Khamis lepas, azuin kena duduk rumah dengan papa…mr may EL
hari khamis lepas sebab pengasuh azuin kecemasan…abang dia kena serangan
jantung…masa pengasuh tu bagitau, saya dah p kerja dah….siap datang ketuk pintu
rumah lagi….dah kecemasan nak buat macam mana kan….
Saya tau pun lepas mr may sms….azuin la orang paling gembira
sebab tak p rumah pengasuh tu…azuin sekarang dah pandai cakap tak nak kalau tak
nak p rumah pengasuh tu..jenuh dok pujuk dia…..dah besar makin bijak…..siap
geleng-geleng kepala sambil cakap tak nak…hmmm….
Pagi tu dalam pukul 8 lebih, mr may sms cakap diorang dah
kat kfc breakfast….makan berdua pulak tu….tak aci kan!! Azuin memang la sangat
suka makan ayam goreng…..
Naik kereta nak duduk macam orang besar!! Apa la anak mama
ni….
Suka sangat main sudu-sudu kan makanan…
Bestnya kalau mama ada sekali…hmmm….
Oh, rupa-rupanya, abang pengasuh yang terkena serangan
jantung tu dah meninggal….Dapat tau malam tu sebab pengasuh bagi tau yang
esoknya (Jumaat) pun tak dapat jaga sebab masih di kampung….kesimpulannya, saya
punya turn la pulak EL….gilir-gilir la kami jaga azuin……
Memang ada positif & negatif la kalau hantar anak kat
pengasuh mahupun nursery…..kalau nursery mungkin boleh elakkan EL ni….tapi
pengasuh ni banyak kemungkinan la….memang dah banyak kali saya & mr may
terpaksa EL sebab kes-kes macam ni la…..
Nak buat macam mana…dah pilihan kami macam tu…lagipun dah
tak lama nak hantar kat pengasuh sekarang ni..mungkin sampi hujung tahun ni je…sebab
nanti dah nak pindah rumah…..lagipun pengasuh sekarang ni tengah pregnant…due pulak
bulan 2 nanti..haruslah dia dah tak larat dah nanti..kat rumah baru nanti tak
pasti nak hantar pengasuh ataupun nursery…..Nursery memang dah tanya dah…macam
ok je….yang penting berdaftar….pengasuh pun ada tapi tak betul-betul cari lagi
la….
Gambar ni hasil contengan mr may…..azuin akan gelak kalau
tunjuk gambar ni….
Azuin dah besar ni, mungkin boleh try hantar nursery. Kat sana diorang belajar macam2, dan ramai kawan sebaya. seronok actually bila anak ada kawan, nanti dia cepat belakar, harap2 belajar yang baik je la kan :D
ReplyDeleteitula...cadangnya nak hantar nursery pulak masa kat rumah baru nanti...sebab dia pun dah besar..dah tak risau sangat...dia dah pandai bawak diri sikit...
Deletebersabar jela dulu...pengasuh yang ni jenis berkira sikit...terlambat sikit mesti call...padahal lambat pun dalam 10 minit je...haish, rimas pun ada....
huh..itu la..kalau bbysitter mmg risk bila ade emergency..heh..ada pro kron la kan..hehe.tp pzah mmg suke nursery,,sebab da ada pengalaman 3 bulan anta bbsitter sebelumnya :)
ReplyDeletenak dtg beraya kt umah aini boleh?mlm ke
aah..memang banyak ambik EL la....
Deleteboleh,boleh..datang la beraya...rumah no 12...tingkat 11....
boleh kenal-kenal...masa gathering we're babies 2011 kat taman tasik perdana dulu macam tak berapa nak kenal lagi kan....