Wednesday, April 10, 2013

Dikecualikan untuk Peperiksaan, PAC & interview PTD


Pagi tadi try cek kat spa.gov tu pasal exam pegawai tadbir dan diplomatic (PTD)…sebab semalam norly ada kol cakap yang dia kena panggil untuk exam sabtu ni….saya pun ada apply jugak…lagipun haritu ada cek status permohonan dan ditulis memenuhi syarat2…maksudnya mungkin ada peluang untuk menduduki exam..lepas tu tadi pagi cek la semula…dan dengan hampanya jawapan yang dapat…

Yang saya tak puas hati kenapa dikecualikan untuk exam, PAC dan interview….selama ni tak pernah pun macam tu…saya Cuma tak p exam tahun 2011..tupun sebab baru dalam pantang azuin…so, tak p la..lepas tu status saya memang tak hadiri exam la…2012 pulak memang tak kena panggil la…lepas tu saya pun renew balik borang dengan isi semula…kot la ada rezeki tahun ni..tup-tup dapat jawapan yang macam ni pulak…

Dari pagi tadi saya cuba kol SPA untuk tanya pasal ni tapi ketiga-tiga number phone yang saya guna tak berangkat…sibuk benaor ke sampai tak angkat phone….haiyo!!

Saya cuma nak tau kenapa status saya jadi macam tu….takkan terus blacklisted kalau tak p exam sekali je..tupun bersebab saya tak p….last saya berurusan pasal ni masa interview 2010….masa tu tengah mengandungkan azuin….memboyot p interview...masa tu memang tak ada rezeki nak dapat…..

Bulan lepas saya cek yang no 2 tu tulis melepasi syarat-syarat…ni dah ditukar jadi dikecualikan pulak….Yang no 1 tu saya tak paham kenapa dibatalkan….


Saya akan keep on calling these three numbers untuk dapatkan jawapan…hope jawapan yang memuaskan hati la….will update later!!


Updated 11.30am..


Akhirnya dapat jugak kol spa ni….bermula tahun ni, sesiapa yang dah pernah exam tak akan dipanggil lagi. Menurut orang spa tu….dia akan review  kat mana stage yang kita tak berjaya dulu….Means kalau dah sampai stage PAC tapi gagal, diorang akan review semula untuk interview..macam tu seterusnya…tapi a bit confius gak..kalau macam saya yang tak lepas masa interview tu macam mana pulak….review samada diserap ke tak ke?yang tu yang tak berapa nak faham…orang spa tu pun macam blur-je bagitau pasal ni (yang melepasi stage interview tu)…tak apa la..ada rezeki ada la kan…..malas nak tanya lebih…nanti orang tu lagi confius…silap2 bagi salah pernyataan pulak….yang penting nama saya bukan di’blacklisted’kan…tu pun dah cukup memuaskan hati…..

ada sesiapa tau pasal ni?



Updated on 12 April 2013.

Selain dari telefon, saya juga telah membuat aduan/pertanyaan kepada pihak spa.  Cepat juga bahagian aduan ni beri jawapan. Saya hantar aduan pada semalam,11 April 10.47am….dah dah dapat feedback dari spa pada hari yang sama, 11 April 7.54 PM..walaupun tempoh jawapan adalah 3 hari..me like!!Suka sebab they act fast!!

Sekadar berkongsi untuk sesiapa yang  masih pening dengan status yang macam tu!!Hope this clear…setakat ni la…untuk langkah seterusnya, tunggu je la surat panggilan dulu…tak yah nak kusut kepala….kang tak dapat, lagi sedih….

Jadi..kerja la macam biasa….jalani kehidupan macam biasa dulu…hoho, banyak lagi outstanding ni…dah la minggu depan kerja isnin dan selasa je…nak ikut the other half outstation kat Terengganu, hari rabu dah gerak ke sana, tak sabar!! saya & azuin mestilah jadi peneman yang setia lagipun dah alang-alang tu boleh la jalan-jalan sana kan..dah lama tak ke Terengganu….



40 comments:

  1. ha.. ha... nak kena tanya orang kat bhgn perkhidmatan pasal pentadbiran yang baru nih. aku pun tak tau. i beleive that the new ksn has change a little bit abaut the procedure of new ptd cadet intake n selection. ye lah elok jugak. ambil exam banyak kali pun tak guna... soalan lebih kurang sama sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela hasna….aku mula-mula ingat dah blacklisted dah….tapi dikecualikan je….tak berapa nak pasti sebab orang spa tu blur-blur gak bagitau….tapi lagi ok macam ni…tak payah nak ambik exam berulang kali..macam kes aku ni…dah 8 kali macam tu ambik exam…kali ke lapan baru lepas PAC and entitled untuk interview…tapi gagal pulak interview…

      Tak ada rezeki kot walaupun rasa macam dah dapat dah masa tu….huhu….ingatkan tahun nak exam lagi sebab aku minat (kalau tak minat taknya aku cuba sampai 8x kan…) tapi tak kisah la sebab aku percaya rezeki kerja masing-masing kan…

      Delete
    2. ohh ye. aku dah tau... bagi temuduga kali pertama... kalau fail akan diberi peluang temuduga kali kedua. so ini bukan prosedur baru... prosedur yang sama sejak dulu... kalau fail lagi kali kedua ni... baru kena repeat balik exam. (hah! biar aku ganti orang SPA yang blur tu....) so a very high good luck wish to 2. may u join our skim service. Selamat menunggu surat interview.....

      Delete
    3. hoyea...so ada peluang kali kedua interview la kan....kalau dapat panggilan tu, mesti aku p..hope ada rezeki kali ni...

      sepatutnya orang yang angkat phone ni kena betul2 faham apa yang dorang nak jawab dan sampaikan..takut terbelit info pulak...lagi susah kan..

      anyhow, thanks hasna!!

      Delete
  2. Saya call hotline spa tu dari semalam sampai hari xberjawab tiga2 nombor. Boleh ke nak mintak tukar tempat exam ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak salah boleh tukar tapi kena inform awal...tapi kalau nak tukar tu kena reason yang solid la...

      Delete
  3. Ha, dari kelmarin pun saya tercari-cari jawapan kenapa ada status 'Urusan dibatalkan' dan 'Dikecualikan daripada peperiksaan'. Jadi kalau gagal tahap PAC pertama kali dan kali kedua ni gagal lagi, maksudnya lepas ni kena ulang semula duduk peperiksaan lah? O_o

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu la pemahaman saya....2 kali je peluang...tunggu jela panggilan untuk PAC or temuduga tu..

      Delete
  4. salam mrs myaiani,saya dr td pun tertanya2 kenapa saya dikecualikan dari exam ptd sabtu ni,rasa kecewa sampai mood nak kerja ilang,puas saya mencari jawapan dan ahirnya terjumpa blog u ni..b4 this saya da 3x amek exam n 3x lulus berturutn 3x g PAC, cuma xde rezeki utk temuduga,so maknanya mmg confirm la lepas ni dipanggil temuduga,kalau mcm tu hilang rasa kecewa n baru ada mood nak wat keje,tp skrg da jam 5 lebih, so waktu kerja pun da abes...hahaha anyway hope ada rezeki sbb mmg cita2 nk jadi ptd,hope jugak rezeki nk kahwin tahun ni...

    Thank you mrs. myaini for the info n god bless u and ur family.
    Regards,
    SANI-IT Exec and in-house MIS programmer

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam...tak apa..saya percaya kalau ada rezeki tu tak kemana...saya pun frust memula tengok status macam tu..lepas kol, orang spa tu pulak macam blur bagitau..nasib ada hasna@CAHAYA...yang bagitau sebab dia dah jadi PTD dah pun....
      sama-sama la berdoa untuk rezeki yang ni:)

      Delete
  5. Ramai yang dapat status "dikecualikan" tu.

    Actually it depends jugak. Procedure pengambilan kali ni tak banyak beza, cuma tempoh pengesahan perlantikan dan pengesahan jawatan tu lambat - kembali kepada zaman dulu2 (yang kebanyakannya dah pencen).

    Kalau bukak website JPA, tanya bahagian servis (perkhidmatan) sebab rasanya diorang akan jawab soalan2 pasal pengesahan perlantikan etc. Saya pun tak tau sangat. Dah banyak kali tukar format ni. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok niha,
      Noted...sekarang ni tak nak berharap sangat..kalau ada rezki ada la....lega sebab bukan di blacklisted:)....

      tula ada gak dengar cakap cadet kena kursus setahun dan DPA dimansuhla...macam-macam rumors...nanti saya cuba tanya semula pasal ni kat website JPA tu...

      thanks ye!!

      Delete
  6. skang ni kadet PTD utk setahun, bulan 5 akan mula batch pertama dan akan diikuti batch kedua.. semua tu lantikan 2013 yg telah melalui proses drpd 2012..tak ada DPA dah, tetapi masih perlu menunggu antara 1-2 tahun untuk sah lantikan

    DPA last batch utk lantikan 2012 dijangka awal tahun 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la pasal kadet PTD setahun tu...thanks for the info!!
      sekarang ni tunggu je la rezeki untuk calon yang dikecualikan ni..

      Delete
    2. tapi tu lah..elaun RM2000 je...

      Delete
  7. Boleh ke tukar tempat peperiksaan?tadi saya ada call dye ckp bole jerk,just g awal skit dan bwak surat pengesahan peperiksaan 2..by the way saya masih xyakin la dengan jawapan pegawai 2 tadi, sbb bila tanya orng2 yg dh pernah pegi katanya x bole tukar...

    ada sapa2 tau bole ke x tukar tempat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke pegawai tu cakap boleh? Saya call, asyik mesin je jawab. Kawan saya call, pegawai tu cakap boleh tukar dgn syarat ada surat doktor (means dia nak tukar sebab tengah sakit kot). So xtaula nak main terjah tempat exam berdekatan ke tak :(

      Delete
    2. http://www.spa.gov.my/Portal/Soalan_Lazim_(FAQ)/Panduan_Peperiksaan . Tengok yg nombor 4 tu, katenye xboleh tukar.

      Delete
  8. Salam....sy lepas kali pertama ke exam n PAC..tp terkandas di interview time January 2013 aritu..ttibe tgk status dikecualikan..apa mksudnya ek..sedih la sbb bnyk kwn2 dpt g exam..sy plak tertinggal...rsanya diaorg akn review lg x for interview? Thanks sudi reply :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..kalau ikutkan jawapan yang spa bagi tu, akan dapat surat panggilan PAC or interview...tunggu jela...sy pun tak lepas masa interview....kalau ada rezeki tak kemana...

      Delete
  9. ooo macam tu ek. saya pun pelik sebab first check dia tulis "tiada maklumat dalam urusan". dah sedih dah sebab tak dapat panggilan exam sebab tak penah2 tak dapat. tiba2 check lagi sekali dah jadi "dikecualikan" pulak. last PAC saya pegi september 2012 tp fail. kalau betul la tahun ni punya proses ambilan dah tukar format, tunggu je la kan offer pegi PAC lagi sekali. harap2 ada la berita baik tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samal la kita tunggu berita baik ni…..:)

      Delete
  10. Salam..tumpang tanya boleh...masa di PAC apa akitiviti yg dibuat and brape lame ye?? interview skali ke?? satu lagi selalunya brape lame tempoh menunggu surat panggilan ke PAC ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada public speaking, aktiviti kumpulan dan larian...tapi sy tak lari sbb pregnant masa PAC tu...interview akan panggil lepas lulus PAC...dalam sebulan jugak la..tu masa 2010 la..sekarang saya tak berapa pasti macam mana...

      Delete
    2. tadi pagi ada check kat web spa...untuk yang lulus exam dan yang dikecualikan exam tu akan terus dipanggil temuduga....

      http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Assessment_Centre

      Delete
  11. Hi :) Saya nak tanya pasal PAC tu. Saya asyik cek kat spa portal bila tarikh pac ni.. tapi xde pun macamane ye? Ke terus pergi interview?

    ReplyDelete
  12. dah takde PAC utk M41.semua yang lulus exam akan terus dipanggil interview.. kadet ptd tu ape ye? mohon pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..memang dah tak ada....mulai tahun ni kena kursus kadet ptd setahun...tak macam dulu..kena kursus dulu baru..kalau lulus baru dapat masuk skim ni...
      sara boleh baca kat sini :http://hisyam7.blogspot.com/....

      saya selalu baca perjalanan kadet ptd blogger ni...boleh la tau sedikit sebanyak info dah aktiviti yang dijalankan....

      Delete
  13. salam,
    Ade dapat info tak mengenai bila temuduga tu akan diadakan? Saya bekerja offshore.kadang2 sehingga 2 bulan. Sekiranya dapat maklumat bolehlah saya menyusun jadual untuk temuduga tu nanti. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      late repply...dah boleh semak untuk temuduga..tapi dijalankan secara berperingkat....bermula fasa pertama 19/6-28/6 ni...Good luck ye!!

      Delete
  14. salam, just nk tnya the flow untuk ptd 2013 ni...

    exam > interview > kadet pdt(1 year).
    .

    1. kalau lulus intervw tu, kita akan masuk program kadet tu kan? adakah time tu kita dh konfem jd ptd?

    2. setahun dalan program kadet tu, kita diberi elaun x?

    3. ada tips x untuk intervw?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1)yup...terus masuk kadet ptd....kalau ikut kan info yang saya dapat program tu tak confirm lagi kita ptd..kena lulus kadet baru confirm..

      2) ada elaun..saya pun dapat info dari sini http://hisyam7.blogspot.com...elaun dalam RM2K macam tu untuk yang bukan keje dengan gov sekarang..kalau kerja dengan gov dan amik cuti tanpa gaji tu dapat elaun dan tambahan elaun yang dapat masa berkhidmat sebelum ni...

      3) saya baca dan fahamkan isu-isu semasa dah Fahamkan betul2 bidang tugas ptd ni…saya pun tak lepas haritu masa interview..tapi masa saya interview dulu tak susah mana pun..boleh jawab je Cuma tak ada rezeki je…

      Delete
  15. Hai :)

    Harap harap kita boleh lepas interview ni.. Amin. Tapi saya tak dapat panggilan interview lagi.. fasa kedua kot. Takpelah.. lagi banyak masa nak study. Anyway, siapa ada tips and apa2 yg berkaitan dengan jawatan ni share lah kat sini. Saya dah bookmarked page ni dah...

    ReplyDelete
  16. salam aini, thanks atas perkongsian yang bagus. saya pun dapat masih menanti penjadualan temuduga.Di sini saya ingin berkongsi sedikit soalan temuduga yang saya google dari internet.Mudah-mudahan apa yang saya kongsikan berguna untuk diri saya dan anda juga. Doakan kejayaan saya dalam temuduga kali ini.semoga berjaya untuk anda semua juga!

    http://soalan-ptd-pac.blogspot.com/2009/06/soalan-temuduga-ptd-2009.html

    http://lelakiini89.blogspot.com/2013/06/tips-dan-pengalaman-menghadapi-temuduga-kadet-pegawai-tadbir-dan-diplomatik.html

    Jika perkongsian ini menarik, diharap anda dapat follow blog dan menyokong jualan antivirus kami di http://kasperskymurah2013.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. saya ingat lagi.. masa April tue.. saya check la.. tapi dia tulis dikecualikan.. saya rasa frust sangat tak dapat panggilan exam.. tapi dlm masa yang sama gembira gak sebab nikah hari yang sama.. takdelah hati berbelah bahagi nak pergi exam kan.. mase bulan JUN saya ada pergi interview dengan government juga.. mase tue baru saya tahu.. yang dikecualikan tue akan dipanggil terus interview.. semangat terus rasenye.. hikhik.. hari khamis nie interview.. hope boleh mengharunginya tanpa memalukan diri sendiri.. berjaya atau tidak itu rezeki dari Allah.. cuma tak nak nampak macam bodoh sangat dlm bilik interview tue nanti.. good luck sume yg dpt panggilan interview...

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck ye untuk interview nanti...saya pun baru check...dapat interview Jumaat depan...

      Delete
  18. salam,,saya punya status melepasi syarat yang ditetapkan tetapi tarikh tutup urusan lebih awal berbanding tarikh pendaftaran jawatan.

    ReplyDelete
  19. salam,,saya punya status melepasi syarat yang ditetapkan tetapi tarikh tutup urusan lebih awal berbanding tarikh pendaftaran jawatan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.