Monday, September 10, 2012

Progress Rumah Baru : Plaster Ceiling + Kitchen Cabinet


Sabtu
Rumah baru dah siap siap plaster ceiling…masa kami p melawat tapak sabtu lepas…dah siap palster ceiling je, tapi tak letak lampu-lampu bagai lagi…plaster ceiling pun tak kering lagi masa tu…..Cuma boleh tengok kosong jela….Sekejap je kontraktor ni buat….Jumaat lepas dia baru bagitau nak mula kerja plaster ceiling tu..tup..tup pagi sabtu dah sms bagitau dah siap…..Untuk plaster ceiling ni kami Cuma buat kat ruang tau & ruang makan je….yang kat bilik tu nanti-nanti la…..kalau dah ada budget nanti baru buat…..budget sikit kenala buat cara sikit…..

Ni la design L-Box yang kami pilih kat ruang tamu…Cuma letak downlight dan T5 je….Oh, ada satu lagi lampu chandeliar yang akan saya pasang dekat dengan feature wall sebelah tangga…..

 
kat ruang makan pulak buat box macam ni…..nak letak downlight dan lampu chandeliar……Kat ruang tamu memang tak ada kipas gantung ni….terpaksa la letak kipas berdiri yang comel & moden sikit…..
Pergi rumah baru kali ni, saya ambil ukuran untuk tingkap dan feature wall jugak….nanti boleh la survey bidai & langsir…wallpaper pun nak kena cari gak….

Ahad
Appointment dengan Alia dari Signature Kitchen pulak….nasib baik kat Viva Mall je..tak yanh la nak p yang kat Subang Jaya tu….kira buat appointment kat cawangan lain jela…so, jumpa Alia kat Viva Mall jela..senang dan dekat sikit dengan rumah kitorang….

Alia ada tunjukkan 3D design untuk kitchen cabinet tu…hmmm, memandangkan ruang dapur yang agak comel…kami terpaksa melupakan ‘kitchen island’ kami tu….memang boleh buat yang simple untuk ruang yang comel….letak bincang bagai, kami buat keputusan untuk buat semua ‘drawer’….maksudnya, tak ada build in oven, dan microwave compartment…memang simple sangat…nanti ada rezeki tambah dapur baru beli build in oven & microwave….yang ada compartment tu macam tak bermiant sebab nampak macam lohong je….sebenarnya, bergantung pada orang juga la….tapi kami memang tutup semua dan buat ‘drawer’…oven & microwave akan disimpan..nak pakai baru keluarkan…..lagipun kekerapan nak pakai 2 benda ni memang rendah…..

Ada sedikit perubahan jugak dari segi material kitchen cabinet kami….nanti dah dapat quotation, saya akan share material yang digunakan…..

Dengan Signature Kitchen ni kami cuba dapatkan quotation untuk build –in wardrobe jugak….ideanya nak buat wardrobe yang tak lekat terus ke dinding…maksudnya pintu wardrobe tu menghadap dinding….so, ada laluan untuk ke bilik air….dan belakang wardrobe tu kena buat ‘fake wall’ pulak….nanti boleh la nak letak rak ke, tv ke…..tapi semua tu bergantung kepada quotation yang ditawarkan…kalau harga dalam budget, boleh la proceed..kalau tak, kena simpan dulu la…….

Jom layan gambar pulak…..
Pantang lepas tu, mesti nak berjalan-jalan sendiri…..Promotion untuk set bilik tidur kanak-kanak……azuin suka la duduk atas kerusi tu….. 
 apa yang difikirkan....
banyak gambar yang versi macam ni....versi kabur...sebab memang susah nak tangkap gambar azuin sekarang...jenuh kena snap banyak kali....
 Naik buai pulak….kalau rumah banglo takpun rumah besar sikit boleh la beli…..tunggu la mana tau ada rezeki beli rumah lain yang lagi besar ke….InsyaALLAH, aim lagi 5 tahun….kalau ada rezeki!!
sukanya!!
Ni nak panjat pulak..tak nak balik dah…..



Note : Semua tentang progress rumah ni untuk sharing purpose only!!....dan jugak untuk saya korek info/history pasal rumah saya ni.....



6 comments:

  1. Alhamdulillah.... nampak cantik rumah! jangan lupa terus post pasal perkembangan azuin amani ye.!=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks farah...baru dok renovate je....owh..semestinya akan post pasal azuin amani ni....
      farah pun update la jugak pasal amani sofea jugak ye!!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. seronok kan masuk rumah baru..
    meriah je rasa
    btw, untuk refer kos pendawaian elektrik 2016 blh tgk disini ye. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro. Mahai x buat siling kapor gitu

      Delete
    2. Salam bro. Mahai x buat siling kapor gitu

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.