Berkesempatan beraya di Negeri Sembilan…..rezeki kami dapat
jemputan rumah terbuka hari raya dua rumah sekali…..dua-dua di Negeri Sembilan...satu kat Juasseh, satu lagi kat Kuala Pilah...Rumah
terbuka ni buat malam (lepas magrib)…Nasib baik dekat-dekat je rumah ni….Lepas settle urusan rumah kami….kami pun balik rumah dan bersiap-siap
nak gerak ke N9 pulak…rumah terbuka hari Sabtu Malam….kami gerak dalam pukul 6.00
petang…
Alhamdulillah kami selamat sampai di Rumah Pertama (Rumah Kak Ina)
dalam pukul 8.30pm macam tu…dulu kami dah pernah datang sini masa kenduri
kahwin adik kak ina ni…..boleh baca entri ni…..dah dapat baby pun adik kak ina
ni..sebenarny sebelah siang ada buat kenduri Aqiqah anak adik kak ina ni….lanjut
sampai malam untuk rumah terbuka raya pulak…..makanan sangat sedap..ada kambing bakar,
lemang, bihun singapore, satay…..
Memang makan sungguh la….jumpa lemang pulak tu…nikmat
sungguh!! Rumah ka kina ni sangat cantik…maklumlah dia kerja pun memang
bahagian ID ni….siap ada company sendiri lagi…..Along (kakak mr may) pun ambik
khidmat kak ina la untuk rumah baru dia kat Parit Buntar…ka kina ni kawan
Along..bayangkan projek terus ke Utara…jauhkan…..Nanti kalau dah siap rumah
Along, boleh la saya share kat sini….rumah
kami tak la guna khidmat ka kina ni sebab rumah kami tak besar mana pun…rumah
Along ok la sebab halaman luas dan boleh buat lanskap…..
azuin makan nasi himpit
Nak jalan-jalan..tengok pelita
gambar depan pintu pagar...azuin tak pandang camera pun:(
Kami tak lama pun kat situ sebab nak singgah rumah Izzaty pulak…Izzaty ni kawan office mr may masa kat JKR Wilayah….rumah Izzati lagi meriah…siap ada DJ Ebi Yus lagi….makanan jangan cakap la banyak..tapi tak snap pun gambar sebab ramai sangat orang…malu den!!
Azuin pun dah tak berapa nak duduk diam…mengantuk dah anak mama ni….lagi pulak, azuin sakit perut kot…sempat la membuang hajat kat sini…hehe….
Ni jela, satu-satunya gambar yang dapat tangkap..kualiti gambar tak berapa nak cantik sebab gelap….
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.