Tuesday, May 14, 2013

Family datang rumah lagi

Sabtu lepas mak ayah datang rumah lagi…tapi tak tido rumah pun sebab dah janji nak tido rumah adik saya, Jai kat Kampung Rantau Panjang, Klang…..petang sabtu tu dorang singgah sekejap jela kat rumah saya….tupun dah petang…tak dok lama pun…

Azuin la seronok sebab opah, tokyah, chu dan makteh datang rumah…..azuin sekarang dah boleh dah dengan semua orang..dulu memang anti dengan opah&tokyah…opah memang tak boleh dekat dengan azuin lansung..tapi sekarang azuin dah pandai..dah kenal kan….besar dah pun..kalau opah panggil, senang je azuin p kat opah….

Duduk atas riba tok yah…..

Seronok makteh & chu dok layan azuin main….

Dalam pukul 6.30pm dorang dah nak gerak p rumah Jai….tak jauh pun dari rumah saya ni…dalam 30minit je….masa dok babai dorang, saya pun tanya la azuin…nak ikut opah tak?terus hulur tangan nak ikut….lepas tu makteh pun ambik azuin masuk dalam kereta…terus melekat..mama nak ambik pun takmo….tak puas main gamaknya...kesudahannya, mama kemas beg ikut diorang tido rumah Jai…..mr may tak ikut sebab malam tu dia ada futsal….

Jom layan gambar azuin kat rumah jai…pagi-pagi dah main basikal….walaupun kaki tak sampai tapi nampak azuin seronok….


Cubaan nak buat ‘peace’ tapi tak menjadi…


Ni pulak, dah tanggal baju nak mandi…lepas tu lari nak keluar main basikal pulak…akai kamu ye anak!!



Opah & Tokyah kena balik pagi tu jugak…sebab tak nak sampai Taiping lewat…so, dalam pukul 10 dah gerak balik….kami pun gerak balik rumah jugak….mr may datang ambik sebab opah & tok yah balik terus dari rumah jai, tak lalu dekat rumah kami….

Tunggu minggu depan pulak maktok, wawan dan acu datang rumah…mesti azuin suka!!





Monday, May 13, 2013

Art Paintings from Hourhome


Akhirnya saya beli jugak….berbulan-bulan dok belek design kat hourhome.com.my ni tau….banyak sangat design dan tak terpilih memula….lepas tu kami siap cari kat GM Klang (sebab officemate cakap kat GM tu ada jual)….ye, memang ada jual tapi design tak menarik sangat….

Saya beli online je….mintak courier ke office…kalau kat rumah susah sikit sebab tak ada orang kat rumah nak ambil barang ni….office jela…sebenarnya dah pesan kat guard, kalau sampai barang saya tu, telefon saya..tapi tah macam mana tah frame tu sampai ke HR department…dah nak kena menapak naik tangga p ambik pulak…tapi HR dah pesan cakap berat..kena paggil orang tolong bawakkan…sebenarnya tak berat mana pun..tapi memandangkan keadaan saya ni..risau gak nak angkat…baik mintak tolong orang kan…yang jadi berat sebab combine 3 frame sekali..kalau satu-satu ringan je…hehehe….

Sebenarnya frame ni ada sekali dengan jam…tapi saya taknak jam tu..just request without clock je….bukan apa sebab kat ruang tamu dah ada jam yang mr may beli tu…serabut pulak kalau frame ni ada jam gak…mungkin kalau saya beli yang lain untuk letak kat family hall nanti akan saya  beli yang ada jam tu….tunggu next budget la pulak kan….

Yang ni saya beli saiz 46cm X46cm..3 pcs square, RM 160…harga kat dalam website is RM168..tapi saya dapat RM160….penghantaran percuma dalam 7 hari bekerja….

Nila barangnya….Lepas seminggu beli baru la dapat pasang kat dinding hall kitorang….nasib baik seminggu….kalau tak, taktau la bila nak pasang..Frame yang ada pun tak terpasang lagi tau…kena tunggu mood rajin mr may untuk drill…hahaha…
Ni la hasilnya..frame ni pasang kat dinding ruang tamu….tapi kena adjust lagi sebab mr may buat jarak 2cm je…rapat bebenor…nanti ada masa baru jarakkan semula kepada 4 cm ke….barulah cun sikit….
Berkenan jugak yang jenis kaligrafi ni…tapi harga mahal la….nanti ada budget lebih baru tangkap satu!!!

Friday, May 10, 2013

Photobook untuk Azuin (1-2 Years Milestones)

Dah dapat pun photobook azuin untuk 1-2 years milestones…tebal sikit yang ni sebab gambar banyak sangat…untuk tahun lepas….masih ada lagi 1 photobook yang belum hantar kat Pixajoy untuk printing…tunggu budget seterusnya…haha,nak print buku pun kena tunggu budget…mestilah kan..kalau semua hantar sekaligus, kopak la poket ni…yang ni pun dah ratusan gak…memang saya rasa serasi dan puas hati hantar kat Pixajoy…sebenarnya banyak je kat pasaran untuk photobook ni…pilih je mana nak...saya pun sebab dah mesra dengan Pixajoy ni..tu yang malas nak tukar bagai..lagipun memang hasil yang saya dapat berkualiti…

Untuk tahun seterusnya, saya dah tak buat ikut bulan dah…sebelum ni saya buat dari Feb-Feb….(sebab azuin lahir februari kan…)tu yang buat februari bertemu februari…Cukuplah sampai 24 bulan (2 tahun)….masuk tahun ketiga dan seterusnya, saya akan buat ikut tahun..dari Januari sampi Disember….senang cerita…compile semua sekali….sekarang saya asingkan milestones dan aktiviti keluarga…lepas ni semua dalam satu…Cuma kalau yang vacation tu je asingkan sebab mesti gambar banyak kan…










Jadi setiap tahun ada satu photobook untuk family aktiviti mengikut bulan…kira apa-apa gambar yang berjaya di ‘snap’ mesti letak dalam photobook untuk kenangan…Ni la projek sepanjang tahun saya…kadang-kadang mr may tegur “tak siap lagi ke projek tu”…haha, mana boleh siap selagi tak habis compile kan….saya akan compile setiap bulan lepas kumpul kumpul gambar….yang mana ada, saya akan masukkan dulu…buat sikit-sikit sementara rajinkan..kalau datang mood malas tu, apa pun tak jadi…..

Wednesday, May 8, 2013

Surat Dari Taska


Dapat surat dari taska azuin....awal taska bagi surat untuk cuti raya……bagus la macam tu kan…boleh la plan cuti awal…(padahal saya dah apply pun cuti untuk raya…lagi awal kan…haha, bersemangat)…nasib baik sama dengan cuti yang say apply tu…memang taska akan tutup sepanjang minggu raya tu….
Lepas tu waktu operasi bulan Ramadhan pun berubah…selalunya 7am-7pm…tapi untuk bulan puasa 6.30am-6.30pm…..pada saya, tak ada masalah sebab memang saya hantar pukul 6am dan ambil dalam pukul 5pm macam tu…

Satu lagi, yuran pun dah dinaikkan bermula bulan Jun….dari RM260 ke RM280 sebulan….start bulan depan dah kena banyar RM280 la….ok la kan sebabnya azuin dijaga elok…bukan setakat jaga, ada gak aktiviti yang azuin buat kat situ…sekarang ni dah pandai nyanyi lagu ABC…kat rumah memang la masa agak terhad untuk saya ajar macam-macam…saya akan ajar apa yang termampu la…mana taknya…malam dah ngantuk…..kadang-kadang dapat ajar sejam je….lepas tu dah tak larat…nasib baik azuin cepat ingat jugak…..doa makan pun dah ada bunyi sebutan sikit dah….
Setakat ni sangat puas hati dengan taska ni…..dulu dok risau takut azuin taknak p taska ni…sekarang saya pun tak susah hati sebab azuin pun suka pergi nursery….tak ada adengan nangis-nangis taknak p taska..kalau pagi-pagi cakap ‘azuin kena p nursery tau’..mesti azuin angguk je….lega hati ni…..

Macam mana ye kalau nak hantar azuin ke tadika nanti..kebanyakkannya start pukul 8 am…saya & mr may dah la keluar p kerja pukul 6 am…pening kalau fikir benda ni….hmmm….semoga dipermudah bila sampai masa tu nanti…..

Monday, May 6, 2013

Kuey Teow Doli Taiping…


Dapat makan jugak weh......dah lama tak pekena Kuey Teow Doli ni…..hmmm, memang lama sungguh….asyik dok tangguh-tangguh je nak makan kalau balik Tepen(Taiping)…mana taknya, kalau balik Tepen mestilah nak makan kat rumah kan….

Memula kitorang nak singgah hari Jumaat tu….ni masa balik mengundi minggu lepas…..tapi, agak kecewa lepas lalu kat depan Doli ni…tak ingat pulak yang hari Jumaat memang kedai ni tutup…haiya……terpaksa tahan nafsu nak makan kuey teow Doli ni…..memang terngiang-ngiang gak la….

Hari Sabtu petang sebelum balik Selama, kami p makan kuey teow Doli ni jugak….. maklumlah…penangan orang yang “mengandungi”…haha,sangatlah kan…..


Sedap…Sebenarnya Kuey teow Doli ni simple je…tak basah…macam goreng kicap je tapi rasadia memang sedap…boleh buat orang rasa nak datang makan lagi….tapi saya rasa dah tak banyak dah kerang macam sebelum ni…dulu kalau makan setiap sudu yang masuk kemulut mesti ada kerang punya…..ni dah kurang sikit….

Kedai ni senang je nak cari…berhadapan dengan Klinik Kesihatan…Cuma nak parking je susah sikit…ikut nasib la..kadang senang kadang susah…..masa kami p situ tak susah parking sebab rezeki kami ada 1 je parking lot yang kosong….lepas tu kena beli kupon parking pulak…kalau tak letak kupon..tak pasai-pasai kena saman pulak……tapi jangan risau…ada kedai yang jadi agen jual kupon sederet kedai Doli ni….

 Azuin minum air ribena……tak reti nak sedut terus dari bekas ni..terpaksa guna straw….
Sedapnya…….Mata azuin masih bengkak sebab ketumbit tapi dah makin kurang….(hari ke 9 kena ketumbit)

Satu lagi yang teringin tapi dah lama tak p….bismillah cendol….ingatkan hari ahad lepas mengundi nak p pekena cendol tapi hujan pulak…cancel…..lain kali lah……

PRU13



Harini dah mula kerja….Sebenarnya Selangor cuti umum harini (6 Mei 2013)…sempena hari mengundi yang jatuh pada hari ahad....tapi hari Jumaat haritu dah dapat email dari management dah….bunyinya macam ni…

“Please note that in case the newly elected government is declaring an ad hoc Public Holiday for 6-May-13, Company will still operate as usual on 6-May-13 and the Management will announce a replacement date for the ad hoc holiday (if so declared by the government). Absenteeism without valid cause will be dealt with appropriate disciplinary action.”

Hoho…tak boleh la cuti lebihkan….management umum cuti ganti la pulak….memang saya tak apply annual leave pun…annual leave dah tinggal 4 hari dah…huhu…..sikitkan….sebab saya dah apply 7 hari untuk hari raya nanti….cuti tahunan pun dapat 18 hari je….


Cerita pasal hari mengundi sikitlah….

Kali ni balik mengundi dengan mr may….2008, kami tak kahwin lagi….nasib baik rumah kami dekat jugak la….ada la dalam 40minit…..

Kami gerak balik Kampung hari Jumaat…memang tido rumah saya dulu la….hari Sabtu tu baru balik Selama, rumah mr may…sebabnya bagi mr may mengundi dulu…senang sikit…memang awal jugak la mr may keluar p mengundi….mr may mengundi di DUN Selama, Parlimen Larut….settled mr may mengundi baru la mak&abah p mengundi..masa ni saya pun saja jela gatai ikut diorang..saja nak tengok suasana mengundi kat situ….sementara tunggu mak&abah mengundi, mr may bawak saya &azuin ronda-ronda Selama…..

Memula ingat nak gerak balik rumah saya awal tapi dah terlajak sampai tengahari kat Selama….Lepas makan tengahari baru la balik rumah saya….dah la on the way tu dah gelap…nakhujan…risau gak nanti susah nak p mengundi kalau hujan….tu yang terus p mengundi terus..plannya nak balik rumah dulu, lepas tu saya bawak moto je p mengundi…tapi tak boleh la macam tu..sementara tak hujan baik p mengundi terus…saya mengundi di Sekolah Taman Jana…DUN Kamunting, Parlimen Taiping…..

Keadaan memang aman damai je…tapi rasa sangat berkobar nak tunaikan tanggungjawab mengundi ni….saya kena saluran 5…beratur panjang jugak la..tapi tak lama pun beratur sebab proses pengundian memang cepat dan lancar….

Masa masuk bilik megundi tu orang SPR tu siap tanya no siri…malas cari guna nombor IC la tu….nasib baik la saya ada snap gambar slip mengundi tu kat lawan web SPR sebelum tu…mungkin lebih senang guna nombor siri kot..tu yang diotang mintak kita print dulu sebelum masuk mengundi…..tapi kalau tak ada gak, memang diorang kena cari jugak la walaupun banyak kan…..

Selesai mengundi, barulah singgah rumah saya..tu pun sekejap je sebab nak balik dah….sempat solat dan makan jugak…lepas t uterus pecut balik…..kereta memang banyak kat Hiway…sangkut sikit je lepas Tapah tapi ok la…tak pressure pun balik kali ni…

Hari ni pulak, jalan p kerja agak lengang harini…cuti kan...tapi saya sampai lambat jugak…memang agak lemau sikit la kat office harini….mood tak berapa nak ada…bawak kereta ke office pun rasa malas je....


Thursday, May 2, 2013

Aktiviti Cuti Hari Buruh


Semalam cuti hari buruh kami penuh dengan aktiviti di rumah je…mana taknya, pagi-pagi hari dah keluar rumah cari bahan mentah nak masak…kawan-kawan ofis lama mr may datang rumah….meriah sangat!! Memang mr may ajak datang masa tengahari..boleh la makan tengahari terus kan….sambil-sambil tu boleh borak-borak….

Nasib baik sempat masak sebab start masak pun dah pukul 10.30am….mana taknya, buat kerja kelam kelibut dengan azuin yang jap nak duduk..jap merap….memang mencabar…nasib baik mr may tolong gak…kalau tak, tak siap la nampaknya menu kami sebelum tetamu datang….

Menu yang kami sempat masak :
Gulai udang – first time masak gulai
Sayur campur
Ayam bakar
Telur dadar
Buah tembikai
Air blackcurrent
Keropok lekor…

Nasib baik la saya tak ada alahan untuk masak/menumis bagai….tapi tu buat masa ni…tak tau la pulak minggu yang seterusnya…harap tak ada la kan….

Bes tengok tetamu makan dan bertambah…rasa tu nak kata sedap sangat tak la kot tapi boleh menaikkan selera makan jugak la…tak sangka jadi gulai udang tu…ni kira first time buat gulai udang…hahaha….selalunya udang mesti buat sambal atau masak lemak…gulai/kari biasa buat untuk ayam & ikan je….

Gambar makanan tak tangkap sebab terlupa..sibuk punya pasal la ni…nak pulak azuin nak bergayut dengan saya je…melekat je dengan mama dia ni….penat dok dukung la….ye, saya cuba untuk kurangkan dukung azuin tapi kadang-kadang tu macam tak sampai hati tengok dia dok hulur tangan nak dukung…tapi tak la dukung lama….sekejap je…tapi lenguh la jugak….
Oh..lepas dorang balik baru saya teringat…..tahun 2010, 1 may pun geng ni berkumpul jugak..tapi berkumpul kat kenduri kitorang kat Taiping (rumah saya)…masa tu ada yang belum kahwin lagi…kali ni dah ada anak dah pun…..

1&2 may kan kenduri kahwin kami!!