Saturday, October 25, 2014

Projek Mengecat Bilik Elman

Dah lama tak tulis pasal rumah..dah nak masuk 2 tahun pun rumah boleh cakap tak fully complete lagi..masih banyak yang lubang-lubang....nak deko tak ada masa dan bajet pun terhad...tunggu senang baru buat sikit-sikit....

Selepas projek reno rumah hari tu baru la dapat mood nak cat bilik Elman pulak..sekarang ni bilik Elman kitorang jadikan bilik mainan & kerja...lepas ni Elman dah besar kena dok bilik ni....kira bilik untuk anak lelaki la...(manatau masih ada rezeki anak lagi)...satu bilik untuk anak perempuan, satu lagi untuk anak lelaki.....

Memula tu pasang masking tape dulu sebab nak buat belang-belang....inspirasi dari blog ini...suka tengok tukang blog ni deko rumah dia....

huh, pasang tape je dulu...beberapa hari kemudian baru la mengecat...beli cat yang 1 liter je....bukan banyak pun yang nak guna.....

ni ka cat..guna Dulux Easy Clean...
1) California sky
2) Delft china
tara....nampak tak berapa nak cantik sebab tak buang making tape lagi ni.....kalau nak tau, nikira hasil kerja saya sendiri tau...mengecat sengsorang....guna berus je..tak guna roller pun..ala, lagipun tak banyak mana pun...
Hasil terakhir bilik ni....suka sangat nampak lembut je....
haaa....adik main gitar......

Lepas ni dok berangan nak cat bilik kami pulak...alkononnya nak guna Momento....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.