Wednesday, June 12, 2013

Checkup Hamil Minggu ke-14 & Checkup Azuin 27 Bulan

 Check-Up Azuin 27 Bulan

Azuin checkup biasa je..Cuma timbang dan ukur ketinggian je..tak ada nak cucuk bagai sebab dah habis dah bab-bab cucuk ni….

Mood azuin semalam tak berapa nak elok maklumlah mamai lagi..masa ambil azuin kat nursery pun memang tengah tido….mamai tak habis lagi….mula la buat hal takmau berdiri atas penimbang….terpaksala saya naik sekali dengan azuin atas penimbang tu….lepas tu tolak je la dengan berat badan saya…..berat azuin turun la pulak….9.4kg je….memang la dalam graft u masih lagi normal tapi macam rasa kecik pulak….tinggi azuin 84 cm….patut la azuin masih lagi pakai diape saiz M…hahaha…kecik punya pasal…..tapi boleh jadi jugak azuin turun berat badan sebab dua minggu lepas kan azuin tak berapa nak sihat…..tak apa lah asalkan azuin sihat walafiat!!! 
Budak tecik yang dah pandai baca ABC..walaupun tak penuh lagi….sampai L je betul yang lain tu tunggang langgang lagi….Pandai zikir “Lailahaillah Muhammadarrasulullah”…..dah dengar butir zikir tu…..sebabnya dari kecik saya selalu baca zikir ni masa azuin nak tidur….sekarang ni kalau azuin tidokan Minnie mouse, dia pulak buat benda yang sama!! Doa tidur & doa makan boleh sikit-sikit… 
Tak boleh tumpang barang atas meja azuin ni..mesti cakap “kacau azuin punya”…hanya barang azuin je boleh letak atas meja ni….

Habis cerita azuin amani!!


Check-Up Hamil Minggu 14

Kali ni checkup biasa jugak…timbang berat, check perut, urine dan sesi jumpa nurse….berat saya masih 52.8kg…sama je berat masa 9 minggu haritu…terkejut gak sebab berat tak naik…padahal makan dah banyak dari biasa…..sepatutnya dah naik 0.5kg….hmmm…tapi saya rasa ok kot sebab saya tak pernah skip makan, ambil supplement…susu pun minum…..yang penting badan sihat dan segar…..nanti sekali lagi check-up kita tengok berapa naik….mungkin selepas ni, baby dah mula membesar dengan jayanya…..

Yang peliknya, tak ada ambil HB pun….dulu, setiap kali checkup mesti ambil HB…kali ni siap suruh datang semula minggu depan untuk scan dan masa tu baru check darah….result darah masa kali pertama check-up pun dah dapat..darah O positif….bebas HIV jugak…hehehe

Lepas tu masa nak check perut azuin ni takut pulak…takut tengok mama dok baring atas katil tu…terpaksa la baring sambil pegang tangan azuin…azuin duduk atas kerusi…kerusi tu saya rapatkan ke katil….Masa check perut tu nurse tekan-tekan dan siap cakap, tak rasa ketulan pun….terkejut saya memula….lepas tu baru dia capat…dah rasa…kecik je….terus ukur tinggi rahin bagai….perut dah naik sikit…sekarang dok sapu bio oil je…tak beli pun lagi scretch mark lotion tu….nanti-nanti la..as long as dah sapu bio oil pun dah kira ok…..

Sekejap je checkup..tu yang saya suka p petang…sebab takyah nak ambik cuti bagai…kalau p pagi mesti la kena ambil cuti….kadang-kadang tu ambik mc jela..hehehe……next checkup bulan 7 (18 minggu)….tapi minggu depan, rabu pukul 2pm…saya mintak keluar dari bos jela…rugi rasa nak ambil halfday… masih kena p untuk scan (sepatutnya last week temujanji untuk scan ni..tapi minggu lepas nak jadikan cerita elektrik tak ada pulak kat kawasan klinik tu…tu yang tunda tu)…scan nak confirmkan EDD…hari tu scan kecik sangat……

Hari ni kat office dok lenguh pinggang bagai….harini agak sibuk dok nak runs Validation untuk NPI products…dok berkejar kesana kesini la..jalan pun laju semacam sampai lupa yang diri ni mengandung….itu la saya!! Kalau dah start buat kerja tu memang dah hirau kiri kanan….yang saya tau saya nak kerja saya siap dan mengikut apa yang saya nak!! Kesudahannya, harini tak pam susu lagi….tadi nak pam lepas minum pagi tapi tetiba kena panggil meeting pulak…tu yang terus masuk office…kalau dah dalam office tu macam-macam hal la…jap lari sana jap lari sini…sebelum keluar p surau nak pam ni, sempat lagi saya post entri ni…hahaha..target nak keluar 12.30 untuk pam dan terus lunch…senang…office saya ni lain macam sikit..sebab kat dalam Production kan..pakai pun dah macam orang bulan…tutup habis..dari kepala sampai ke kaki (kalau pakai cantik-cantik pun tak ada orang nak nengok pun…hahaha)….kalau keluar tu nak kena bukak semua bagai…malas….tu yang sekaligus kalau keluar tu…..


Tuesday, June 11, 2013

On my birthday

Usia dah meningkat ke satu lagi angka….tua dah!!ye, hari lahir saya baru je lepas…ahad, 9 Jun…..

Seperti tahun-tahun lepas, tak buat pun birthday party bagai…Cuma sambutan kecil-kecilan kami 3 beranak je….tu pun dah buat hati ni gembira sebab insan-insan tersayang masih mengingati hari lahir saya…..

Pagi Sabtu tu lepas kemas rumah dan breakfast, kami lepak-lepak je kat rumah…..penat sebab hari Sabtu tu kan sibuk dengan aktiviti lain….yelah, sampai rumah lepas hantar arfah pun dah pukul 9.30pm…memang kami anak beranak mengantuk dan tido dengan nyenyaknye la….

Dalam pukul 11pagi macam tu, mr may dah bersiap dah…pakai jeans bagai….saya tanya, dia cakap nak pam ke petronas pam tayar kereta…..hmmm, dalam hati saya memang dok rasa ni helah nak p beli kek kot…..secret recepi kat dekat je dengan rumah....hahaha...alasan je tu nak pam tayar....huahuahua....

Nak jadi pulak azuin dok melekat je dengan papa dia…azuin ni memang pantang tengok papa pakai jeans…mesti jadi manja terlebih…lentok je kepala kat bahu papa tu….tu tandanya nak ikut!! Dah paham dah!!...saya memang dah tak larat nak ikut…sebab tadi pagi dah masak dan kemas bagai..penat tu masih terasa….mr may bawak azuin jela….sementara dua beranak ni keluar, saya cuma sempat sapu sampah jela….

Lebih kurang sejam selepas tu, baru dua-beranak ni balik…azuin siap jerit dari luar lagi….

“mama, kek azuin”…hahaha….dah agak dah..mesti p beli kek punya……saya tak harap pun tapi kalau ada bagus jugak…bukannya selalu pun…..
Kek saya merangakap kek azuin jugak!! "Chocolate Mud Cake"
Anak mama yang sibuk nak potong kek…..dah besar dah pandai la...nak potong pun nak buat dengan sendiri…..
azuin nak potong la mama.... 
Tengahari tu memang saya tak masak la….sebab mr may bagi saya task….pilih nak makan kat mana…aiyo!!ni memang saya tak suka….at last, kami buat undi…senaraikan tempat-tempat makan yang nak p…lepas tu azuin yang cabut undi tu…..dan…..azuin cabut untuk makan kat Kenny Rogers….

Lepas tu, tetiba saya macam teringin nak p Serai…al-konon nak cuba la makan kat situ….terus cancel undian tu…..hahaha, berkobar kami p Serai kat Seksyen 3 Shah Alam…..tapi hampa…sedih….tah kenapa gelap je kedai tu…tutup pulak…….

Haih, guna balik talian hayat azuin…..sebab dah tak tau nak p mana, p Kenny jugak la…..terus google Kenny yang dekat dengan Serai tu…..dan, kami makan kat Kenny kat Plaza Alam Central jela…tu yang paling dekat….malas nak p Setia City Mall or Tesco Setia Alam….bukan apa dok fikir nanti boleh singgah Taman Tasik Shah Alam, boleh bagi azuin main kat  ‘playground’…
Muka moyok tunggu makanan…lapar la tu…lagipun azuin tengah tido masa kitorang gerak tadi…angkat azuin masuk kereta pun tido lagi..memang tak sedar…mengantuk sangat la tu!!
Anak papa suka suap makanan….
Yang sedihnya, gambar saya yang tak tangkap…memang lupa….betul-betul lupa nak ambil gambar….

Apapun, memang enjoy!!seronok…..thanks to my other half on the birthday treat!! Lain kali kita p Laman Grill Pulak ye!! Kali ni tak terasa nak makan kat situ lagi….baby tak suka kot…hahaha!!!

P/S…harini halfday je kerja…sebab ada check-up petang ni…..2 in 1 check up…mama&azuin…..


















Sunday, June 9, 2013

Bila adik-beradik berkumpul

Jumaat lepas memang meriah jugak la rumah…seronok sebab adik datang rumah…masa ni la nak berkumpul ramai-ramai…Arfah dan Family memang dah nak balik Sarawak dah…kan cuti sekolah dah nak habis….Jadi, arfah singgah bermalam kat rumah saya dulu la sebelum balik Sarawak…..yang paling seronok ialah azuin la….ye lah, ramai yang dok melayan dia kan….Seperti yang dijangka, kalau datang rumah saya ni mesti mak kirimkan banyak benda makan….yang paling best, dapat pisang emas….lepas tu ada jugak biskut lutut yang mak kirim…..siap bagi 2 paket lagi…kat sini memang susah sikit nak cari…biskut ni selalunya saya bawak p office…standby je dalam beg..kalau lapar boleh la makan biskut lutut ni cicah air milo….sedap!!!!

Ada bubur kacang jugak…tak sangka mak sanggup buat semata-mata nak bagi saya…sebab mak tau yang saya memang suka bubur kacang….bubur ni memang saya tak request pun..memang mak yang buatkan…katanya sebab saya kan mengandung, mesti teringin nak makan bubur ni punya…alahai….kalau bubur kacang ni bukan masa mengandung je teringin..kalau tak mengandung pun teringin gak…..

Ada lagi yang mak bungkus kan…..rendang ayam….yang ni memang terbaik…sebelum ni mak mertua datang rumah bawak rendang daging….kali ni rendang ayam pulak…..sedapnya makan!!!nikmat sungguh…..

Esoknya Sabtu, mr may tak ada pulak pagi sebab ada kursus kat IEM (mr may sekarang tengah struggle nak nak dapatkan ‘IR’)….Pagi-pagi dah gerak p PJ….saya pulak, lepas hantar mr may (kat depan pintu je)…terus mulakan aktiviti memasak…pagi tu cuma masak nasi goreng dan buat cucur ikan bilis je…Alhamdulillah, tu jela rezeki kami pagi Sabtu tu…..Saja je masak awal-awal….senang sikit sebab nanati tetamu dah bangun dan siap boleh terus makan…tak la terkocoh-kocoh sangat…..sambil tu, keluarkan bahan basah untuk masak tengahari…..

Tengahari ok sikit la sebab adik-adik tolong masak….lagi pulak Jai dan Family memang dah cakap nak datang rumah jugak….tu yang masak banyak sikit…walaupun Jai tak bagitau nak ‘lunch’ kat rumah saya…tapi tak salah pun masak banyak sikit..tak la takut-takut diorang nak makan…..

Menu tengahari tu Siakap 3 rasa, Sambal Udang, sayur kubis, rendang ayam (yang mak bagi)….gambar terlupa pulak nak tangkap sebab dok sibuk sembang bagai…..yang pasti memang meriah la…seronok sangat!!!

Petang dalam pukul 5, baru kitorang gerak p UM hantar norly dulu..lepas tu terus pecut ke KLIA….arfah,salim & muthmainnah dah nak balik Sarawak…flight diorang 8.50pm..tapi seperti biasa kena la ada sejam awal kan…kami sampai KLIA pun dah pukul 7.15….sempat lagi..Syukur!!!
Arfah, Muthmainnah, aini, azuin @KLIA


Kena tunggu 2 bulan lagi baru boleh jumpa…cuti raya pulak la!!!baby muthmainnah memang comel..geram nak picit-picit pipi….nanti lagi 2 bulan boleh apa la lagi ek!!....mulut bising kalau bagi makan….nak cepat je…..baby muthmainnah dah 7 bulan dah pun..nanti balik raya 9 bulan…tak sabar!!

Friday, June 7, 2013

Minggu Akhir Trimester Pertama….

Dah nak habispun 13 minggu….minggu depan dah nak masuk trimester kedua dah…..lepas ni bermula la pembesaran perut ni…

Sepanjang trimester pertama, Alhamdulillah saya tak ada morning sickness, muntah-muntah bagai….Cuma selalu rasa pening kepala malam hari…nasib baik malam…boleh terus tido…..kalau siang memang steady lagi la…Cuma cepat lapar je…..sebelum ni saya boleh lagi la tahan sampai pukul 10 pagi untuk makan….tapi sekarang pagi je saya akan makan 2 kali…sampai je office mesti makan dulu…lepas tu pukul 10 pagi makan lagi…

Tengahari pulak adalah wajib…dulu lambat sikit makan pun masih ok dan boleh tahan….memang makan kerap tapi tak la banyak macam masa mengandungkan azuin dulu…..banyak sangat beza masa mengandungkan azuin….

Dah la mengandung kali ni tekak ni dok teringin makan asam & jeruk…ye, saya tau memang tak elok makan benda-benda tu tapi tah kenapa kali ni jadi macam tu…mungkin dah lama saya makan kot..dan tetiba nak jadi teringin makan kali ni….masa azuin memang saya tak sentuh pun benda benda rapu macam ni….dok kunyah crackers, kismis dan kurma ja…kali ni tak caripun kurma or kismis lagi…dah nak masuk trimester kedua dah pun….
Jeruk ni la yang jadi santapan saya…..dah habis pun..sebab haritu mak mertua bawak mai rumah…tu yang tetiba jadi suka makan jeruk tu…….

Nak kata mengidam sangat tak la…Cuma sikit-sikit je…sebab sebelum ni saya tak pernah pun nak makan benda yang saya makan sekarang…..contohnya mee goreng (mee pun boleh jadi benda mengidam..hahaha…mana taknya tetiba je rasa nak makan mee…padahal saya bukan suka mee pun)…haaa, tengok…..kan dah kata, tu la namanya mengidam…lepas tu nak makan pisang emas pulak…jenuh saya menapak beberapa kedai masa balik dari kerja tapi tak jumpa pun pisang emas….lepas tu terus kol mak mintak belikan pisang kat Taiping dan bagi kat arfah hantar ke rumah saya (tu pun kebetulan arfah nak datang rumah sebab nak balik Sarawak dah)……

Yang lain tu…saya biasa-biasa je…perut tak berapa nak nampak pun lagi…tapi ada la perubahan dan kelainan dari biasa….

Lepas tu kerap p toilet…yang memang biasa la kan…jap-jap nak ke toilet…dah la kena minum air kosong banyak…lepas tu lagila kerap ke toilet….aiyo….nanti baby dah besar lagila kerap…..

Cuma kali ni saya sedikit penat kot berbanding mengandungkan azuin….walaupun masih boleh masak dan buat kerja rumah sikit-sikit….masa mengandungkan azuin memang saya terlebih rajin…macam-macam saya buat (yang ni memang diakui mr may..sebab mr may dah cakap yang saya tak secergas masa mengandungkan azuin)….hoho…tapi saya rasa ok lagi la..tak melepek sangat…masih kuat lagi….hehehe

Untuk Suppliment saya makan obimin yang klinik bekalkan…dan, saya juga ambil Set Mengandung dari Shaklee….dan ESP...Alhamduliilah, saya masih diberi peluang menyusukan azuin…susu masih ada…rezeki azuin….Untuk susu pulak, saya masih minum Anmum tapi kali ni saya dah tukar ke perisa baru…yang Mango tu…sedap tau….saya tak minum suam-suam..saya akan buat dan sejukkan…dah sejuk baru minum…yummy, rasa macam yogurt!!...susu adalah wajib…nanti kurang kalsium pulak…..

Ni jela sedikit coretan untuk kenangan di kemudian hari….Kenangan Trimester Pertama untuk Kali Kedua!!!

Thursday, June 6, 2013

Pasar Pasir Penambang & Cendol Bakar, Kuala Selangor.

Nak kata jauh tak jugak….nak kata dekat pun tak jugak..dalam 30-40minit jugak la dari rumah sekarang ni….tak sangka kami menapak mencari bahan basah segar sampai ke sini….yelah, nak cari ikan-ikan besar yang segar dan murah susah jugak la nak dapat…kalau kat Tesco, Econsave….kebanyakan nampak lembik je ikan…tak pun mata merah dan hampir merah…hmmm…..


Tapi kalau setakat beli sikit je macam tak berbaloi la nak menapak sampai sana…lain la sesiapa yang dok dekat kan….kami pun tak la beli banyak pun…tapi memang banyak pilihan la kalau nak beli ikan..ada jugak ikan yang saya tak pernah tengok sebelum ni…setakat siakap, jenahak, kerapu  tu memang dah biasa la…yang ikan besar yang lain memang tak berapa nak tahu sangat…..kami beli siakap dan udang je.....kali ni lebih kepada nak tengok pasar ni….

Nak pergi ke sini tak la susah mana pun….kami guna ‘WAZE’ je….tu la yang banyak membantu kami kalau p memana…senang…..

Balik dari pasar tu, kami singgah jap kat Cendol Bakar….sebab dah satu jalan kan…singgah jela…boleh la basahkan tekak ni jugak….sebelum ni kalau p Jeram dok lalu je kat gerai ni…..kalau korang ke Kuala Selangor memang akan lalu depan gerai ni…memang tepi jalan je…..

Dulu dok ingat macam mana la rupanya cendol bakar ni……tang mana yang nak dibakar….tapi itu semua poyo!!hahahaha…sebenarnya Bakar tu nama tuan punya kedai….la eh….semua orang yang lalu situ mesti dok fikir benda yang sama punya…mana taknya dah la ramai orang, pulak tu tengok banner dia macam alkononnya cendol tu dibakar….pandai tuan kedai ni tarik pelanggan kan……

Kat gerai ni pun pun ada kemudahan ‘drive thru’…..bukan McD je yang ada ‘drive thru tau’….senang la kepada pelanggan yang nak cepat dan tak nak turun dan minum kat situ….
Masa kami sampai tu gerai baru bukak dan orang baru nak ramai…..rasanya kalau tengahari ke petang tu memang ramai pelanggan singgah sini…..
Azuin pejam mata pulak…..

Kat sini bukan cendol je semata-mata…ada gak gerai-gerai lain yang jual beraneka jenis makanan jugak….boleh la nak isi perut  kat situ….ada abc, chicken chop, laksa, cucur udang, nasi ayam dan macam-macam lagi la…..
Rasa cendol ni ok la…tapi saya masih rasa cendol Bismillah, Taiping lagi sedap……betul tau!!

Monday, June 3, 2013

Nasi Lemak Village Park, Damansara Utama

Kami ke sini selepas mr may berjaya google pasal nasi lemak sedap di sekitar KL/PJ…Lepas tau je, terus bagitau saya pasal restoren ni…Nasi Lemak Village Park ni terletak di Damansara Utama…senang je nak cari bagi yang dah biasa dengan area sana….dekat je dengan BHP Petrol Station…Restoren ni ‘row’ dibahagian belakang…
Tapi, kalau nak mai makan mestilah kena awal jugak la…nanti ramai orang (baca review dri blogger la)…Jadi, kami pun ikut la apa yang blogger cadangkan datang awal..tapi tak la awal sangat pun..sampai restoren tu dalam pukul 7.30am…tu pun dah ramai orang dah…kat luar pun ramai, kat dalam pun ramai….kami makan kat dalam je..

Azuin baru bangun tido…mamai sikit…tengah tunggu order sampai…..tak sabar nak makan la tu….

Dua beranak yang suka nasi lemak….azuin pun makan banyak jugak…..sedap la tu…..


Menu kami nasi lemak dengan ayam goreng…..harga RM 8.30sepinggan….sebenarnya harga nasi lemak biasa cuma RM2.80…tapi sebab tambah ayam goreng (RM5.50)…tu yang jadi RM8.30…tapi memang sedap…rasa lain sikit dari yang pernah makan…

Yang makan kat restoren pun ramai…yang bungkus pun ramai…kalau makan kat situ diorang akan ambil order kita…duduk je….Cuma yang bungkus je kena beratur….

Restoren ni boleh jadikan tempat yang MUST VISIT…boleh rasa kelainan nasi lemak kat sini….Restoren ni Restoren Chinese muslim dan HALAL….Tun Dr Mahathir, Najib Razak, Harun Din….pun pernah makan kat sini..boleh tengok gambar yang diletakkan dalam frame dan digantung kat dinding restoren ni….

Village Park Restaurant 
5, Jalan SS21/37,
Damansara Utama (Uptown),
 47400 Petaling Jaya,
Selangor. 
Tel: +6 03 77107860

Business Hours: 
Opens daily from 7am till 8pm.
On Sunday/Public Holiday opens from 7am to 6pm. 

Sebab dah  ke area Damansara, rasa tak lengkap pulak kalau tak singgah kat Ikea…beli barang sikit…..Jom layan gambar azuin kat ikea ni…. 
seronok dapat tolak troli kecik....




Sunday, June 2, 2013

Hantar Acu p Kolej Matrikulasi Johor

Ini cerita minggu lepas..ye, minggu lepas saya cuti panjang…dari hari Jumaat sampai la Selasa….Hari Sabtu tu keluarga Mertua datang rumah….sebab, nak hantar adik ipar (ika) p Matrikulasi…jauh pulak dapat kat Johor…..Ika dapat kat Kolej Matrikulasi Johor (Tangkak)….jauh kan..dari utara ke selatan…tapi taka pa la sekejap je tu…setahun je…lepas tu boleh dah masuk ‘U’….

Tak salah, banyak kawan-kawan ika dapat kat situ…tak pasti taburan pelajar yang dipilh tu macam mana…

Kiranya hari Sabtu petang baru family sampai rumah….saya sempat masak ala kadar jela….buat udang masam manis (dah jadi rupa tomyam dah), goreng ikan siakap, gulai telur (sebenarnya gulai ayam tapi ayam dah habis dimakan…tapi kuah banyak lagi…so, rebus telur jela, sayur campur….tupun dah kira banyak lauk…sebab mak bawak randang daging pulak…yang rendang ni memang kegemaran…sedap sungguh…saya sampai berulang makan….sedap punya pasal…..

Lepas tu malam mr may, abah, mak dan azuin keluar p pasar malam dan beli barang keperluan ika sikit kat econsave…lepas tu bawak balik satay, putu mayam lagi…kenyang sungguh malam tu…..tapi ok jugak la…sambil makan sambil bersembang…lama-lama habis jugak kan..

Esoknya, breakfast saya sempat goreng nasi je…lepas tu mak bertungkus lumus buatkan nasi daging….ni request dari iwan la….tapi ok jugak….masak nasi siap-siap untuk lunch…..kami stay kat Melaka…..sebab pendaftaran ika tu hari Isnin…jadi, Melaka kira dekat jugak la dengan Tangkak….lagipun boleh la jalan-jalan Melaka jugak…..siap semua bagai, kami gerak ke Melaka dalam pukul 11.30am….terus p ke Homestay yang mr may dah book……Kami pilih Anugerah Homestay untuk penginapan kami di Melaka…tau pasal homestay ni pun lepas baca entri yangPapaMifz buat….memang kena la sebab kami memang dok cari penginapan yang murah dan selesa kat Melaka…..

Sampai sana dalam 2.30pm macam tu…..apalagi memang melantak la nasi daging yang mak masak tu tadi…sedap makan tu…nak pulak time tengah lapar!!

Azuin seronok sebab rasa suasana baru!!!




Petang baru kami keluar jalan-jalan ke Bandar Hilir…..tak dapat jalan lama sebab dah gelap dan tak larat…..malam balik rumah memang tergolek dah penat…..kena rest jugak sebab Isnin tu kena gerak p Tangkak awal…..















Perjalanan dari Melaka ke Tangkak makan masa dalam setengah jam jugak..tapi dah jadi dekat sejam sebab jammed…jammed orang nak hantar anak masing-masing la…kebanyakan yang datang mesti 2 kereta…macam kami…mana tak jammedkan…..



Masa nak balik tu memang pengalaman yang tak besh…sebab kami sangkut jammed dalam kolej tu dekat 2 jam..2 jam kereta tak bergerak….nak keluar dari parking pun tak boleh….bayangkan la, saya boleh keluar masuk kereta banyak kali…siap boleh p solat pulak tu…dari pulu 11.30- hampir pukul 2 baru boleh keluar dari kolej ni….hangin satu badan…..

Ni semua sebab banyak kereta yang dok parking menyerong tepi jalan dan kereta yang nak lalu tu sangkut sebab tak ada ruang lansung nak jalan…..apa la punya orang boleh buat macam tu…memang nak senang sebab  dekat dengan kolej nak angkut barang tapi fikir la jugak kat orang lain yang nak keluar tu…kan menyusahkan….kena maki pulak tu……buat announcement pun tak guna gak sebab owner tu tak dengar kot…haih….

Tula saya sampai ambik mc hari selasa tu sebab demam sudah…..berpanas kan…penat pulak dok dalam kereta..walaupun tak drive tapi penat ibu mengandung ni lain macam sikit…Jadi, hari selasa dok rumah berehat jela….