Tuesday, October 7, 2014

AidilAdha 2014

Sambutan yang sederhana AidilAdha kali ni...sepatutnya AidilAdha tahun ni kat rumah Selama..tapi memandangkan mak & abah pergi Haji tahun ni.kami pun balik ke Taiping je la....

Tapi tak lengkap pun family sebab Arfah sekeluarga tak balik..diorang beraya kat Kuching je...cuma family saya dan Jai jela ada..tapi seronok dapat berkumpul dan bersembang....

Kami gerak balik dalam pukul 5 pagi..dan singgah subuh kat highway je...perjalanan tak la berapa nak lancar terutama dari Gopeng ke Ipoh...kami keluar Jelapang sebab ingat nak bersarapan kat situ..lapar punya pasal..dah alang-alang terus mandikan Amani & Elman kat Mydin Meru tu..senang....

Mujur la kami tak sangkut dengan Jem sebab accident kat terowong Menora tu..kami awal dan sebelum berlakunya kemalangan tu...kalau tak memamng masak la nak hadap jem....

Petang tu mak dah beli lemang dan masak rendang...tapi cepat je habis malam tu..kena masak semula untuk hari raya..hehe
Adik makan biskut...bersungguh...sekarang memang adik kuat makan...kalau saya masakkan bubur pun memang selalu masak 3/4 pot untuk sehari...memang habis untuk dia sahaja...
main kat luar rumah..... 
hakim & azuin....dah boleh kawan dah....

Pagi raya tu sempat la bergambar...tak ada gambar beramai-ramai pun...tah kenapa tahun ni macam serabut je dan tak sempat nak bergambar bagai....
dengan norly & Fatihah.....




Jai je ada gambar famil..kami tak ada...huhu
Gambar dengan elman pun jadila kan...
ala tomei anak mama..pejam mata sebab flash..

adik-beradik...



Tu jela cerita raya haji yang sangat singkat masanya..Isnin pagi kami dah gerak balik sebab nak elak jem.....tak ambil cuti lebih pun sebab rasa cukup la cuti sampai isnin..nanti bulan depan nak balik lagi sebab nak jemput mak dan abah balik dari Haji.....










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.