ni kalau dah ada peristiwa yang buat dia nangis, mesti senang je dia tido…lenguh gak la tangan ni dok berdukung sebab kalau letak dalam stroller je, dia berbunyi dan buat keras badan…..haih, tak lena sangat tu….
Nasib baik la lepas tu boleh letak gak dalam stroller….memang lama sungguh dia tido….dekat sejam….ni masa makan kay BK memang dia tak sedar lansung….sedar pun masa dalam kereta……

Lepas tu kami terus p Zoo Negara….tetiba je rasa nak p hari tu….azuin memang nampak sangat teruja….
Tiket masuk ke Zoo RM20 (dewasa) dan RM6 (kanak-kanak)...yang tu tak termasuk Taman Rama-Rama dan Zoo Serangga...azuin masih lagi percuma!! sebab masih bawah 2 tahun.....
 Tengah tunggu papa p toilet….kat luar zoo lagi ni….azuin tengah makan kerepek…..memang azuin suka sangat kerepek ni…..
Kerepek lagi…ni la makanan yang azuin akan kunyah selain buah kalau bawak p jalan…kerepek tepung yang tak berapa nak pedas!!
Kami guna tram ni untuk pusing zoo….senang sikit, kurang la sikit penat nak berjalan….tram ni akan singgah kat 2 lokasi….jadi, kita boleh turun dan jalan-jalan kat situ….lepas tu kalau nak naik semula, Cuma tunggu kat stesen-stesen tertentu, nanti kalau ada tram yang siggah, boleh terus naik…..tapi tiket kena simpan la…..
Tiket tram ni RM 3 untuk dewasa...
Kat belakang tu ada harimau…aum aum…….yang singa pulak memang dok berbunyi je..lagipun memang diorang tengah bagi harimau & singa  tu makan….tak berapa nak nampak...azuin dok pegang kepala je..sebab panas....dah biasa dah azuin ni..kalau panas je mesti pegang kepala konon nak lindung kepala dari kena panas la tu....
Tetiba pulak terjumpa kawan masa kat Makrikulasi Melaka dulu, Hazliana…..dah bertahun tak jumpa, tetiba jumpa kat zoo pulak…dan yang paling best, masing-masing dah ada anak!!....
Tengok rusa pulak…….
Eh..mana rusa ni....rusa dah lari dah....
Unta!!
Snap gambar anak-beranak ni tengah tengok unta….
Awin & Mama…..
kat belakang tu ada orang utan...... 
tengok orang utan....azuin suka jugak tengok video orang utan ni..sebab ada aksi-aksi orang utan yang kelakar....
Minum dulu...azuin dah suka minum vitagen....saya baru bagi azuin minum ni selepas18 bulan....tapi beli yang less sugar.....tapi lepas minum ni mesti mintak air kosong gak...kegemaran azuin tetap air kosong....habis satu botol air kosong yang bawak bekal...terpaksa top up dengan air kosong mama pulak....
Ni pulak pusing kali kedua..sebab masa naik tram, tak ada nak singgah kat gajah dan zirafah ni….Cuma lalu je situ..kami pun jalan la p situ..tak jauh pun dari pintu masuk….
papa belikan ni....dah senget benget dah klip rambut azuin.....
Azuin takut tengok gajah tu.,.masa ni gajah dok menari-nari….sempat la saya ambik video gajah menari tu….masa kat rumah nak pulak tengok video gajah tu...
azuin dok tengok je gajah...padahal takut tu.. 
berpeluh-peluh azuin...mama pun...
Dah nak balik dah….dah bermandi peluh dah kami…..
Kat pintu luar zoo…wajib tangkap gambar kat pintu gerbang masuk ni….
Azuin kepenatan…masuk kereta, terus mintak susu..tak lama lepas tu, terus tido…..penat sangat!! Kesian...


***update kat ofis ni....harini kena kerja pulak..cuti ganti 28/9/12 ni....kalau tak mesti dah boleh ikut mr may p rumah baru...harini nak pasang downlight dan segala lampu yang ada.....azuin pulak tinggal dengan makteh norly kat rumah..nasib baik norly datang rumah..boleh la jaga azuin.....


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.