Friday, November 18, 2011

Azuin 8 Bulan

Dah 8 bulan pun azuin…boleh dikira sekarang ni minggu ketiga 8 bulan la..next week azuin umur 9 bulan…saya selalu update perkembangan azuin dalam minggu2 akhir bulan sebab saya dapat pantau apa perkembangan azuin dalam 8 bulan ni….seawal masuk angka 8 hingga hampir nak masuk 9…

To Azuin :
“Mama tau yang suatu hari nanti mesti azuin akan baca blog mama ni…so, enjoy baca perkembangan azuin dari kecil sampai la besar (setakat ni 8 bulan )….mama akan sentiasa update pasal azuin…mama&papa sayang azuin sangat”

Nur Azuin Amani 8 Bulan.


1)      Semakin aktif – asyik nak pusing je keje…kalau letak duduk tu, azuin akan buat ntah berapa pusingan setempat….ni yang lawak..kadang2 masa tengah mamam pun, sambil kunyah sambil buat pusingan…ada satu hari tu sempatlah mama kira…tu dia, 8 pusingan setempat azuin buat sambil mamam….tergelak mama masa tu..bergerak hanya guna kan kaki..macam2 gaya azuin ni…..

2)      Azuin tak betul2 merangkak lagi…Cuma bergerak sikit2 je…kedepan sikit2…rasa macam anak mama ni tak suka merangkak je…lebih suka mengesot dan berdiri…ke azuin nak terus berjalan tanpa merangkak….macam mama dulu….tapi dah boleh bergerak jauh gak la kalau dok mengesot or pusing2 cara azuin tu…..

3)      Azuin makin pandai tiru buat2 bunyi…..bunyi jam pun azuin nak ikut….

4)      Dah suka explore benda…kalau berdiri tu, mesti nak capai barang2 terutama yang kat atas cabinet tu…abis kena letak belakang2 sikit….suka main langsir jugak…..tapi tak leh tarik kuat2 tau sebab karang jatuh pulak….

5)      Azuin pun sekarang dah mula makan banyak…..dulu sikit je makan..sekarang ni kalau mama bagi bekal, selalunya mesti habis….sampai dah kekurangan idea nak buat makanan apa kat azuin…pernah buat bubur prune&kentang…azuin makan bersungguh…sedap la tu….macam2 gak menu mama bagi cuma tak berkesempatan nak share je kat sini….

6)      Susu pulak, azuin minum cuma minum 16 oz je sepanjang kat rumah babysitter dari kul 7-4.30pm (kadang2 sampai kul 5pm)..dan ALHAMDULILLAH, azuin masih minum susu mama 100%..mama akan cuba & berjuang bagi susu mama ni selagi mampu….walaupun kadang2 ada pasang surut susu ni….tapi mama akan sentiasa positif…dengan harapan dipermudahkan dalam segala hal sepanjang penyusuan ni.

7)      Azuin kalau naik lif mesti dah tau…mesti tengok kat nombor yang appear (floor by floor)…sebabnya saya selalu ajar azuin counting the number…nampak macam azuin ingat dan senyum sambil berbunyi kalau tengok nombor tingkat tu berubah2…dan, kalau dah nak sampai mesti azuin akan tengok pintu lif dan tunggu pintu lif terbuka….so cleaver anak mama ni….

8)      Hari tu p check-up, berat azuin sikit turun..7.25kg…mungkin sebab azuin dah besar dan nak main je kot….tak apa, yang penting sihat kan...


9)     Suka tengok kanak-kanak...yang ni mesti azuin dok ingat kawan-kawan dia la...teruja sangat kalau nampak kanak-kanak....


Tak sabar nak review milestones azuin yang seterusnya....











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.