Dah masuk 2 tahun dah perkahwinan saya&mr may [1&2
May]…yang ni ulangtahun perkahwinan[bersanding] tau! Ulangtahun pernikahan dah
lepas, 21 February…kami ada 2 tarikh la..hehe…sebab nikah dulu, baru
bersanding!!
Sempena ulangtahun ni, yang sememangnya jatuh pada hari
pekerja, kami pun berpakat ‘hang-out’ & makan-makan je…lagipun mr may pun
baru balik dari Tioman 30/4 malam tu…jalan-jalan kat tempat biasa je…mana lagi
kalau bukan Mid Valley…lagipun dekat je dengan rumah kami, dalam 15 minit je
kalau tak jem…
Sebenarnya p MV ada tujuan gak tau…kami nak p The Machines!!ada
apa kat situ?hmmm…aim kami ialah new ipad (generasi ketiga)…boleh tengok sini untuk perbandingan dengan ipad 2..Kat Machines tu
kami terus grab apa yang nak..sebabnya, kami dah datang dah kat sini minggu
lepas..konon-konon nak beli new ipad ni la…tapi sedih sebab tak bawak cukup
cash pulak!!...sedihkan!!mula-mula ingat nak beli yang wifi tu je..without 4G....tetiba macam nak grab yang ada 4G tu pulak....dengan accessory bagai..memang tak cukup la cash yang di bawak tu...
Masa kami nak beli ni pun, new ipad dah habis stock la
pulak…haishhh…haishhh…muka mr may dah moyok dah….dah bawak cukup duit, stock
pulak tak ada….memang sampai berkira2 nak grab ipad2 je..lepas tu, kami mencuba
nasib pergi The Machines kat The Garden pulak….
Nasib kami agak baik…sebab ada new stock baru sampai…tapi
kena tunggu dalam setengah jam macam tu..sebab diorang tengah ‘key-in’
barang-barang baru masuk tu….patut la ramai giler yang tunggu kat situ, semua
tunngu nak beli new ipad ni….
Lama pulak nak tunggu setengah jam tu, sempat la jugak saya
suapkan makanan kat azuin…nasib baik ada kerusi kat area tu….peduli je la apa
orang cakap, yang penting azuin kenyang…azuin pulak dok berjalan-jalan seronok
pulak..terpaksa saya suap sambil azuin dok main-main tu….nasib baik ada bawak
bekal bubur kat azuin..sian dia lapar…dah bagi biskut sebelum tu, tapi mungkin
ikut perut mama&papa, tengahari mesti kena makan nasi or bubur!!
Dan……perasaan tersangat lah yappy!!!...lepas lama tunggu,
baru la kami dapat beli new ipad Generasi ke-3!!
Nak tau kami beli yang mana?
“iPad Terbaru
Generasi Ketiga Versi WiFi + 4G - 16GB”
Kesimpulannya, kami dapat grab new ipad & accessory,
barang-barang azuin, saya grab kasut [dah lama tak beli kasut tau..last
purchase masa kahwin dulu]…lama kan….sebab kasut yang ada ni elok lagi, tu yang
tak beli…
Lepas tu, makan ‘time’!!....kami makan kat Ruz Aladin,
Ampang….ni kali kedua kami makan kat sini…dulu makan kat sini tak ramai sangat
orang…tapi masa kami sampai, parking pun hampir penuh….nasib baik WPV dapat
‘parking’ kat tempat teduh…
Menu kami Nasi Beriani Ayam Merah, Nasi Beriani Daging, air
sirap & air asam boi…..gambar tak ambik pulak kali ni sebab
terlupa…haha,boleh ke alasan macam tu….yang paling penting, azuin bagi ‘green
lite’ kat mama&papa menikmati nasi beriani ni….sebab…azuin tido je [kami
duduk kat kerusi yang sama kami duduk dulu…kerusi ni senang la sikit nak
baringkan azuin tido]…..S.E.D.A.P tau!!
Lepas kekenyangan, destinasi seterusnya------HOME.SWEET.HOME.
[tak sabar nak ber’ipad’]
snap gambar ni masa dalam jj...papa n azuin lepak..mama shopping jap..
Ni pulak dalam nursing room sebenarnya..azuin menyusu kejap je..lepas tu nak jalan2 dalam nursing room tu..sambil tu saya suap sikit bubur kat azuin...makan separuh je...separuh lagi suap masa tunggu new ipad kat The Garden...
azuin yang tak sabar nak bukak new ipad....
connect ke MacBook dulu sebab nak download iTunes new version..sebenarnya tak decide lagi nak amok data plan yang mana..sekarang ni, just wireless je...
Dah abis dah ni...nanti boleh la review pasal new ipad ni....daaa....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.