Tuesday, September 4, 2012

Cuti Merdeka

Sebab hari merdeka jatuh pada hari Jumaat, jadi kami pun keluar rumah lepas Solat Jumaat la…

Keluar mencari lampu&kipas untuk rumah la….kami siap p Houses Lighting Puchong lagi….tapi malangnya, kedai tu tutup…hampa!! Nasib baik kat puchong ni banyak kedai lampu yang menarik…bukan apa…nak top up lampu kat dapur dan bilik tetamu…lepas tu nak beli chandeliar kat dining gak….lagipun, esoknya (sabtu), nak buat wiring & pasang lampu & kipas…..memang kena beli jugak la…..nasib baik dapat gak kami cari yang murah & harga dalam budget kami lagi....mungkin kalau beli kat Houses Lighting boleh jimat lagi kot….haih….

Hasil Pencarian haritu dapatlah beli 2 biji lampu (dapur&bilik tetamu), Kipas dan Wall light kat family area…..yang wall light tu kami beli kat Viva Mall Cheras…suka sangat sebab simple design dia…Chandeliar tak jumpa yang menarik hati lagi…

Sempat jugak la survey pasal langsir dan bidai….bidai kat Baagus macam menarik gak…tapi kami cuci mata je dulu sambil tengok harga..nanti boleh buat budget sebelum beli….cadangnya nak buat langsir kat hall & master bedroom je..lain-lain tempat nak guna bidai je….

Jom layan gambar princess pulak….mama papa sibuk cari barang, princess pulak sibuk dok main-main…..

cak.....
teruja sungguh dia!!.
lepak kejap...
.
semua design kartun Disney....azuin suka meja & kerusi eh..nanti mama beli kan ye....
Seronok sungguh dok berguling atas katil  ni...naluri kanak-kanak...hehe
buat perangai sebab mama marah!!...
panjat sofa...tangga pun dah panjat...tinggi pulak tu...haih..

Selingan…
Gambar ni kat Masjid Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi….
Solat asar kat situ…sangat cantik….
berkaki ayam....

cantik!!
Tu dia siap pegang kerepek lagi...dapat masa p rumah terbuka Kak Ton & Abang Shamsul kat Putrajaya..dah la makan situ, dapat bawak bekal lagi….
 Kerepek yang sedap..hambik….semua gambar azuin dok mengunyah kerepek….
      
 Dua beranak yang suka tak pandang camera…
Akhirnya...setelah penat, tido lena.......

Note : 
1) Rumah baru masih dalam proses pengubahsuaian lagi…..tak mula pun lagi…Cuma hari sabtu tu masa mr may p rumah baru untuk kerja wiring & pemasangan kipas lampu, ternampak barang-barang kontraktor yang nak buat plaster ceiling & grill tu…..mungkin minggu ni kot diorang mula buat…..

2) Ahad ni  pulak, ada appointment dengan Signature Kitchen pasal kitchen cabinet…harap-harap dapat la tengok design 3D yang dijanjikan…..bermula la pengaliran fulus……











2 comments:

  1. Akk nk tny...akk tgk disney furniture tu kat mana yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi scha....disney furniture tu kat Avenue @ Puchong...situ memang cantik sangat disney furniture...

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.