Tuesday, September 18, 2012

Progress Rumah Baru : Downlights, kipas, Chandelier dah pasang….


Dah siap pasang downlights, kipas & lampu kat ruang tamu & ruang makan pun…hmm…sebenarnya boleh cakap 98% siap la….sebabnya ada satu downlight yang tak pasang lagi….tak boleh bukak pulak..kena p tukar semula kat kedai yang kami beli tu….nanti pasang kemudian….downlight kecik yang ada defect tu….downlight tu letak kat ruang makan…..

Untuk ruang makan kami guna downlight yang bulat….untuk ruang tamu pulak yang empat segi….

Semalam, dari pagi sampai petang jugak la Ah Seong ni dok pasang semua ni…pukul 4.30pm baru mr may balik dari sana…..tapi lega dapat siapkan jugak….bukan apa, hari ni kontraktor yang buat plaster ceiling ni nak pasang grill pulak….jadi, boleh la diorang touch-up mana yang lubang dan tak elok tu….kan ceiling tu kena tebuk sikit masa nak pasang downlights…nak tarik wayar bagai…..
Pekerja Ah Seong tengah pasang lampu chandelier kat ruang makan….nampak tak yang wayar terjuntai belah kiri tu..haa, yang tu la tak letak lagi downlight….kena p tukar yang lain sebab ada defect (tak boleh bukak macam mana tah)….
Tada….dah siap pun yang ruang tamu ni….masa ni mr may cakap hujan n gelap…sebab tu boleh nampak cahaya terang masa pasang lampu ni…..
Ni pulak lampu chandelier kedua yang dekat dengan tangga….terpaksa gantung tinggi sikit sebab nampak rendah sangat…dekat dinding tu dok berangan nak letak wallpaper….berangan..berangan….
Tada….dari dekat…..
Ni pulak pandangan dari tangga ke ruang tamu….Plaster ceiling tu kami tak buat sampai hujung…tinggal kan ruang untuk letak langsir….jadi, bahagian atas langsir yang disangkut kat rail or rod langsir tu tak akan nampak la…..memang cadangnya nak buat penuh langsir kat bahagian sliding door tu….hmm,tah la macam mana rupa nanti…..langsir pun tak tempah lagi…..dok pening nak buat kaler apa pulak ni…cat pun terlalu banyak warna yang berkenan….ponin!!



Note : Semua tentang progress rumah ni untuk sharing purpose only!!....dan jugak untuk saya korek info/history pasal rumah saya ni.....

8 comments:

  1. cantiknya..mesti teruja kan?? hehe..masa sy pindah rumah 3 years a go pun sgt teruja bila new equipments sampai. hehe..selamat mendeko-deko bersama eric leong..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..sangat teruja...sekarang dok pk apa la yang boleh deco lagi....hehe...

      Delete
  2. uuuuu canteknyaaa rumah diaaa~ *jeles*

    elevated ceiling memang nampak elegant. kalau saya ada rumah nanti taknak pasang chandelier - saya malas nak lap heheheh~ wall apper itu harussss. tp kalau taknak wall paper, wall decal pun ok. :)

    ReplyDelete
  3. rumah biasa-biasa je...lagipun tak berapa nak reti deco-deco ni....hehe
    tula..terfikir gak kena lap bagai...tapi sebab berkenan sangat....tu yg beli jugak chandelier tu....

    ReplyDelete
  4. Beli chandelier kt mana ye? Mahal x?

    Hehe ntah bila nk g kedai lampu2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat houses lighting.....kat situ murah-murah gak....yang saya beli kat tepi tangga tu 99 hengget...yang kat dining tu 238 hengget....

      Beli kat situ ramai blogger cakap murah..tu yang try p survey..dan,,,,memang murah pun:)

      Delete
  5. Replies
    1. Beli di House of Lightings Puchong.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.