Hujung minggu yang betul2 penat tapi sangat puas…Sangat
seronok bila semua ahli keluarga berkumpul di rumah…walaupun rumah saya tak
besar mana pun tapi sangat meriah dengan kehadiran kaum keluarga…bukannya
selalu dapat berkumpul semua….dari yang sulung [haruslah ada sebab kumpul kat
rumah sendiri kan…] sampai la yang bongsu…
Ayah, Mak, Fatihah, Arfah & Makteh sampai rumah malam
Jumaat tu…lewat jugak la diorang sampai…ayah terlajak jalan sikit..kalau tak
mesti dah sampai awal….Lebih kurang pukul 10.30 jugak la…takapa la lambat
pun..yang penting selamat….
Makanan toksah dok cerita la..memang banyak la…saya memang
dah agak dah…kalau mak datang rumah memang banyak bekalan yang dibawa…kek la,
ketupat+serunding la, apam la, bengkang la…macam2 la….kerja kami dok isi perut
jela….
Hari Sabtu pulak, baru la jai & family, Norly &
Salim[suami Arfah ] sampai…saya Cuma goreng nasi je pagi tu sebab banyak dah
makanan lain….Lunch pulak agak lewat sebab perut masih kenyang lagi….masak
simple2 je…sebab petang tu nak p makan satay
kajang….ayah la teringin sangat nak makan satay kajang…kalau ikutkan, sedap
lagi satay station yang kat rumah kitorg ni….
Ahad pulak, kami pakat-pakat p kenduri kat Wangsamaju…Dapat
makan nasi kenduri!!!sedap lauk pauk kenduri ni….ada cendol & bubur kacang
jugak..semuanya kesukaan saya!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.